window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa?

Mersita · May 3, 2021 04:30 PM

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa?

Setakat ini, cuma ada dua kereta 1.0 liter berpengecas turbo dengan 3 silinder yang dijual di Malaysia – iaitu Perodua Ativa dan Nissan Almera. Malangnya, enjin turbo 1.0 liter yang ada untuk Honda City tidak didatangkan di sini.

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 02

Memandangkan kedua-dua kereta ini dipadatkan dengan enjin yang lebih kurang sama dan juga menggunakan CVT, Ativa dan Almera secara amnya mempunyai trenkuasa yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, kedua-duanya bukanlah betul-betul setara – salah satu daripada dua kereta ini mempunyai pemanduan lebih bagus, lebih cekap minyak, dan kurang gegaran enjinnya. Persoalannya, mana satu yang lebih bagus dalam aspek-aspek ini?

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 01

Kami nak jawab persoalan ini, oleh itu kami pinjam sebuah Nissan Almera untuk dibandingkan dengan Perodua Ativa (Cik Tiva) kami.

Tahap bunyi

Perkara pertama yang kami periksa ialah tahap bunyi di ruangan enjin. Penghawa dingin dimatikan dan dengan kompresor yang tidak aktif, Almera lebih bising sedikit bunyinya – merekodkan 70.5 dB berbanding Perodua Ativa dengan tahap bunyi 69.2 dB.

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 02

Apabila penghawa dingin dihidupkan dan kompresor pun berjalan, Almera masih lagi merekodkan tahap bunyi lebih tinggi iaitu 72.6 dB berbanding Ativa pada 71.8 dB. Bagi aspek ini, Almera kalah.

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 03

Walau bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila anda masuk ke dalam kabin dengan pintu dan tingkap tertutup rapi. Dari dalam kereta, Almera tampil juara kerana penebat bunyinya lebih bagus. Apabila penghawa dingin dimatikan, tahap bunyi di dalam kabin Almera merekodkan 38.2 dB – lebih rendah daripada Ativa iaitu 38.8 dB.

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 04

Bagi penggunaan harian, Almera menawarkan kualiti tahap bunyi di dalam kabin yang lebih senyap. Ia lebih efektif dalam meredam bunyi enjinnya yang bising sedikit. Kabin Almera juga secara amnya lebih senyap pada kelajuan tinggi.

Perbandingan tahap bunyi di dalam kabin
Kelajuan Nissan Almera Perodua Ativa
60 km/h 62 dB 60 dB
90 km/h 66 dB 68 dB
110 km/h 68 dB 70 dB

Gegaran

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 05

Isu yang sering ditimbulkan apabila bercakap tentang enjin 3 silinder adalah gegaran enjinnya. Ya, enjin 3 silinder lebih sukar untuk diseimbangkan, namun kajian mendalam tetap dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian bagi isu ini.

Oleh itu, bagaimanakah perbandingan antara kedua-dua enjin tiga silinder ini?

Bagi menjawab soalan ini, kami hasilkan video di bawah dimana kami membandingkan Almera dan Ativa secara langsung.

Secara amnya, Ativa mempunyai gegaran lebih tinggi. Kadangkala, pintunya pun boleh terasa gegaran apabila ia dibuka. Bagi perbandingan lebih adil, kami gunakan sebotol air untuk mendemonstrasikan tahap gegaran kereta ini.

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 06

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 07

Seperti yang ditunjukkan dalam video di atas, Almera adalah pilihan yang lebih diperhalusi. Ini juga menjelaskan harganya yang lebih mahal. Almera juga menawarkan keselesaan pemanduan yang lebih diperhalusi dan baik.

Mana satu lebih laju?

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 08

Perkara ini bukanlah aspek paling penting, namun kami membuat keputusan untuk ‘drag race’ Almera dan Ativa bagi melihat hasilnya. Merujuk kepada ujian 0-100 km/jam yang kami jalankan sendiri, Ativa merekodkan masa 13.2 saat manakala Almera pula mengambil masa 12.4 saat. Dari keadaan pegun, Almera dengan mudahnya lebih pantas daripada Ativa.

Walau bagaimanapun, dari garis mula 40 km/jam, Almera makan pasir, Ativa jauh meluncur ke hadapan.

Mana satu lebih jimat minyak?

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 09

Kami sudahpun memandu Ativa kami lebih dari 3,000 km setakat ini. Angka terbaik yang kami dapat bagi kecekapan minyak bagi Ativa ialah 6.4 L/100 km. Secara puratanya, Ativa merekodkan penggunaan bahan api sebanyak 7.5 L/100 km.

Almera lebih cekap dan jimat minyak dalam perbandingan ini dimana purata penggunaan bahan apinya ialah 5.85 L/100 km.

Baca juga: Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC?

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 10

Almera sebenarnya mengungguli senarai keseluruhan kami dalam aspek penjimatan minyak. Ia juga berjaya mengalahkan kereta lebih kecil seperti Perodua Axia.

Kesimpulan

Dari segi kehalusan serta prestasi, Almera pastinya lebih bagus dan ini menjelaskan tanda harganya yang mahal.

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 11

Walaupun Ativa lebih murah, ia masih ada ruang bagi penambahbaikan apabila bercakap tentang penghalusan. Namun, ini bukannya bermaksud Ativa tak bagus. Ia masih lagi kereta terbaik yang dikeluarkan Perodua setakat ini.

Mungkin anda tertanya-tanya, apa kes dengan bunyi getaran yang kembali muncul di dalam Ativa kami? Kami sedang menjalankan pemeriksaan di Pusat Servis Perodua sekarang, dan kami akan ceritakan kesudahannya nanti.

Purata penggunaan minyak bagi Ativa kami setakat ini:

Bacaan meter FC Perodua Ativa
Bacaan odometer ketika pengisian semula Bacaan FC Bacaan FC
20 km - -
421 km 13 km/l 7.69 l/100 km
740 km 12 km/l 8.33 l/100 km
1,032 km 14.8 km/l 6.76 l/100 km
1,453 km 13.2 km/l 7.57 l/100 km
1,750 km 11.9 km/l 8.40 l/100 km
1,976 km 12.5 km/l 8.00 l/100 km
2,200 km 12.6 km/l 7.94 l/100 km
2,577 km 12.8 km/l 7.81 l/100 km
2,826 km 9.6 km/l 10.41 l/100 km
3,217 km 14.1 km/l 7.09 l/100 km
3,490 km 13.1 km/l 7.63 l/100 km
3,873 km 13.4 km/l 7.46 l/100km

Dapatkan lebih banyak rebiu jangkamasa panjang untuk Perodua Ativa di sini!

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa? 12

Baca juga:

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen!

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa - berapa lama tunggu dari tempahan hingga keluar kereta?

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan!

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya?

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda