window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skor JNCAP yang lemah untuk pengesanan pejalan kaki Daihatsu Rocky/Toyota Raize AEB

Zamil Syaheer · Jun 26, 2020 11:44 AM

Skor JNCAP yang lemah untuk pengesanan pejalan kaki Daihatsu Rocky/Toyota Raize AEB 01

Daihatsu Rocky dengan kembarnya Toyota Raize baru sahaja diberi skor penuh 5-bintang untuk perlindungan keselamatan kemalangan oleh Program Penilaian Kereta Baru Jepun (JNCAP).

Ia memperoleh 85.7 poin daripada 100 poin maksimum, sedikit tinggi daripada minimum 82 poin yang diperlukan untuk penarafan 5-bintang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak seperti Euro NCAP, JNCAP memberikan penilaian berasingan untuk keselamatan pasif (perlindungan kemalangan) dan keselamatan aktif (penghindaran perlanggaran). Walaupun Rocky/Raize menunjukkan prestasi yang baik untuk keselamatan aktif, ia tidak mencapai taraf tertinggi untuk keselamatan pasif.

Untuk keselematan pasif, Rocky/Raize diberi penilaian ASV ++ sahaja, sedikit lagi untuk mencapai tahap penilaian tertinggi iaitu ASV +++.

Semua sistem ADAS (advance driver assistance systems)  Rocky/Raize menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian JNCAP kecuali ciri pengesanan pejalan kaki AEB (brek kecemasan autonomi).

Skor JNCAP yang lemah untuk pengesanan pejalan kaki Daihatsu Rocky/Toyota Raize AEB 01

Dalam senario JNCAP Collision Prevention - Nearside (CPN) dimana ujian tu mensimulasikan senario seseorang berjalan ke kereta yang sedang memecut, Rocky/Raize berjaya mengelakkan perlanggaran dengan kelajuan hingga 35 km/j.

Untuk ujian yang dilakukan pada kelajuan antara 40 hingga 50 km/j, Rocky/Raize bertembung dengan boneka ujian, tetapi sistem masih berjaya mengurangkan kelajuan menjadi 19.2 km/j dan 38.4 km/j.

Skor JNCAP yang lemah untuk pengesanan pejalan kaki Daihatsu Rocky/Toyota Raize AEB 02

Dalam senario Pencegahan Perlanggaran yang lebih mencabar digelar Nearside with Obstruction (CPNO) di mana pejalan kaki tiba-tiba muncul, Rocky/Raize gagal untuk mengelak pada semua kelajuan yang diuji  dari 25 km/j hingga 45 km/j.

Pengurangan kelajuan juga tidak begitu ketara, lalu mengurangkan poin yang dikumpulkannya. Dengan kelajuan 35 km/j, kelajuan pelanggaran ketika bertembung dengan boneka ujian adalah 33.7 km/j.

Skor JNCAP yang lemah untuk pengesanan pejalan kaki Daihatsu Rocky/Toyota Raize AEB 03

Pada 40 km/j dan 45 km/j, Rocky/Raize mengekalkan kelajuan sebanyak 39.0 km/ j dan 44.9 km/j - tidak ada penurunan kelajuan langsung.

Oleh itu, Rocky/Raize hanya memperoleh 12.9 daripada 80 poin maksimum dalam ujian penghindaran perlanggaran pejalan kaki AEB.

Skor JNCAP yang lemah untuk pengesanan pejalan kaki Daihatsu Rocky/Toyota Raize AEB 04

Sistem AEB yang digunakan oleh Daihatsu Rocky dan Toyota Raize serupa dengan ciri ASA 2.0 yang digunakan oleh Perodua Axia, Bezza, dan Aruz (Perodua Myvi menggunakan ASA 1.0 sebelumnya).

Ianya mungkin bukan sistem yang paling canggih tetapi cukup baik untuk kereta bajet. Ingat bahawa Proton tidak menawarkan ciri yang setara di Proton Saga,Iriz, dan Persona.

Skor JNCAP yang lemah untuk pengesanan pejalan kaki Daihatsu Rocky/Toyota Raize AEB 05

Toyota Raize pasaran Jepun yang diuji oleh JNCAP dihasilkan berdasarkan kontrak oleh Daihatsu, dan merupakan versi Daihatsu Rocky yang diperbaharui. Ianya akan diperkenalkan di Malaysia oleh Perodua akhir tahun ini.

Skor JNCAP yang lemah untuk pengesanan pejalan kaki Daihatsu Rocky/Toyota Raize AEB 06

Perodua sudah mengesahkan bahawa ia bakal  memperkenalkan model SUV baru untuk Malaysia, tetapi tidak mengesahkan samaada ia akan diasaskan oleh Daihatsu Rocky pasaran Jepun. Model Perodua SUV yang akan datang biasanya disebut dengan nama kod projeknya iaitu D55L.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda