window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam?

Faisal · Sep 7, 2021 06:00 PM

Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam? 01

Seperti yang anda tahu, sambutan Toyota Corolla Cross di pasaran Thailand cukup menakjubkan. Sejak debut pada Julai tahun lepas, sebanyak 22,500 unit telah terjual. Dalam jumlah itu, 85% daripadanya merangkumi varian hibrid. Malah, Corolla Cross kini menyandang sebagai SUV hibrid paling laku di sana.

Disebabkan itu, Toyota Motor Thailand dengan berbesar hatinya memperkenalkan kit Modellista yang mana ia didatangkan secara terhad.

Istimewa untuk pembeli yang berjiwa sporty

Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam? 01

Sentuhan Modellista yang ditawarkan pada Corolla Cross menampilkan kit badan yang menyerlah dan roda yang unik.

Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam? 02

Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam? 03

Kit yang didatangkan khas buat varian Hybrid Premium dan Hybrid Premium Safety ini merangkumi penambahan pada bampar depan dan belakang, skirting tepi, dan roda dwi-tona bersaiz 18 inci. Ciri bumbung berwarna hitam juga boleh dispesifikasikan oleh pelanggan.

Juga bacaRebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam? 04

Selain daripada itu, Corolla Cross (Modellista) kekal dengan ciri seperti Android Auto dan Apple CarPlay, kabin kulit dwi-tona, dan ADAS Toyota Safety Sense.

Juga bacaToyota Corolla Cross terjual 3.5x kali ganda daripada Honda HR-V di Thailand pada H1 2021

Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam? 05

Begitu juga dengan aspek trenkuasanya yang mana ia kekal dengan enjin 1.8L hibrid (122 PS).

Yang menariknya, Corolla Cross dengan kit Modellista ini hanya terhad kepada 250 unit sahaja. Kit yang istimewa ini ditawarkan pada harga THB 41,500 (~RM 5,300).

Harga Toyota Corolla Cross (Modellista) di Thailand
Varian Harga
Hybrid Premium THB 1,130,500
(~RM 144,378)
Hybrid Premium Safety THB 1,240,500
(~RM 158,426)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda