window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k

Faisal · Sep 13, 2021 07:44 PM

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k 01

Hotai Motor, iaitu pengedar Toyota di Taiwan telah melancarkan Toyota Corolla Cross versi GR-Sport sebentar tadi. Kalau anda nak tahu, ini adalah model GR-Sport kedua yang dilancarkan di Taiwan. Tahun lepas, mereka telah perkenalkan Corolla Altis GR-Sport.

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k 02

Mengenai SUV yang istimewa ini, varian petrol biasa dirasmikan dengan harga TWD 875,000 (~RM131k). Varian hibrid juga tidak terkecuali yang mana harganya ditawarkan pada TWD 945,000 (~RM 141k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSpyshot: Toyota Corolla Cross GR-Sport diintip beberapa jam sebelum pelancaran malam ini!

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k 01

Sama seperti Corolla Altis GR-Sport, SUV ini turut menerima beberapa peningkatan dari segi pengendalian. Antaranya seperti absorber yang 30 peratus lebih keras, steering rack yang ditala semula, dan penambahan pada bahan penguat casis.

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k 02

Dari segi visual, Corolla Cross GR-Sport tampil dengan reka bentuk bampar depan yang baru dan gril honeycomb berwarna hitam. Satu lagi sentuhan unik pada bahagian luar adalah pelapisan plastik bahagian tepi yang berkemasan warna perak dan lampu belakang LED jernih.

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k 03

Rodanya 18 inci yang dilengkapkan pula tampil sama dengan varian hibrid.

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k 04

Beralih ke bahagian dalam, Corolla Cross GR-Sport mendatangkan sentuhan ekskusif seperti kerusi GR-Sport dengan kemasan jahitan putih, butang push start berlencana GR-Sport dan sistem infotainment beranimasi GR-Sport.

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k 05

Pada aspek trenkuasa pula, ia kekal sama seperti varian yang ada selama ini.

Untuk maklumat anda, Corolla Cross di Taiwan hadir dengan penawaran enjin 1.8L aspirasi natural (140 PS, 172 Nm tork) dan 1.8L hibrid (122 PS).

Bagaimana dengan Malaysia?

Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k 06

Corolla Cross spec Malaysia.

Buat masa ini, UMW Toyota Motor (UMWT) hanya mendatangkan versi GR-Sport pada Toyota Vios. Apapun, masih belum dapat dipastikan samada sentuhan istimewa ini bakal beransur pada Corolla Cross kita ataupun sebaliknya.

Juga bacaRebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda