Jaga-jaga penjenayah, kereta polis Proton X70 sudah mari!
Faisal · Nov 13, 2020 01:00 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini melengkapkan senjata mereka dengan kuasa i-VTEC oleh Honda Civic polis yang sering dilihat sejak kebelakangan ini. Kini, giliran Proton X70 pula untuk mengukuhkan senjata polis di Malaysia.
Seperti yang pernah dilaporkan, kita pernah melihat SUV kegemaran Malaysia dalam pakaian seragam polis. Terima kasih kepada rakan kami di Funtasticko, kini nampaknya SUV tersebut bakal digunakan secara umum.
Berdasarkan gambar ini, SUV polis ini sedang dihantar oleh treler. Ia kelihatan seperti sudah bersedia untuk menjalankan tugas. Namun begitu, lokasi intipan ini tidak diketahui sama sekali. Maka itu, kami tidak dapat memastikan dimana ‘inspektor’ Proton X70 ini akan mula dikerahkan.
Untuk maklumat anda, PDRM telah memesan sebanyak 197 unit Proton X70 varian Standard. SUV ini akan menggantikan barisan kereta yang sudah lama seperti Proton Waja, Preve, dan Inspira.
Dengan gabungan Honda Civic, PDRM nampaknya meningkatkan kuasa kuda untuk merempuh penjenayah. Maka itu, berjaga-jagalah! Lagi satu, jangan haraplah nak curi sebiji.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen