RM 60k, enjin 1.5 liter yang sama, nak beli Toyota Yaris terpakai atau Perodua Myvi baru?

Sebelum ini kami sudah berkongsi pendapat samaada anda patut membeli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai. Kali ini, kami menggantikan Honda Jazz dengan saingan utamanya, Toyota Yaris.

Pembeli Perodua Myvi baru perlu menambah RM 10k atau lebih untuk membeli Toyota Yaris terpakai. Sekiranya bajet anda mengizinkan, teruskan membaca untuk mengetahui kereta mana yang sesuai dengan pilihan anda.

Enjin 1.5 liter yang sama?

Kedua-duanya menggunakan enjin 1.5 liter Dual VVT-i dari keluarga enjin NR dibuat di kilang Daihatsu Perodua Engine Manufacturing di Negeri Sembilan.

Walaupun kod enjinnya berbeza, iaitu 2NR-FE untuk Toyota Yaris dan 2NR-VE untuk Perodua Myvi, kedua-duanya adalah enjin yang sama.

Rujukan di laman sesawang Wikipedia memberi info yang berbeza, tetapi info spesifikasi daripada Perodua sendiri mengesahkan bahawa Myvi menggunakan enjin 2NR-VE dengan blok aluminium.

Walau bagaimanapun, angka kuasa kuda sedikit berbeza. 2NR-FE di Yaris menghasilkan 107 PS dan 140 Nm dengan transmisi automatik CVT, sementara 2NR-VE di Myvi menghasilkan 103 PS dan 137 Nm dengan transmisi automatik 4-kelajuan konvensional.

Juga bacaBerminat dengan Toyota Yaris 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan

Varian mana yang WapCar rekomen?

Harga bermula dari RM 41,292 hingga RM 52,697 (tanpa SST) untuk Myvi yang baru. Kami syorkan anda untuk (sekurang-kurangnya) memilih varian 1.5L H kerana ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS, atau seperti disebut oleh Perodua sebagai A.S.A. 2.0.

A.S.A. 2.0 mempunyai ciri AEB, Front Departure Alert, dan Pedal Mis-operation Control. Walaupun ada yang berpendapat ciri sebegini tidak begitu penting, kami telah menulis rencana yang mendalam tentang sistem bantuan pemandu lanjutan dan bagaimana ia dapat membantu anda.

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Bagi Toyota Yaris pra-facelift pula, abaikan varian J kerana ia kelihatan agak ‘kosong’ dengan roda 15 inci dan lampu depan reflektor halogen. Ia juga menggunakan sistem infotainment dengan pemain CD dengan pelbagai ciri 'tradisional' seperti MP3, USB, AUX, dan Bluetooth.

Varian yang kami syorkan adalah daripada E dan keatas. Varian E menambah beberapa ciri seperti roda 16 inci, lampu depan projektor, lampu belakang LED, cermin depan akustik, dan sistem infotainment DVD skrin sentuh berukuran 6.8 inci dengan kamera 360 darjah.

Varian G pula menambah brek cakera belakang, penyaman udara automatik, stereng kulit, dan lebih banyak pembesar suara. Kami rasa kelengkapan ini bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi jika anda boleh mendapatkannya dengan harga yang baik, mengapa tidak?

Namun begitu, Toyota Yaris pra-facelift tidak mempunyai sebarang sistem ADAS bagi apa jua varian kecuali ciri Blind Spot Monitor dan Rear-Cross Traffic Alert yang ada pada Myvi. Ciri AEB pula merupakan markah bonus kepada Myvi.

Interior – Myvi lebih luas!

Toyota Yaris tidak mempunyai bahagian interior yang paling stailo. Terdapat beberapa hiasan berwarna perak di papan pemuka, selebihnya pula nampak generik dengan penggunaan warna kelabu. Ia mempunyai but lebih besar dengan 286 liter, berbanding 277 liter di Perodua Myvi.

Ruang but Toyota Yaris.

Dari segi ruang penyimpanan dan praktikaliti, Perodua Myvi tidak memiliki tempat sandar tangan tengah dengan ruang penyimpanan. Laci di bawah bahagian pemandu yang biasanya ada pada kebanyakan kereta telah diganti oleh pembaca Smart Tag. Oleh itu, Toyota Yaris mempunyai lebih banyak storan untuk menyimpan barang anda.

Tempat duduk di Perodua Myvi pula agak kecil serta kurang selesa dengan pangkal tempat duduk dan penyandar belakang yang pendek. Tempat duduk di Toyota Yaris lebih besar, empuk, dan selesa.

Walau bagaimanapun, Perodua Myvi mempunyai beberapa ciri unit dari cangkuk anti ragut novel yang juga berfungsi untuk beg plastik / kertas konvensional, dan juga pembaca Smart Tag yang terbina dalam. Ia juga lebih luas daripada Yaris dengan ruang kaki yang lebih banyak.

Yaris; tinggi Shaun ialah 177 cm

Myvi; tinggi Adrian ialah 175 cm.

Pengalaman pemanduan – Yaris lagi sedap

Gabungan transmisi CVT dan penebat kabin yang begitu mantap membuatkan Toyota Yaris jauh lebih sedap untuk dipandu daripada Perodua Myvi. Purata tahap kebisingan kabin baik daripada bunyi tayar sehingga trenkuasa lebih rendah di Yaris.

Transmisi CVT yang lancar memberikan Toyota Yaris karakter pemanduan yang lebih matang, manakala transmisi 4-kelajuan automatik di Myvi memberikan pengalaman pemanduan yang ramai sudah biasa.

Talaan suspensi Toyota Yaris yang lembut tetapi ‘compliant’ amat selesa, malah ia tidak rasa berbuai ketika mengambil selekoh. Lain ceritanya pula dengan Perodua Myvi, kerana talaan suspensi hatchback kegemaran Malaysia ini tak cukup ‘linear’ dan sedikit kasar.

Mana satu lebih murah untuk dimiliki?

Dari segi penggunaan minyak, kedua-dua hatchback ini sepatutnya mengembalikan jumlah yang hampir sama. Walau bagaimanapun, Perodua Myvi mempunyai kelebihan kerana ianya 100 kg lebih ringan. Pemilik Perodua Myvi telah melaporkan angka hampir 6.0 liter / 100 km pada pemanduan bandar-lebuh raya.

Di lebuh raya, kami menjangkakan Toyota Yaris akan lebih jimat dengan putara enjin berada di 2,000 rpm pada 110 km/j, berbanding 2,500 rpm di Myvi. Semasa ujian kami dengan Yaris, kami mendapat bacaan sekitar 7.0 liter / 100 km dalam keadaan pemanduan bercampur.

Kos penyelenggaraan Toyota Yaris juga lebih tinggi. Ia menggunakan roda 16 inci yang lebih besar dengan tayar berukuran 195/50. Harga tayar dengan ukuran sebegini rata-rata 50% lebih tinggi daripada unit 185/55/15 di Myvi.

Membandingkan harga di pusat servis rasmi, servis biasa Myvi berharga RM 213 dengan minyak enjin sintetik sepenuhnya. Sementara itu, servis biasa untuk Yaris pula berjumlah RM 266 dengan minyak enjin mineral atau RM 416 jika anda memilih jenis sintetik sepenuhnya.

Kos Pemilikan
  Toyota Yaris Perodua Myvi
Cukai jalan (RM) 90 90
Tayar/sebiji
(anggaran. RM)
250 180
Saiz tayar 195/50
R16
185/55
R15

10,000km
Servis Biasa
(RM)

266 213

Konklusi

Perodua Myvi akan memberi anda ketenangan dengan jaminan 5 tahun. Ia juga lebih luas daripada Toyota Yaris, dilengkapi sistem bantuan pemand lanjutan ADAS, sentuhan unik Malaysia seperti pembaca Smart Tag terbina dalam dan cangkuk anti-ragut, dan lebih murah untuk dikendalikan daripada Yaris.

Juga baca: Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan

Sebaliknya, Toyota Yaris 2019 terpakai masih mempunyai baki tempoh jamin sekitar 3 tahu. Lagipun ianya Toyota - anda tidak perlu merasa ragu-ragu tentang kebolehpercayaannya. Ia jauh lebih 'refined' dan selesa berbanding dengan Myvi dan ia mempunyai beberapa ciri unik seperti kamera 360 darjah, BSM dan RCTA.

Juga baca: Rebiu: Toyota Yaris – pilihan terbaik dalam 1 pakej menarik

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Yaris

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2021 WapCar Car of The Year Editors Pick - Toyota Corolla Cross & Toyota Yaris!

2021 Toyota Yaris 1.5G Facelift Review in Malaysia, So Comfy You Don't Want Anything Else!

2020 Toyota Vios GR-Sport In Malaysia, 10-Speed CVT, 1.5L & More!

2020 Toyota Yaris Cross & Toyota GR Yaris, Coming to Malaysia?

2022 Perodua Myvi Facelift GearUp Body kit in Malaysia, Too Much is Just Right?

2022 Perodua Myvi Facelift vs Perodua Ativa Comparison Review in Malaysia, Which to Buy?

2022 Perodua Myvi Facelift D-CVT Review in Malaysia, the Untouchable KING

2022 Perodua Myvi Facelift 1.5 in Malaysia, Cheapest New Car With Adaptive Cruise Control!

2021 Perodua Ativa Vs Perodua Myvi Comparison Review in Malaysia, Which is A Better Buy?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Toyota Yaris
Cek Lebih