window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV!

Haris · Jan 14, 2022 09:20 PM

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 01

  • Waranti perbatuan tanpa had 8 tahun untuk sistem hibrid
  • Kekal 440 liter ruang but walaupun dengan pek bateri tambahan
  • Masih tiada brek parkir elektronik (EPB)

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia. Dalam pelancaran tersebut, UMWT telah mengumumkan bahawa Toyota Corolla Cross hibrid ini dijual pada harga RM 136,550 (atas jalan tanpa insurans, dengan pengecualian SST).

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 02

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross Hybrid disokong oleh waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun. Sebagai tambahan, terdapat waranti perbatuan tanpa had 8 tahun untuk bateri hibrid, penyongsang (inverter) dan komponen pengurusan kuasa ECU.

UMWT juga menawarkan lanjutan 2 tahun ke atas jaminan sistem hibrid dengan tambahan RM 2,950 menjadikan waranti keseluruhan selama 10 tahun bagi yang ragu-ragu.

Baca: UMWT: ‘Resale value’ Toyota Corolla Cross Hybrid akan tinggi, 40% pembeli pilih hibrid

Apa kelebihan Toyota Corolla Cross Hybrid?

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 01

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 02

Dari bahagian luar, apa yang membezakan varian Hybrid varian teratas ini adalah lampu hadapan Bi-LED khusus dengan aksen biru, lambang Hibrid pada sisi dan pintu belakang.

Toyota Corolla Cross versi CKD (keseluruhan varian) juga mendapat rel bumbung sebagai standard – sesuatu yang tidak dimiliki oleh kumpulan import awal (CBU).

Baca: Toyota mula kempen ‘Live Hybrid’, bikin ‘hype’ untuk Toyota Corolla Cross Hybrid 2021?

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 03

Bergerak ke bahagian dalam, Toyota Corolla Cross Hybrid menawarkan pilihan mod pemanduan, paparan pelbagai maklumat 7 inci digital (varian petrol menerima paparan 4.2 inci yang lebih kecil), cermin pandang belakang elektrokromik dan lapik lantai khusus hibrid.

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 04

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 05

Seperti varian petrol, paparan infotainment 9-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay dikekalkan dengan audio disalurkan melalui sistem 6 pembesar suara.

Malangnya, ciri yang paling dinanti-nantikan - brek parkir elektronik (EPB) tidak berjaya atau sempat diberikan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid ini. Pengguna masih perlu menggunakan brek kaki di sini.

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 06

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 07

Tiada pengurangan ruang but berbanding versi petrol, masih 440 liter

Disebabkan oleh beberapa keputusan rekaan yang bijak, Toyota telah berjaya meletakkan pek bateri untuk Corolla Cross Hybrid di bawah tempat duduk belakang. Oleh itu, ruang but Toyota Corolla Cross ialah 440 liter standard, tanpa mengira varian. Semua varian juga dilengkapi tayar ganti jenis jimat ruang.

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 08

Di bahagian keselamatan, Toyota Corolla Cross Hybrid dilengkapi dengan 7 beg udara, dan suite lengkap Toyota Safety Sense ADAS, dengan ciri seperti:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA) with Steering Assist
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA). 

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 09

Toyota Corolla Cross Hybrid dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.8 liter kitaran Atkinson petrol 2ZR-FXE (98 PS/142 Nm) yang dipadankan dengan motor elektrik (72 PS/163 Nm), memberikan output gabungan sebanyak 122 PS. Pemanduan disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi automatik e-CVT.

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV! 10

Terdapat lima warna untuk dipilih Corolla Cross Hybrid anda, empat daripadanya dikongsi dengan varian petrol, iaitu Silver Metallic, Red Mica Metallic, Nebula Blue Metallic, dan Platinum White Pearl. Pilihan warna kelima – Celestite Grey Metallic, adalah warna eksklusif hanya untuk Toyota Corolla Cross Hybrid. 

Baca: Laku keras, Toyota Corolla Cross melebihi jualan HR-V sebanyak 4x di Thailand pada tahun 2021!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda