window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru?

Mersita · Apr 15, 2023 10:00 AM

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 01

Nissan Almera N18 dilancarkan pada 2020 dengan pembaharuan yang amat ketara berbanding generasi sebelumnya. Penambahbaikan luar dan dalamnya menjadikan Almera sebuah sedan segmen B yang cukup “oomph”, walau reputasinya tercemar oleh model terdahulu yang serba-serbi tidak memuaskan.

Sepanjang tiga tahun ia berada di pasaran, Almera N18 bersaing dengan sedan-sedan lain seperti Honda City dan Toyota Vios. Memandangkan Toyota Vios 2023 AC100 baru saja dilancarkan bulan lalu dan harganya cukup hampir dengan Almera varian tertinggi (VLT) iaitu sekitar RM 90k, ia membuatkan kami tertanya – adakah Nissan Almera masih relevan untuk dipertimbangkan pada tahun 2023?

‘Start’ kereta, cucuk Apple CarPlay, dan kami pun pandu Nissan Almera ke Ipoh, Perak untuk merasa jikalau ‘sengatannya’ masih berbisa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Almera vs Toyota Vios

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 01

Nissan Almera hadir dalam tiga varian; varian asas VL dengan harga RM 83,888, varian tengah VLP berharga RM 89,888, dan varian tertinggi VLT berharga dari RM 95,888.

Tolak beberapa ratus dari harga Almera VLT dan anda akan dapat varian tertinggi Toyota Vios 2023 serba baru, iaitu Vios G dengan tanda harga RM 95,500.

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 02

Toyota Vios 2023 (AC100) serba baru

Toyota Vios serba baru didatangkan dengan enjin 1.5 ‘naturally aspirated’ 4 silinder (106 PS, 138 Nm) dipadankan dengan CVT.

Nissan Almera pula dikuasakan oleh enjin lebih kecil 1.0 liter berpengecas turbo 3 silinder (100 PS, 152 Nm) digandingkan dengan CVT.

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 03

Nampak saja 3 silinder, pasti ada yang ‘turn off’, kan? Jangan terlalu lekas menghukum, Almera N18 mungkin “terlalu baik untuk anda”; sampaikan pembeli yang ‘cancel’ beli Almera tanpa memandu-ujinya terlebih dahulu hakikatnya terlepas peluang menikmati kereta berenjin 3 silinder yang mantap.

Rupa bentuk Nissan Almera masih boleh tahan

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 04

Cantik itu subjektif. Mungkin ada yang lebih sukakan rekaan fastback Toyota Vios serba baru (ada kekurangan agak besar disebabkan aspek rekaan ini, akan dikupas lagi nanti). Bagi Nissan Almera pula, reka bentuknya lebih tradisional untuk sebuah sedan. Tapi yang pasti, ia nampak jauh lebih menarik berbanding Almera lama.

Juga baca: 5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 05

Penulis berhenti di Bukit Bintang untuk membeli shawarma, dan sekurang-kurangnya tiga lelaki berusia menoleh si Almera N18 berwarna Monarch Orange ini. Ia tak nampak lapuk atau kekok di tengah-tengah bandar metropolitan, apatah lagi di perkarangan masjid di kampung.

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 06

Almera yang kami uji ini turut dilengkapi bodykit Tomei yang diperkenalkan pada Ogos 2022. Kit ini merangkumi 'skirt' depan dwi-tona, ‘diffuser’ olok-olok, ‘skirt’ sisi, berserta ‘spoiler’ but Tomei GT. Tapi sebenarnya, tak ada bodykit RM 8k ini pun tak apa kerana tanpanya, Almera masih nampak cukup cantik.

Nissan Almera, KL - Ipoh - KL

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 07

Berbekalkan RON 95 setangki sekitar RM 65, kami pun memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Dengan adanya Apple CarPlay, fokus pemanduan terasa lebih mudah dengan tempat duduk ‘semi-bucket’ bersarung kulit yang selesa.

Skrin infotainmentnya bersaiz 8 inci disertakan butang-butang kawalan fizikal yang mudah dicapai walau ketika memandu dan menayangkan paparan jelas dari kamera 360 darjah apabila kereta hendak diparkir.

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 08

Pemanduan dalam jam pertama masih rasa selesa, nasib baik stereng ‘flat-bottom’ jenis teleskopiknya boleh dilaras mengikut posisi pemanduan ideal supaya lengan tidak terasa lenguh.

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 09

Kabin senyap dengan penebat bunyi tambahan yang disertakan di dalam Almera N18 ini dan bunyi amaran ‘blind spot monitor’ (BSM) juga tidak terlalu bingit. Walaupun sistem bantuan pemandu ADASnya tidak secanggih model lain, fungsi ‘cruise control’ pada Almera masih OK untuk perjalanan jauh di lebuh raya.

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 10

Penumpang di hadapan dan belakang amat selesa dengan ruang kaki dan kepala yang luas. Di sinilah Almera ‘menang besar’ dari segi keselesaan dan ruang kabin berbanding Vios serba baru. Disebabkan rekaan fastback Vios, ruang kepala penumpang di belakang agak sempit untuk penumpang berketinggian 175 cm.

Juga baca: Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona?

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 11

Tempat duduk belakang Vios baru juga tidak dapat dilipat dan tiada ‘armrest’; berbeza dengan kerusi “Zero Gravity” Almera dimana ‘armrest’nya lengkap dengan ‘cup holder’. Siling kereta yang rendah, ditambah dengan ruang kaki pemandu yang agak sempit di ruangan lutut (disebabkan konsol tengah yang agak tinggi) menjadikan ruang kabin Vios serba baru terasa lebih sempit berbanding Almera.

Juga baca: Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios – sedan segmen B mana paling jimat minyak?

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 12

Ruang kabin Toyota Vios 2023 serba baru

Dari segi teknologi kabin, memanglah Vios serba baru lebih banyak kelengkapan berbanding Almera. Kemudahan yang ada pada Vios G namun tiada pada Almera VLT antaranya ialah pengelap cermin automatik, ‘paddle shifter’, lampu ambien 64 warna, corong penyaman udara penumpang belakang, dashcam DVR depan, pengecas telefon Qi nirwayar, Android Auto, dan EPB.

Bagaimanapun, satu kelengkapan yang cukup penting untuk kebanyakan pemandu ialah tayar ‘spare’ - satu kelengkapan yang tiada pada Vios.

Juga baca: Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 13

Dari segi pemanduan pula, Almera meluncur di lebuh raya dengan mudah dan senyap. Walaupun dengan enjin 3 silinder, gegaran tidak terasa dan pacuan cukup ‘steady’ – memang tak perasan walau kelajuan sudah mencapai lebih 130 km/jam.

Sterengnya terasa ringan ketika dipandu pada kelajuan rendah namun kawalan terasa yakin dan stabil ketika meluncur laju di lebuh raya. Dengan kuasa turbo dan kelancaran CVT Jatco, Almera mudah dipecut ketika hendak memotong tanpa ‘delay’ ketara – menjadikannya antara kereta berenjin 1.0 liter terbaik di pasaran.

Juga baca: Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli?

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 14

Ruang kabin Nissan Almera N18

Ingat, Almera (100 PS, 152 Nm) punyai tork lebih tinggi sedikit berbanding Vios (106 PS, 138 Nm). Untuk gambaran pemanduan Vios serba baru, anda boleh baca review Toyota Vios kami di sini.

Bagi perjalanan lebih 420 km pergi-balik antara KL dan Ipoh, ditambah dengan jalan-jalan sehari di Ipoh, penjimatan minyak Almera memang mengagumkan – satu tangki penuh boleh ‘tapau’ semua. Bacaan diperoleh 5.88 liter/100km apabila tiba di KL pada keesokan harinya.

Juga baca: Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC?

Kesimpulan

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 15

Memang diakui pertumbuhan dalam kategori pasaran sedan tidak serancak SUV mahupun hatchback. Almera mungkin tidak sepopular pesaing segmen B lain seperti Toyota Vios, Honda City, atau Proton Persona - sebabnya sudahpun dibincangkan dalam entri terdahulu.

Namun, penambahbaikan diterima Nissan N18 daripada model terdahulu mampu meletakkannya pada taraf lebih kurang sama dengan pesaing lain. Pembeli hanya perlu memilih model yang mana satu paling banyak 'tick' senarai keperluan dan kemahuan masing-masing.

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 16

Spesifikasi Nissan Almera N18

Jika dibandingkan Nissan Almera N18 dan Toyota Vios AC100 serba baru, ternyata model yang lebih ‘latest’ lengkap dengan pelbagai fungsi moden dan ADAS yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, semuanya terpulang pada kemahuan dan keperluan anda.

Jika anda mahukan kereta terbaru dengan kabin lebih premium, pengecas nirwayar berserta tambahan Android Auto, pemanduan sedan berplatform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), ADAS tambahan, pengalaman pemilikan Toyota yang terkenal… Toyota Vios 2023 mungkin pilihan yang lebih baik.

Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru? 17

Spesifikasi Toyota Vios 2023

Tapi, jika anda pentingkan keselesaan penumpang di belakang (terutamanya yang berketinggian lebih 175 cm), ruang kaki pemandu lebih luas, enjin turbo lebih kecil, ketersediaan tayar ‘spare’, dan anda tak kisah tak ada sambungan Android Auto… Nissan Almera N18 keluaran 2020 sememangnya masih relevan untuk anda pertimbangkan ketika ini.

Juga baca: Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 menyusul ke ASEAN, kini dengan rekaan hadapan yang lebih terdedah!

Nissan Almera 2021 (N18) – Satu penantian yang sangat-sangat berbaloi

Nissan Almera Turbo selang servis 7 km, cuma RM 1.7k sahaja untuk 5 tahun!

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda