window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Raize: Paling laris di Jepun! Gambaran awal sambutan Perodua D55L?

Haris · Jul 6, 2020 05:45 PM

Toyota Raize: Paling laris di Jepun! Gambaran awal sambutan Perodua D55L? 01

Toyota Raize telahpun diumumkan sebagai kereta paling laris di Jepun tahun 2020. Sebanyak 58,492 unit terjual semenjak Januari hingga Jun 2020.

Toyota Raize mencatatkan penjualan tertinggi pada bulan Januari, Februari dan Jun 2020. Selain daripada bulan tersebut, Toyota Raize kekal berada pada kedudukan 5 teratas.

Toyota Raize: Paling laris di Jepun! Gambaran awal sambutan Perodua D55L? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada Toyota Raize, Toyota Corolla dan Toyota Yaris turut menunjukkan jumlah penjualan yang tinggi untuk tahun 2020. Nampaknya, Toyota mendominasi carta penjualan kereta di Jepun.

Toyota Raize: Paling laris di Jepun! Gambaran awal sambutan Perodua D55L? 01

Pada awalnya, sasaran penjualan Toyota Raize hanyalah sekadar 4,000 unit sahaja dalam sebulan. Namun, ternyata Toyota Raize menerima sambutan yang sangat menggalakkan dalam 6 bulan pertama 2020.

Harga jualan turut memainkan peranan di mana Toyota Raize berharga sedikit murah berbanding kembarnya, Daihatsu Rocky.

Toyota Raize: Paling laris di Jepun! Gambaran awal sambutan Perodua D55L? 02

Sambutan yang hangat di Jepun turut mendorong Blitz, sebuah bengkel modifikasi terkenal di Jepun untuk menawarkan kelengkapan aksesori Blitz untuk Toyota Raize.

Sementara itu, umum mengetahui bahawa model ini turut dibangunkan dengan kod nama Perodua D55L oleh Perodua.

Toyota Raize: Paling laris di Jepun! Gambaran awal sambutan Perodua D55L? 03

Perodua D55L dijangka bakal hadir ke Malaysia sekitar hujung tahun 2020 atau awal 2021 menggunakan enjin 1.0 liter turbo dengan padanan transmisi CVT automatik.

Sumber: Japan Automobile Dealers Association

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda