window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal dilancarkan Nov 2021, ini lakaran Toyota Avanza serba baru!

Haris Β· Oct 5, 2021 12:30 PM

Bakal dilancarkan Nov 2021, ini lakaran Toyota Avanza serba baru! 01

Toyota Avanza pernah meniti hari-hari yang lebih baik berbanding sekarang. Walaupun kini ia kurang popular di Malaysia tetapi ia nampaknya tidak mahu mengalah dengan khabar angin model generasi baharu akan dilancarkan pada bulan November 2021.

Bakal dilancarkan Nov 2021, ini lakaran Toyota Avanza serba baru! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pereka grafik dari Indonesia, Bagasatriakbar, telah memuatnaik imej lakaran Toyota Avanza generasi baharu ini pada pandangan sisi hadapan. 

Toyota Avanza generasi baharu dijangka akan dilengkapi dengan enjin 1.5 liter NA petrol 2NR-VE dengan gandingan transmisi automatik jenis CVT atau transmisi manual 5-kelajuan.

Baca: Lagi maklumat Toyota Avanza generasi baharu tertiris, ada rujukan kepada Perodua Alza baru?

Bakal dilancarkan Nov 2021, ini lakaran Toyota Avanza serba baru! 01

Lakaran Toyota Avanza generasi baharu biasanya berdasarkan model konsep Daihatsu DN Multisix. Namun kali ini, rekaan fasia hadapan adalah berbeza apabila mengambil kira komponen Toyota Avanza generasi baru akan lebih mirip dengan fasia depan model Toyota terbaru - Toyota Raize misalnya.

Bakal dilancarkan Nov 2021, ini lakaran Toyota Avanza serba baru! 02

Lakaran sebelum ini. Imej: Indra Fathan

Walaubagaimanapun, gambar intipan sebuah MPV yang tular sebelum ini menyaksikan lampu belakang menegak berbanding lampu belakang yang melintang seperti Daihatsu DN Multisix. Selain itu, karakter utama Toyota Avanza iaitu ‘tarik belakang’ (RWD) akan ditukar kepada konfigurasi ‘tarik depan’ (FWD).

Bakal dilancarkan Nov 2021, ini lakaran Toyota Avanza serba baru! 03

MPV misteri dipercayai Toyota Avanza

Kemaskini ini juga dikatakan akan memberi kesan kepada Toyota Rush - Perodua Aruz (SUV segmen B, 7 penumpang).

Hal ini kerana pasaran SUV segmen B akan diberi ruang kepada model Toyota Raize - Daihatsu Rocky - Perodua Ativa. Manakala pasaran model kenderaan 7 penumpang diberi ruang kepada Toyota Avanza - Daihatsu Xenia - Perodua Alza.

Baca: Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan?

Bakal dilancarkan Nov 2021, ini lakaran Toyota Avanza serba baru! 04

Barisan produk yang diperkemas dijangka akan menerima platform DNGA, enjin Toyota dan rekaan Perodua. Malah, ia juga mungkin akan ditawarkan dengan enjin hibrid. Setakat ini, kerjasama ketiga-tiga pengeluar ini tidak mengecewakan malah menjadi model terlaris di Malaysia dan Indonesia.

Baca: Daihatsu bakal lancarkan MPV hibrid pada Okt 2021, pengganti Perodua Alza 2022?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda