‘Countdown’ didedah, SUV hibrid Toyota bakal tiba 14 Oktober ini - Corolla Cross Hybrid?
Faisal · Sep 28, 2021 02:30 PM
0
0
Berikutan pengesahan dari UMW Toyota semalam, kiraan masa sebelum berlangsungnya pelancaran model hibrid tersebut nampaknya terpampang dengan megahnya di laman rasmi mereka.
Dari apa yang dapat dilihat, perasmikan model ini akan berlangsung lagi 16 hari, iaitu pada 14 Oktober 2021 kira-kira jam 2 petang.
Setakat ini, petanda terkuat mengenai ketibaan model hibrid yang mereka telah acah merujuk betul-betul kepada Corolla Cross Hybrid. Perkara ini tidak menghairankan kerana varian petrol pun terjual dengan begitu laris.
Secara teknikal, Corolla Cross Hybrid dikuasakan oleh gabungan enjin 1.8L aspirasi natural dan motor elektrik yang mana kombo sistem hibrid ini menghasilkan 122 PS.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.