window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jom lihat sendiri Toyota RAV4 2020 dengan Aero Kit Modellista

Mersita · Jul 13, 2020 12:00 PM

Jom lihat sendiri Toyota RAV4 2020 dengan Aero Kit Modellista 01

Toyota RAV4 generasi kelima serba baharu baru sahaja dilancarkan pada bulan Jun lepas. Toyota RAV4 2020 disambut baik oleh peminat SUV kompak kerana rupa bentuk badannya yang ‘rugged’ berserta perincian aerodinamik yang tampak harmoni dengan keseluruhan badannya.

Nak lebih cantik lagi? Kini Toyota RAV4 boleh didapati dengan aero kit Modellista! Menurut laman Facebook Wing Hin Motorsports, Toyota RAV4 yang dipasang kit Modellista kini boleh dilihat di bilik pameran Toyota 4s di Balakong, Selangor.

Jom lihat sendiri Toyota RAV4 2020 dengan Aero Kit Modellista 02

Kit Modellista tersebut termasuklah tambahan spoiler bampar hadapan yang memberi rupa lebih agresif dan ‘sporty’ pada muka hadapan SUV ini. Tambahan tersebut juga dipasang dengan daytime running lights (DRL) berbentuk anak panah menuju ke tengah, memberikannya rupa lebih ‘sporty’ dan menyeronokkan.

Jom lihat sendiri Toyota RAV4 2020 dengan Aero Kit Modellista 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hiasan perak juga ditambah di atas gril hadapannya serta di hujung lampu hadapan, memberikannya rupa ‘cat-eye’ yang tampil bergaya. Skirt sisinya pula ditambah elemen krom yang melintang sepanjang bawah pintu hadapan dan belakang; menggantikan kemasan plastik pada sisi badan asalnya.

Jom lihat sendiri Toyota RAV4 2020 dengan Aero Kit Modellista 01

Perincian krom ini juga dipadankan lagi dengan krom melintang di pintu belakangnya. Sisi bampar belakangnya diberi tambahan aerodinamik dengan lubang bersegi untuk aliran udara belakang tayar. Tidak banyak tambahan lain pada bahagian belakang kereta ini.

Jom lihat sendiri Toyota RAV4 2020 dengan Aero Kit Modellista 02

Menurut laman web Modellista, set Aero Kit Modellista untuk Toyota RAV4 ini juga didatangkan dengan set tayar dan rim aloi dwi-tona 19 inci.

Dalam rebiu Toyota RAV4 kami, SUV ini mempunyai prestasi pemanduan yang mengagumkan serta keselesaan kabin yang memuaskan hati. Belum ada maklumat lanjut mengenai harga aero kit Modellista ini. Buat masa sekarang, kalau anda nak lihat sendiri rupa RAV4 dengan kit badan ini, sila berkunjung ke pusat Toyota 4s di Balakong.

Sumber gambar: FB Wing Hin Motorsports

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota RAV4 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda