window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru?

Haris · Jun 5, 2020 12:00 PM

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 01

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 02

Pada tahun 2014, Honda City telah dilancarkan di Malaysia. Ditawarkan dengan fungsi Stability Control dan 6 beg udara, Honda City laku keras dan sinonim sebagai kereta pilihan anak muda.

Sedikit mengecewakan apabila Honda City menggunakan transmisi CVT berbanding kotak gear 5 kelajuan automatik sebelum ini. Selain itu, penggunaan drum brake pada tayar belakang berbanding disc brake juga merupakan satu lagi kekecawaan pada Honda City.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 01

Honda City tidak lari dengan perbandingan dengan pencabarnya, Toyota Vios. Toyota Vios telah awal-awal lagi dilengkapi disc brake depan dan belakang. Namun kekurangan Vios yang hanya dilengkapi 2 beg udara dan ketiadaan bantuan pemanduan elektronik seperti traction control dan stability control, menjadikan minat pembeli lebih cenderung kepada Honda City.

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 02

Toyota Vios kemudiannya dilengkapi dengan 7 beg udara, Traction Control dan Stability Control dalam versi facelift 2019. Tidak cukup dengan itu, Vios turut dilengkapi dengan blind spot detection, rear-cross traffic alert dan kamera parkir 360 darjah.

Honda pula memberi nafas baru kepada Honda City pada tahun 2017 dengan menaik taraf ciri-ciri standard, contohnya lampu LED depan dan belakang.

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 03

Keunikan Honda City.

Dengan tidak semena-mena, selepas beberapa bulan pelancaran facelift terbaru, Honda City menawarkan varian hibrid pula. Teknologi powertrain hybrid yang lebih berkuasa dengan lebih penjimatan bahan api menjadikan Honda City lebih unik kerana menjadi satu-satunya jenama yang menawarkan teknologi hibrid dalam kelasnya.

Dengan teknologi hibrid, City menjana sebanyak 138 PS dan dan 170 Nm tork menggunakan transmisi dual-clutch 7-kelajuan. Bahagian penyerap hentakan pula melalui talaan semula bersama-sama dengan power steering yang lebih responsif menjadikan kawalan pemanduan lebih menarik.

Berapakah harga bagi kesemua varian?

Harga untuk Honda City bermula dari RM 73,836 untuk varian S hinggalah RM 86,983 untuk varian V (varian paling atas bukan hibrid). Varian Hibrid pula berharga RM 92,172.

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 04

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 05

Honda City mendahului saingannya dari segi ruang kabin dalaman yang luas dan praktikal. Terdapat ruang kaki dan bahu yang luas disamping kelengkapan lain seperti console box yang besar, pemegang cawan dan bekas serbaguna. 

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 06

Kualiti pemanduan Honda City juga cukup memuaskan. Ianya pantas, responsif dan cukup berkuasa apatah lagi ketika mengambil selekoh.

Namun begitu, kualiti pemanduan Toyota Vios lebih sedap dengan kabin yang lebih senyap. Disc brake juga dipasang di depan dan belakang berbanding Honda City yang menggunakan drum brake di belakang. Memang kualiti pemanduan Honda City cukup memuaskan namun sterengnya terasa agak ringan. Sistem infotainment juga sangat kurang memuaskan berbanding versi Honda City sebelum ini.

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 07

Honda City adalah sebuah pilihan yang tepat jika anda mementingkan aspek praktikaliti, ruang dan efisiensi. Namun Toyota Vios dilihat telah mendahului pula dengan menawarkan pelbagai ciri-ciri yang berguna dari segi keselamatan dan pengendalian. Pun begitu, Honda City masih menang dari segi ruang kabin dalaman yang luas. 

Apakah pilihan lain?

Honda City: Masih boleh bersaing dengan Toyota Vios baru? 08

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda