window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022?

Haris Β· Nov 9, 2021 03:30 PM

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 01

PT Toyota Astra Motor dengan bangganya telah melancarkan model 2022 Toyota Avanza generasi ketiga serba baharu. Model yang menjadi denyut nadi penjualan Toyota di Indonesia ini hadir dengan rekaan dan kelengkapan yang dinaiktaraf, mensasarkan model Honda BR-V generasi kedua dan Mitsubishi Xpander facelift yang baru sahaja dilancarkan sebagai pesaing utama.

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 02

Memacu kuasa kepada 2022 Toyota Avanza serba baharu ini adalah enjin petrol 1.5 liter 2NR-VE NA yang dikekalkan dari generasi sebelum, dengan kuasa kuda sebanyak 104 PS dan tork 136 Nm. Enjin ini menyalurkan kuasa melalui transmisi automatik CVT atau manual lima kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pasaran negara jiran juga menawarkan enjin 1.3 liter NA 1NR-VE untuk varian yang lebih rendah, menghasilkan 97 PS dan 121 Nm.

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 01

Tangkap layar bahagian sisi

Perbezaan paling utama tentulah perubahan pacuan roda belakang (RWD) yang diubah kepada pacuan roda depan (FWD) bagi mengekalkan harganya dalam julat kompetitif.

Dari segi luaran, 2022 Toyota Avanza generasi ketiga ini menawarkan reka bentuk yang lebih tajam berbanding 2022 Honda BR-V serba baharu.

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 02

Rekaan Toyota Avanza serba baru ini mengambil inspirasi daripada Toyota Agya (Axia) pada bahagian gril bawah manakala mirip Toyota Raize (Ativa) pada bahagian gril atas selari dengan lampu hadapan LED. 

Bergantung pada varian, Toyota Avanza serba baharu menawarkan 2 saiz roda aloi, iaitu antara 16- hingga 17-inci.

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 03

Bergerak ke kabin dalaman pula, reka bentuk semula kabin dalaman sepenuhnya memberi suasana yang lebih premium, dengan rekaan T yang menonjol pada pembahagi tengah dengan kemasan hitam-putih kontras.

Beberapa komponen kabin dalaman seperti meter, butang stereng, kawalan penyaman udara dan tuil gear tampak generik, seolah dikongsikan dengan model Toyota lain namun ia tidak kelihatan aneh. Ia tampil kemas dan tidak sibuk.

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 04

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 05

Beberapa kelengkapan moden turut ditawarkan seperti brek parkir elektrik (EPB), pad pengecas nirwayar Qi, corong pendingin hawa bumbung untuk baris kedua, serta paparan hiburan tempat duduk belakang.

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 06

Toyota dan keselamatan berpisah tiada justeru, Toyota Avanza generasi ketiga tampil sarat dengan ciri keselamatan. Suite ADAS Toyota Safety Sense boleh didapati sebagai pilihan tambahan. Fungsi yang ditawarkan adalah: 

  • Lane Departure Assist (LDA)
  • Pedal Misoperation Control (PMC)
  • Front Departure Alert (FDA)
  • Pre-Collision System (PCS)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 07

Ciri keselamatan standard adalah brek ABS dengan EBD, kawalan cengkaman TC, bantuan daki HHA dan 6 beg udara di sekeliling kabin yang sangat pemurah jika dibandingkan dengan 2 beg udara sahaja berbanding model sebelum. Malah, ada pesaingnya yang masih dilengkapi dengan 2 beg udara.

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 08

Ketika ini, Toyota Avanza generasi kedua diimport (CBU) dari Indonesia untuk memberi ruang kepada pemasangan Perodua Alza. Selepas ketibaan Toyota Avanza serba baharu ini, jangkaan awal adalah model itu akan dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.

2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022? 09

Toyota Avanza Veloz, model varian atas

Selain itu, khabar angin turut mendakwa bahawa Toyota Avanza akan dihasilkan semula (rebadge) menjadi Perodua Alza generasi baharu di Malaysia. Ianya tidak mustahil untuk berlaku kerana situasi Toyota Rush - Perodua Aruz yang juga mengikut perancangan yang sama. 

Baca: Lagi maklumat Toyota Avanza generasi baharu tertiris, ada rujukan kepada Perodua Alza baru?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda