window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain!

Faisal ยท Aug 30, 2021 08:00 PM

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain! 01

Toyota Corolla Cross sememangnya antara SUV Toyota yang paling laku buat masa sekarang. Selain mendominasi pasaran Thailand, ia juga lebih laku daripada Corolla sedan. Impak yang diberi oleh crossover ini sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Tetapi bagaimana pula dengan pasaran Jepun kelak?

Juga bacaToyota Corolla Cross terjual 3.5x kali ganda daripada Honda HR-V di Thailand pada H1 2021

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, Corolla Cross bakal dilancarkan ke pasaran sana pada September 2021. Baru-baru ini, sebuah akaun Twitter yang bernama @ry-t0925 telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan sebuah treler di Jepun yang dilihat sedang menghantar SUV itu. Menariknya, wajah hadapan yang tampil pada Corolla Cross itu begitu lain daripada apa yang kita kenal selama ini.

Juga bacaIntipan - Toyota Corolla Cross tanpa 'seurat benang' sebelum pelancaran di Jepun

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain! 01

Kalau anda perasan, wajah depannya kelihatan seakan sama dengan Corolla biasa. Tidak cukup dengan itu, emblem yang berhuruf “C” juga menggantikan logo Toyota di bahagian gril.

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain! 02

Untuk maklumat anda, logo itu sinonim dengan Toyota Corolla spec Jepun. Antara Corolla yang ada di pasaran sana adalah hatchback (Sport), station wagon (Touring) serta sedan dan wagon segmen B seperti Axio dan Fielder.

Juga bacaToyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia!

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain! 03

Selain perbezaan pada wajah hadapan, Corolla Cross spec Jepun nampaknya sama seperti yang kita kenal selama ini. Cumanya, lencana Corolla Cross pada bahagian belakang diletakkan sebelah kiri, sama seperti spec Amerika.

Juga bacaToyota Corolla Cross potensi maksimum - 2.0L Dynamic Force, AWD untuk pasaran US!

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain! 04

Setakat ini, aspek trenkuasa yang bakal didatangkan pada Corolla Cross spec Jepun masih belum dapat disahkan tetapi ia berkemungkinan hadir dengan enjin hibrid. Bergantung pada pasaran, Corolla Cross ditawarkan dengan enjin petrol 1.8L aspirasi natural, enjin petrol hibrid, dan enjin 2.0L Dynamic Force.

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain! 05

Spec Amerika. Ada lencana AWD.

Sama seperti spec Amerika, Corolla Cross di Jepun juga berkemungkinan datang dengan pilihan pacuan semua roda.

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain! 06

Agak berbeza tetapi ia tidaklah menghairankan kerana Corolla Cross spec Jepun tidak diimport dari Thailand. Sebaliknya, ia dipasang oleh kilang Toyota Jepun di deerah Takaoka.

Intipan - Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal datang dengan wajah yang lain! 07

Apabila dilancarkan kelak, Corolla Cross akan bersaing terus dengan Honda Vezel (HR-V). Kalau anda nak tahu, SUV tersebut bukan main laku lagi. Tetapi dengan senarai menunggu yang mencecah satu tahun, pembeli-pembeli di sana mungkin bertukar arah kepada Toyota Corolla Cross.

Juga bacaHonda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda