window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’!

Mersita · Nov 18, 2021 06:00 PM

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 01

Antara pendapat popular yang sering diperkatakan ialah negara jiran kita selalu dapat ‘barang baik’ lebih awal daripada kita. Sentimen ini terbukti sekali lagi apabila Toyota Corolla Cross GR Sport baru sahaja dilancarkan di Thailand sebelum Thailand International Motor Expo 2021 berlangsung pada 1 Disember 2021 nanti.

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 02

Headlight Magazine mendedahkan beberapa perincian model ini, termasuklah enjin 2ZR-FXE kitaran Atkinson petrol-elektrik yang mampu menjana 98 PS dan 142 Nm. Motor elektriknya menyedut kuasa dari bateri nikel-logam hidrida 6.5 Ah bagi menyalurkan kuasa tambahan sebanyak 72 PS dan 163 Nm. Secara keseluruhannya, ia mampu menjana 122 PS dan memacu roda hadapan menerusi kotak gear e-CVT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 01

Kombinasi ini juga boleh didapati di dalam Corolla Cross Hybrid yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, Taiwan telah menerima Corolla Cross GR Sport mereka sebelum Thailand. Namun, ia hanya diberi enjin 2ZR-FE 1.8 liter ‘naturally-aspirated’ (NA) yang diperkenalkan di dalam Corolla Cross asal di Malaysia.

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 02

Perincian yang membezakan Corolla Cross GR Sport dengan model biasa ialah bamparnya yang direka semula dan juga lampu kabus yang dipasang pada posisi lebih tinggi. Jejaring dan perincian pada badannya diberi warna hitam dan rekaan ‘mesh’ pula dipaparkan pada ‘intake’ bawah kereta ini.

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 03

Sisi bawah kedua-dua bamparnya dan ‘skirt’ sisi dihiasi kemasan besi tiruan bagi rupa bentuk lebih sasa. Atapnya pula dicat hitam.

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 04

Di dalam kabinnya pula, skrin infotainmen 9.0 inci membuatkan pembelian kereta ini rasa cukup berbaloi, ditambah pula dengan visual GR Sport di skrin setiap kali kereta dihidupkan. Butang untuk menghidupkan enjin bertema GR serta logo GR dengan efek timbul pada ‘headrest’ juga mewujudkan suasana lebih premium dan serba-serbi ‘sporty’.

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 05

Bagi membuktikan lagi bahawa model ini bukan sekadar naiktaraf kosmetik, Corolla Cross GR Sport juga dilengkapi dengan satu set ‘sports suspension’ dibangunkan oleh bahagian pembangunan GR berserta ‘chassis reinforcement brace’. Samada ia membawa peningkatan yang boleh dirasai dari segi pengendalian dalam pemanduan dunia sebenar masih belum dapat dipastikan, namun segala usaha yang dilakukan sudah cukup mengagumkan.

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 06

Selain itu, seberapa banyak kelebihan GR Sport ini yang akan tiba di Malaysia juga belum dapat dipastikan, namun anda boleh jangkakan yang beberapa variasi perincian atau kelengkapan ini akan dilihat dalam Corolla Cross Hybrid nanti. Setakat ini, satu-satunya model GR Sport yang dijual di Malaysia hanyalah Vios GR Sport.

Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’! 07

Baca juga: Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU

Di Taiwan, Corolla Cross GR Sport dijual pada harga 875,000 dolar New Taiwan (~RM131,000) dan varian hibrid pula lebih mahal sedikit iaitu 945,000 dolar New Taiwan (~RM142,000). Di sini, Corolla Cross boleh dibeli dalam bentuk dua ‘trim’ NA 1.8 liter pada harga RM124,000 bagi varian 1.8G dan RM129,266 bagi varian lebih premium 1.8V.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda