window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terserempak Putera Arab ketika kereta rosak, terus dapat Toyota Hilux!

Mersita · Dec 26, 2021 06:00 PM

Terserempak Putera Arab ketika kereta rosak, terus dapat Toyota Hilux! 01

Bagi yang pernah terkandas di jalan raya akibat kereta rosak, anda pasti tahu betapa runsingnya fikiran mengenangkan urusan yang perlu diselesaikan dan kos pembaikan yang perlu ditanggung. Tapi, kadangkala rezeki Tuhan itu datang tanpa disangka, tak pernah salah alamat.

Tular kisah seorang lelaki yang dibantu oleh Putera Arab Saudi, Putera Turki bin Talal Al Saudi, ketika keretanya dipandunya rosak di tengah jalan di Mahayel, Asir dan digantikan serta-merta dengan sebuah Toyota Hilux ‘fresh’ dari bilik pameran ihsan daripada bangsawan berhati mulia itu.

Terserempak Putera Arab ketika kereta rosak, terus dapat Toyota Hilux! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Gulf News, Putera Turki ketika itu melalui jalan tersebut dan terlihat seorang lelaki berdiri di tengah jalan kerana keretanya rosak. Putera itu lalu meletakkan kenderaannya di sebelah kenderaan lelaki tersebut dan bertanya sekiranya lelaki itu ada kenderaan lain untuk digunakan.

Seperti kebanyakan rakyat marhaen, lelaki itu berkata tiada kereta lain untuk menggantikan keretanya yang rosak.

Terserempak Putera Arab ketika kereta rosak, terus dapat Toyota Hilux! 01

Seperti rezeki jatuh dari langit, Putera Turki membawa lelaki itu ke pusat jualan berhampiran dan membelikan lelaki malang itu sebuah Toyota Hilux. Putera Turki memberi kunci trak pikap itu kepada lelaki berkenaan dan berkata kereta itu kini sudah jadi milik lelaki tersebut.

Pastinya, dunia perlukan lebih ramai pemimpin yang berhati mulia. Kisah tular itu mengundang pelbagai respon positif dikalangan warganet dan rata-rata memuji kemurahan hati Putera Turki.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda