Tak dinafikan, Proton X50 ialah kereta yang paling hangat diperkatakan di serata laman sosial media. Dengan harga yang kompetitif, maka tak hairanlah ia mempunyai senarai tempahan sebanyak 20,000 unit setakat ini.
Semestinya membeli kereta bukan sekadar bayar bulan-bulan, jadi kami di WapCar BM akan rungkaikan kos penyelenggaraan untuk SUV segmen B baharu ini.
Proton X50 rasmi dilancarkan pada 27hb Oktober dengan pilihan empat varian. Anda pasti perasan yang harganya bertindih dengan Proton X70 (dimana kami sudah rungkaikan dengan lebih lanjut dalam artikel ini).
Kalau ada mati-mati dah confirm nak X50, jangan kisah pasal varian Standard dan Executive. Tapi pastikan anda memenuhi kriteria gaji sebelum mengambil pinjaman bank!
Jumlah kos untuk menyelenggara X50 di pusat servis Proton selama 5 tahun/100,000 km adalah RM 4,326.95. Kos ini untuk kedua jenis enjin yang ditawarkan (bergantung pada varian).
Enjin 1.5 liter bercas turbo 3 silinder memerlukan minyak enjin sebanyak 5 liter. Ia ditukar pada setiap jarak waktu servis, termasuklah filter minyak dan gasket palam saliran.
Anda juga perlu ingat bahawa 'coolant' enjin (RM135.45) perlu digantikan pada 36 bulan/60,000 km. Sebab itu kos servis sedikit mahal berbanding yang lain.
Sama juga pada jarak waktu 54 bulan/90,000 km, kerana anda perlu menukar minyak transmisi dwi-klac (RM 237.36).
Kami lampirkan disini saiz tayar X50 serta jenama yang kami syorkan:
Cadangan tayar Proton X50 2020 | ||
---|---|---|
Jenama | Saiz | Anggaran Harga/Sebutir |
Contential UltraContact SUV | 17" - 19" | ~ RM 350 - RM 680 |
Michelin Primacy SUV | 17" - 19" | ~ RM 475 - RM 920 |
Toyo Proxes CF2 SUV | 17" - 19" | ~ RM 370 - RM 550 |
Yokohama Geolandar SUV | 17" - 19" | ~ RM 330 - RM 840 |
Untuk mengetahui pilihan lain dengan lebih mendalam, anda boleh membaca artikel ini atau yang khas untuk SUV.
Harga insuran Proton X50 2020 | |
---|---|
Varian | Kos insuran (RM) |
Standard | 2,338.70 |
Executive | 2,484.30 |
Premium | 2,702.70 |
Flagship | 2,965.30 |
Sebut harga diatas adalah sekiranya pemandu tidak ada 'No Claim Discount' (NCD), loading kosong dan tidak termasuk kos perlindungan lain seperti cermin depan ataupun banjir.
Anda boleh membaca pelbagai maklumat lain melalui halaman model kami, dan semestinya anda semua boleh bersembang di kumpulan WhatsApp dan Forum kami.
Kalau anda lebih suka melihat video, kami pun ada!
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Proton X50 1.5T Standard
Upgrade
Add your car