window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton Saga R3 dalam penghantaran, 2 model Proton R3 bakal diluncurkan?

Haris · Feb 8, 2021 03:30 PM

Spyshot: Proton Saga R3 dalam penghantaran, 2 model Proton R3 bakal diluncurkan? 01

Proton secara senyap telah membawakan sebuah lagi kejutan tahun 2021. Kali ini, giliran Proton Saga pula menerima lambang R3.

Gambar intipan daripada rakan media Funtasticko memperlihatkan Proton Saga dengan lambang R3 pada bahagian bonet di atas treler untuk penghantaran. Destinasi model ini masih menjadi misteri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Proton Saga R3 dalam penghantaran, 2 model Proton R3 bakal diluncurkan? 01

Selain daripada Proton Saga R3, sebuah lagi model Proton R3 iaitu Proton Iriz turut dilihat berada di atas treler untuk penghantaran. 

Spyshot: Proton Saga R3 dalam penghantaran, 2 model Proton R3 bakal diluncurkan? 02

Memandangkan kedua-dua model ini diintip di atas treler dalam penghantaran, adakah ini bermakna tarikh pelancaran untuk model kemaskini Proton semakin dekat?

Spyshot: Proton Saga R3 dalam penghantaran, 2 model Proton R3 bakal diluncurkan? 03

Sebelum ini, khabar angin mengenai model Proton Saga R3 tukar ketika rakan media Careta melaporkan mengenai gambar intipan bahagian dalam Proton Saga R3. Gambar intipan tersebut jelas memperlihatkan skrin infotainment jenis terapung Proton Saga dengan visual R3 serta tempat duduk dengan jahitan R3.

Spyshot: Proton Saga R3 dalam penghantaran, 2 model Proton R3 bakal diluncurkan? 04

Lakaran Proton Saga R3 versi Wapcar

Keputusan untuk meluncurkan model Proton Saga R3 dengan seragam hitam ini mungkin sedikit sebanyak memberi tanda tanya kerana ia nampak mirip dengan model Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 35 sebelum ini. 

Spyshot: Proton Saga R3 dalam penghantaran, 2 model Proton R3 bakal diluncurkan? 05

Lakaran Proton Saga R3 versi Wapcar

Mungkin ini suatu langkah untuk meningkatkan jualan kerana Proton Saga menerajui jualan Proton pada tahun 2020 sebanyak 46,527 unit. Di samping itu, Proton Iriz mencatatkan jualan sebanyak 7,636 unit tetapi reputasinya sebagai model dengan kendalian yang mantap turut melayakkannya untuk menerima lambang R3.

Spyshot: Proton Saga R3 dalam penghantaran, 2 model Proton R3 bakal diluncurkan? 06

Gambar jahitan R3 yang tular oleh Fantasticko

Selain daripada Proton Saga R3 dan Proton Iriz R3, model Proton Persona juga dijangka akan menerima kemaskini pada tahun 2021 ini. Bagi Proton Persona pula, ia dikatakan akan hadir dengan varian yang dinamakan Proton Persona ‘Black Edition’.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda