Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021
Zamil Syaheer Β· Jun 24, 2021 06:00 PM
0
0
Toyota C-HR mungkin hanya tinggal kenangan bagi kita rakyat Malaysia, tetapi ianya masih dijual di Thailand. Ia juga telah diperbaharui, disertakan dengan pilihan warna yang lebih menarik dan beberapa kemas kini.
Sebilangan besar varian C-HR untuk pasaran Thailand telah disimpulkan ke satu sahaja varian ini yang disebut Hybrid Premium Safety.
Pembaharuan pertama yang boleh anda lihat adalah warna dwi-tona baru, iaitu Nebula Blue baru dan bumbung berwarna perak. Terdapat juga warna Attitude Black Mica jika anda lebih suka imej ‘understated’.
Pilihan warna lain dengan bumbung berwarna hitam adalah Premium Red, Platinum White Pearl, atau Metal Stream Metallic.
Selain kit badan ‘Hyperline’ yang opsyenal, pakej eksterior yang lain kekal sama dengan sebelum ini, dengan rim dwi-tona 17 inci dan lampu depan dan belakang LED.
Interior – Kini dengan Android Auto dan Apple CarPlay
Interior kekal sama seperti sebelum ini, hanya sistem infotainment berukuran 7 inci sahaja yang baru. Kini ia mempunyai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Sistem bantuan pemandu ADAS Toyota Safety Sense kini menambah Dynamic Radar Cruise Control (DRCC). Ini bagi melengkapi ciri tambahan Lane Tracing Assist (LTA) yang juga baru.
Selain itu, ciri sebelumnya seperti Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert with Steering Assist (LDA) dan Automatic High Beam (AHB) kekal sama.
Kuasa hibrid, casis TNGA
Toyota C-HR menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dan dikuasakan oleh enjin hibrid.
2021 Toyota C-HR Thai specs
Powertrain
2ZR-FXE
Engine: 98 PS / 142 Nm
Electric motor: 72 PS / 163 Nm
e-CVT
Varian bukan hibrid tidak lagi ada sejak Toyota Corolla Cross membuat debutnya di Thailand kerana pembeli disana lebih cenderung membeli model varian hibrid, didorong oleh cukai yang lebih rendah untuk kenderaan yang mengeluarkan CO2 rendah.
Walaupun terdapat penambahan, C-HR yang dikemaskini ini THB 20,000 (~ RM 2.6k) lebih murah daripada sebelumnya, kini berharga THB 1,139,000 (~ RM 149k).
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.