window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni?

Haris · May 23, 2021 04:00 PM

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 01

Toyota Hilux adalah kenderaan ruji bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak.. Nama Hailak itu sendiri telah menjadi sebutan ramai untuk trak pikap di Malaysia, seperti mana nama Maggi digunakan untuk mee segera, Milo untuk minuman coklat dan Pampers untuk lampin bayi.

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 02

Sepertimana anda tahu, jolokan nama "Hailak" itu datang dari bumi Borneo. Tahukah anda, musim PKP yang tidak menentu ini telah mengukuhkan lagi keperluan trak pikap dan 4x4 di Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu itu? Baca liputan kami di pautan berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 01

Duta Hilux yang kita perlukan, bukan yang kita mahukan

Oleh yang demikian, pembelian trak pikap terpakai penting untuk sesetengah pihak. Justeru apakah persediaan dari segi mental dan kewangan untuk membeli Toyota Hilux terpakai? Seperti Ustaz Ebit Lew juga, kami juga akan membantu anda untuk panduan membeli Toyota Hilux terpakai tanpa dipinta.

Model fokus - Toyota Hilux generasi ke 8 pra facelift

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 02

Kiri: model sebelum
Kanan: model generasi ke 8 pra-facelift

Toyota Hilux gen 8 telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016. Ketika pelancarannya, ia ditawarkan dalam 6 varian. Pilihan terdiri daripada pacuan 2x4 atau 4x4, manual atau automatik, enjin 2.4L atau 2.8L, single atau double cab.

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 03

Harga ketika pelancaran bermula dari RM 90k - RM 135k. Ciri keselamatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 3 beg udara (varian paling tinggi dengan 7 beg udara)

  • ABS dengan EBD

  • Kawalan kestabilan VSC (untuk varian automatik sahaja)

  • Hill Start Assist (untuk 2 varian automatik sahaja)

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 04

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition, 2017

Jika anda berminat untuk mendapatkan Toyota Hilux, pastikan kegunaan model yang diperlukan terlebih dahulu. Model Single Cab lebih sesuai untuk mengangkut barang tetapi model Double Cab penting jika anda perlu membawa pekerja atau kegunaan pelbagai. Selain itu, bagi peminat aktiviti 4x4, varian disyorkan adalah Hilux Double Cab 2.4 STD (MT).

Masalah Toyota Hilux

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 05

Kami merujuk kepada tuan bengkel Ijam Speed Garage, semestinya Encik Ijam yang sudah lama berkecimpung dengan baik pulih trak pikap dan 4x4. Maklum balas pertama oleh beliau adalah Toyota Hilux generasi ke 8 pra-facelift dianggap masih baharu justeru kurang masalah mekanikal pada Hilux ini.

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 06

Paling tidak, Toyota Hilux akan datang dengan masalah sensor, misalnya sensor ABS atau sensor beg udara menyala. Masalah ini mudah diperbaiki dengan cara set semula (reset) atau mencari punca masalah sebenar. Selalunya masalah tidak berakar hingga ke bahagian mekanikal. Kos reset tak sampai RM 100.

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 07

Namun, Encik Ijam mengingatkan bahawa untuk Toyota Hilux, apa yang lebih penting adalah rekod penyelenggaraan. Trak yang dimiliki oleh syarikat selalunya sedikit teruk tetapi tiada masalah sekiranya had penyelenggaraan dijaga.

Hilux yang masuk tapak pembinaan secara rutin pun disarankan untuk menyelenggara atau memeriksa bahagian bushing setahun sekali, cukup.

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 08

Akhir sekali, berdasarkan maklum balas pemilik Toyota Hilux sendiri, adalah disarankan untuk pembeli baharu untuk membuat senarai semakan komponen seperti gandar (axle), kotak enjin, sistem suspensi dan sebagainya. Bawa juga mekanik berpengalaman untuk memeriksa komponen berkenaan.

Kos penyelenggaraan

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 09

Menurut Encik Ijam lagi, kos penyelenggaraan Toyota Hilux tidak begitu mahal. Major servis mungkin tidak sampai RM 300. Harga bagi penapis minyak enjin diesel adalah RM 60 sahaja. Pelanggan Ijam Speed Garage juga disyorkan untuk menukar penapis minyak pada jarak 10,000 km.

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 10

Antara tips penyelenggaraan yang dikongsikan oleh Encik Ijam adalah keperluan menjaga minyak enjin diesel dengan cermat. Hal ini kerana minyak enjin diesel lebih likat dan boleh menyebabkan bunyi enjin semakin kasar. Berkaitan dengan ini, penapis minyak juga penting untuk ditukar. Pengalaman beliau sendiri, ada pemilik yang culas menukar penapis minyak sehingga 2 tahun sedangkan ia wajib ditukar mengikut kilometer.

Cuai menyelenggara Toyota Hilux akan menyebabkan enjin tersumbat lalu masalah lelah kuasa (underpower) dan juga kerosakan sistem penyuntik nozel. Oleh itu, pastikan buku rekod servis pemilik asal masih ada. Kalau tidak, minta diskaun.

Kesimpulan

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 11

Trak pikap memang tahan, apatah lagi dari sebuah pengeluar yang terkenal dengan ketahanan. Lebih menarik lagi, banyak maklum balas pemilik Toyota Hilux yang mengesyorkan bahawa rekod penyelenggaraan lebih penting untuk Toyota Hilux kerana ketahanan enjin dan aspek mekanikal sangat baik.

Panduan membeli Toyota Hilux terpakai - serendah RM 75k, masih berbaloi untuk harga terpakai tinggi macam ni? 12

Bukan itu sahaja, harga bagi Toyota Hilux juga masih bertahan, kekal tinggi walaupun sudah lebih 4 tahun menjengah pasaran. Perlu diingatkan, kos pemilikan (minyak, road tax dan sebagainya) tidak boleh dibandingkan dengan sedan mahupun SUV, trak pikap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Justeru, pastikan kewangan kukuh dahulu sebelum menjerumuskan diri ke lembah kayangan ini!

Panduan Lain:

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni!

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max - perbandingan trak pikap 3 penjuru!

Toyota Hilux generasi ke-7: Kini serendah RM 58k – baloi angkat second hand?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda