window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu

Mersita · Sep 17, 2020 05:00 PM

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 01

Sedang industri automotif menuju ke era kenderaan elektrik dan berautonomi, ada beberapa ciptaan masa dahulu kala semakin lama hilang ditelan zaman. Contohnya karburetor, brek tangan, kunci fizikal dan macam-macam lagi. Perubahan teknologi moden paling ketara dirasai oleh mereka yang sudah terbiasa dengan teknologi lama. Bagi generasi muda pula, teknologi baru hanyalah perkara biasa yang sudah sebati dengan kehidupan mereka.

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 02

Walau kita semakin kagum dengan teknologi baru, ada juga yang masih tertarik dengan teknologi lama yang tampak biasa tapi klasik. Ada yang sukakan kamera dengan ‘viewfinder’ optikal, ada juga yang tak gemar bergantung pada kamera undur, dan ada juga yang takut dengan kereta yang boleh memandu dengan sendirinya. Lantaran itu, kami pasti anda dah faham dengan apa yang kami maksudkan dengan “cool” atau “tak cool” pada kereta. 

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 03

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 04

Bill Gates dan Elon Musk sendiri tahu apa maksudnya “kereta cool”

Bagi sesuatu kelengkapan untuk dianggap memudahkan, mula-mula sekali ia mesti memenuhi kehendak pemilik kereta ‘entry level’ atau spesifikasi rendah – mereka yang memerlukan kereta biasa yang boleh diharap, mereka yang tak kisah pasal dinamik pemanduan, mahupun bagi mereka yang langsung tak tahu-menahu tentang penyelenggaraan kereta. Kelengkapan yang memudahkan kadang-kadang memerlukan kos yang tinggi. Samada anda setuju atau tidak dengan senarai perkara “tak cool” ini, beritahu kami di ruangan komen nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Tayar ‘run flat’

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 01

S: Apa maksud tayar ‘run flat’?

J: Tayar ‘run flat’ ialah tayar yang masih boleh dipandu walaupun ia ada kebocoran. Kereta-kereta yang didatangkan dengan tayar ‘run flat’ dari kilang selalunya didatangkan dengan kelengkapan TPMS sekali. Apabila anda ada kebocoran perlahan, sistem TPMS ini akan memberikan anda amaran supaya anda tak memandu lebih daripada had kelajuan yang tertentu (selalunya 80 km/jam).

S: Kenapa tayar ‘run flat’ tak ‘cool’?

J: Tayar ‘run flat’ lebih keras dan kurang selesa berbanding tayar konvensional. Ia hanyalah sifat semulajadinya dimana dinding sisinya perlu dijadikan lebih kuat jika berlakunya kebocoran. Tayar ‘run flat’ juga bukannya tayar berprestasi. Walau tayar keselesaan (‘comfort tyres’) mengorbankan prestasi dan juga sebaliknya, tayar ‘run flat’ mengorbankan keselesaan dan prestasi semata-mata untuk kemudahan.

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 02

Jumpa skru terbenam dalam tayar memang buat sakit hati

S: Kenapa tayar ‘run flat’ ini memudahkan?

J: Kalau anda jenis yang suka kerja tukar-tukar tayar, pakai tayar ‘spare’, mungkin anda tak kisah pun tentang kebaikan tayar ‘run flat’ ini. Tapi, fikirkan juga ahli keluarga anda yang tak tahu-menahu tentang cara menukar tayar dan penyelenggaraan asas kereta. Mereka mungkin berisiko terkandas di lebuhraya dan ditipu oleh trak pengangkut apabila tayar bocor.

Jika anda gunakan tayar ‘run flat’, sekurang-kurangnya kereta masih boleh dipandu dengan selamat ke bengkel dan anda boleh rancang langkah seterusnya dengan lebih tenang.

2. Brek Parkir Elektronik (EPB)

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 03

S: Apakah maksud Electronic Parking Brake (EPB)?

J: EPB ialah satu kelengkapan yang kini seringkali dipadatkan dalam kereta-kereta serba baru. Anda boleh lihat kelengkapan ini di dalam Honda City RS atau Proton X70. Ia menggantikan tuas brek tangan dan brek parkir kaki. Sebab utama pengenalan EPB ini ialah bagi pemanduan berautonomi.

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 04

Kereta itu sendiri boleh memparkir sepenuhnya atau menutup brek parkir ini dengan sendirinya dengan menggunakan EPB. Memasang EPB dalam kereta juga membolehkan kereta tersebut untuk mengaktivasikan brek parkir itu dengan sendirinya jika berlaku sebarang kecemasan – contohnya apabila kereta tergerak ke depan dengan pintu terbuka.

S: Kenapa EPB “tak cool”?

J: Walaupun bunyinya macam “cool”, tapi anda tak boleh buat pusingan brek tangan dengan EPB. Kami pernah bincangkan hal ini dahulu.

S: Kenapa EPB dianggap memudahkan?

J: EPB meluaskan lagi ruang konsol tengah di dalam kereta. Kekosongan ini boleh diisi dengan ruang penyimpanan atau ‘armrest’ yang lebih besar.

Bergantung kepada jenis kereta yang anda pandu, beberapa tuas brek tangan tidak begitu ergonomik berbanding kereta lain. Di dalam Hyundai Tucson 2013, tuas brek tangannya dipasang pada posisi yang pelik dimana anda terpaksa gunakan lebih pergerakan lengan dan pergelangan tangan. Kami pernah lihat mereka yang tangannya tak berapa kuat terpaksa menggunakan kedua-dua tangan untuk menarik tuas brek tangan dengan sepenuhnya. Dengan EPB, anda boleh memasang brek tangan sepenuhnya hanya dengan satu jari saja.

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 05

Gambar: Dream Dictionary

Satu lagi kemudahan tambahan EPB ialah keselamatan, dimana aspek ini berlainan antara kereta-kereta yang ada. Aplikasi EPB yang bagus termasuklah:

  • EPB secara automatiknya melepaskan brek parkir apabila anda masuk ke gear ‘Drive’, dengan tali pinggang keselamatan dipasang, dan pedal minyak ditekan.
  • EPB terpasang secara automatik apabila anda beralih ke “P”.
  • EPB terpasang secara automatik apabila kereta tidak bergerak dan anda membuka pintu.

Sistem yang lebih berautonomi dan "selamat” boleh dicapai jika EPB dan pengalih gear elektronik berfungsi bersama-sama. Dengan cara ini, kereta tersebut boleh ‘override’ pengalih gear juga apabila berada dalam situasi cemas.

3. Transmisi automatik

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 06

S: Apa itu transmisi automatik?

J: Ia adalah sistem transmisi yang boleh beralih sendiri. Transmisi automatik termasuklah gear planetari automatik yang konvensional, automatik jenis CVT, dan juga automatik jenis DCT. AMT (automated manual transmission) pun boleh juga dikatakan automatik memandangkan anda tak perlu alih gear sendiri. Kalau tak setuju, tak apa. Transmisi automatik mudah untuk dipandu dan ia memerlukan skil dan penumpuan yang minima.

S: Kenapa transmisi automatik tak “cool”?

J: Kerana anda tak dapat kawalan sepenuhnya. Ada juga yang ‘poyo’ sikit – “lelaki sejati guna 3 pedal,” katanya. Benda-benda yang “cool” maksudnya perkara yang susah sikit untuk dicapai, dan transmisi manual jadi kayu ukur pertama bagi sesetengah peminat kereta.

Transmisi manual barangkali dah lapuk dan ia tidak sepantas kotak gear DCT moden. Tapi, yang penting ialah perasaan dan pengalaman pemanduan, bukan? Kami pernah bincangkan hal ini di dalam satu entri hujahan balas artikel tentang sebab kereta manual sudah tak relevan. Kita kan makhluk berperasaan. Kita memang dicipta untuk menikmati benda-benda yang kita suka. Dan hakikatnya, kereta automatik tidak begitu seronok dipandu berbanding transmisi manual standard.

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 07

T50 Gordon Murray didatangkan dengan transmisi manual standard

S: Kenapa transmisi automatik memudahkan pemandu?

J: Kerana semua orang boleh pandu. Kenderaan yang bagus dan memudahkan dicipta untuk disesuaikan dengan semua skil pemanduan. Keluarga yang ada kereta automatik juga bermaksud sesiapa saja yang ada lesen di rumah boleh keluar beli roti Gardenia ketika PKP dikuatkuasakan. Siapa nak fikir pasal “cool” atau “tak cool” dalam situasi begini?

Tambahan pula, kereta automatik membolehkan anda untuk bertukar pemandu dalam perjalanan jauh selepas PKP. Semua orang tahu betapa sesaknya lebuhraya sebab ramai yang ‘balas dendam’ tak balik Raya. Malangnya, semakin lama semakin berkurangan pemandu yang boleh pandu kereta manual.

4. Tren kuasa hibrid

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 08

S: Apakah maksud tren kuasa hibrid?

J: Sebuah tren kuasa hibrid menggabungkan satu enjin dan satu atau lebih motor elektrik. Tren kuasa hibrid juga boleh jadi hibrid sederhana ataupun hibrid ‘plug-in’. Kereta hibrid dibina untuk mengurangkan pelepasan gas pencemaran dari kenderaan. Beberapa kajian menyatakan yang sistem hibrid tidak begitu mesra alam dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Antara kereta hibrid yang ada ialah Toyota Prius, Nissan X-Trail hybrid, BMW 330e, Porsche 918, dan Ferrari Stradale.

S: Kenapa tren kuasa hibrid “tak cool”?

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 09

J: Kereta hibrid dianggap “tak cool” kerana Toyota Prius ialah kereta pertama yang muncul dalam fikiran apabila nama "hibrid" disebut. Di alam maya pula, Prius seringkali jadi bahan ejekan netizen-netizen. ‘Supercar’ hibrid dari Porsche, Ferrari, dan McLaren mempunyai angka prestasi yang memuaskan. Prius bukanlah kereta yang teruk, tapi ia dapat reputasi “kluster kayangan” dalam golongan pencinta alam. Ia hanyalah satu gurauan semata-mata.

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 10

Supercar hibrid juga tidak se”cool” supercar W12 mahupun Dodge Viper dengan enjin ‘pushrod’. Kereta hibrid boleh jadi lebih laju dan lebih cekap, tapi ia tak akan jadi se”cool” kereta lain. Supercar hibrid boleh digambarkan seperti Clark Kent (Superman) – orang baik dengan kuasa istimewa, tapi tak cukup “cool”.

Bagaimana tren kuasa hibrid boleh dianggap memudahkan?

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 11

Tork serta-merta dari motor elektriknya. Itu saja. Dari segi penyelenggaraan pula, kami tak boleh katakan yang ia cukup mudah. Tapi, dari segi pemanduan selamat, memotong kenderaan lain dengan pantas dengan tork yang cukup tinggi untuk mendaki bukit adalah kebolehan yang cukup penting bagi sebuah kenderaan. Dengan tren kuasa hibrid, anda tak perlukan enjin yang besar, ‘supercharger’, mahupun turbo yang besar untuk memberi kereta anda lebih ‘kick’.

Rumusan

4 kelengkapan kereta “tak cool” yang memudahkan pemandu 12

Teknologi baru atau kelengkapan baru patut terus membuatkan pengalaman pemanduan lebih selesa dan mudah. Menurut pengalaman kami semasa mencuba kelengkapan-kelengkapan ini yang sering dianggap “tak cool”, kami berpendapat yang ia sangat-sangat memudahkan pemandu. Ada antaranya yang memerlukan kos yang tinggi, tapi kelengkapan yang berbaloi dengan nilainya mungkin akan kami bincangkan lagi nanti. Setujukah anda dengan senarai kami? Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda