Toyota Hilux GR Sport 2021 merupakan satu penawaran baru dalam barisan model GR di Thailand.
Di pasaran tersebut, ia ditawarkan dengan varian Lo-Floor (4x2) dan Hilux Revo (4x4).
Toyota Hilux GR Sport 2021 merupakan satu penawaran baru dalam barisan model GR di Thailand.
Di pasaran tersebut, ia ditawarkan dengan varian Lo-Floor (4x2) dan Hilux Revo (4x4).
Masing-masing dirasmikan pada harga 889,000 THB (~RM111k) dan 1.29 juta THB (~RM 163k).
Juga baca: Toyota Hilux GR Sport 2021 debut di Thailand – kit lagi banyak, suspensi lagi padu!
Selain kosmetik, Hilux GR Sport turut hadir dengan beberapa suntikan yang eksklusif. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat secara lebih mendalam.
Hilux GR Sport didatangkan dengan tiga pilihan warna termasuk White Pearl Crystal dan Emotional Red ll.
Pada bahagian depan, reka bentuk bampar dan gril yang ditonjolkan mirip Hilux Revo Rocco (Hilux Rogue). Cumanya, bahagian logo digantikan dengan tulisan “TOYOTA” yang terpampang megah untuk menggerunkan pesaingnya.
Hilux GR Sport secara umumnya juga menampilkan beberapa kemasan piano black yang meliputi gril gepan, bahagian lampu kabus, cermin sisi, dan bahagian fender.
Bercakap mengenai fender, arca roda yang lebih besar turut diterapkan untuk imej yang lebih agresif. Pada bahagian tepi, ia lengkap dengan set roda 18 inci yang baru dan pengapit brek depan GR berwarna merah.
Dari sudut belakang pula, Hilux GR Sport tampil dengan sports bar dan bampar yang berkemasan hitam kilat.
Sebagai model GR Sport, ia datang dengan lencana khas seperti di gril depan, bahagian tepi dan belakang. Malah, elemen pelekat yang bergrafik juga turut diterapkan.
Beransur ke bahagian dalam, kabin Hilux GR Sport tampil dengan elemen sporty yang mana ia lebih mengutamakan pemandu.
Bahagian tempat duduknya juga lengkap dengan sentuhan suede dan kulit berwarna merah.
Sentuhan jahitan merah turut ditonjolkan yang mana ia meliputi bahagian tempat duduk dan roda stereng, Yang menariknya, roda stereng itu sendiri mempunyai kemasan berwarna merah pada arah jam 12. Bercakap mengenai pemandu, pedal sport juga turut didatangkan.
Secara keseluruhan. kabin trak pikap yang istimewa ini dipenuhi dengan lencana GR untuk menandakan bahawa ini bukanlah sebarang Hilux. Antaranya seperti di paparan kluster instrumen, roda stereng, bahagian perehat kepala dan pada butang start/stop.
Malah, kuncinya juga ada lencana GR.
Hilux GR Sport beransur dengan enjin 1GD-FTV 2.8L turbodiesel yang menghembuskan 204 PS dan 500 Nm tork.
Kuasa dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 6 kelajuan. Eksklusif untuk Hilux GR Sport adalah ciri paddle shifter.
Tetapi apa yang lebih unik adalah set absorber monotube yang dinaik taraf dimana ia memberikan kestabilan pemanduan dan pengendalian yang lebih mantap.
Ciri bantuan keselamatan ADAS yang didatangkan khas pada varian 4x4 merangkumi ciri seperti:
Dengan harganya, Hilux GR Sport kiranya lebih mahal daripada pesaing terdekat seperti Ford Ranger Wildtrak (1.26 juta THB) dan Mitsubishi Triton Athlete (1.16 juta THB).
Secara teknikal, pakej GR Sport sahaja menambah 32,100 THB (~RM 4,000) daripada harga Hilux Revo Rocco.
Apapun, ia tetap sebuah GR yang mana pembeli dan orang ramai menganggapnya sebagai sesuatu yang istimewa dan eksklusif.
Juga baca: Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi?
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT
Upgrade
Add your car