window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup?

Haris · Sep 29, 2021 09:00 AM

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup? 01

Pakar aksesori off-road Thailand, RAD Bumper telah tampil dengan aksesori radikal untuk Toyota Hilux. Jenama tersebut telah berjaya menampilkan Toyota Hilux pada sisi yang lebih agresif dan tentunya ini diidam-idamkan oleh peminat trak pikap.

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

RAD Pathfinder dihasilkan semata-mata untuk memberikan penampilan yang tegap dan agresif. Malah, ia menerapkan falsafah seperti ‘rhino stance’ dan ‘mountain silhouette’ sebagai asas untuk menghasilkan aksesori di bawah RAD Pathfinder ini.

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup? 01

Hasilnya memang menakjubkan. Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder adalah lebih tinggi, lebih lebar dengan tahap praktikaliti yang lebih baik. Ini semua tanpa berkompromi dengan rekaan yang memukau pandangan dan boleh dihargai oleh orang biasa sekalipun.

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup? 02

Secara keseluruhan, terdapat 14 aksesori yang ditambah pada model Toyota Hilux RAD Pathfinder ini. Ya, aksesori daripada RAD agak ringkas, tidak rumit tanpa memerlukan pemilik bersusah payah meneliti segala aspek. Hanya datang dan pasang sahaja.

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup? 03

Pada bahagian depan, gril rekaan RAD hadir dengan sepasang lampu sorot PIAA yang diberikan sekaligus. Aksesori lain termasuklah bull bar bumper hadapan dan penutup engkol pemacu (crank cover) bagi tujuan estetik dan pemanduan di kawasan berlumpur.

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup? 04

Bahagian sisi juga dilengkapi dengan pemijak sisi, fender jenis widebody dan snorkel dari TJM pada bahagian kanan. Perincian seperti cermin sisi yang lebih lebar dengan rekaan ala F-150 menambahkan lagi rekaan yang ganas pada Toyota Hilux RAD Pathfinder ini.

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup? 05

Kebolehan dinamik Toyota Hilux ini turut ditingkatkan dengan kit penggantungan suspensi Unicorn 152 mm dan penyerap hentak depan dan belakang khas. Penggunaan roda dan tayar off road juga sesuai dengan estetik RAD Pathfinder dan tentunya lebih sesuai untuk menerokai jalan yang lebih mencabar.

Toyota Hilux dengan kit badan RAD Pathfinder - pilih ini atau Ford Ranger F-150 Raptor celup? 06

Warna lain

RAD Bumper berjaya menghasilkan sebuah Toyota Hilux yang kelihatan ganas dan agresif. Dengan kehadiran Ford Ranger convert Shelby F-150 Raptor, rekaan Toyota Hilux RAD Pathfinder ini sangatlah dialu-alukan. RAD Bumper turut mempunyai cawangan di Malaysia dan boleh dihubungi di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda