window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi?

Faisal · Jun 9, 2021 06:00 PM

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 01

Model spec Afrika Selatan.

Toyota Hilux adalah trak pikap kegemaran Malaysia. Dengan adanya Vios GR Sport, sesetengah peminat ‘Hailak’ pasti idamkan sentuhan Gazoo Racing yang sama.

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 02

Baru-baru ini, media Jepun melaporkan bahawa Hilux GR Sport (GR-S) akan dilancarkan di sana pada Oktober 2021. Dengan jualan sebanyak 1,920 unit untuk Mac dan April yang lalu, Hilux di Jepun sebenarnya lebih laku daripada Camry dan Vellfire.

Juga bacaKhabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 01

Hilux varian X.

Ia ditawarkan dengan varian X dan Z yang mana kedua-duanya dikuasakan oleh enjin diesel 2.4L (150 PS, 400 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 02

Model spec Afrika Selatan.

Untuk maklumat anda, Hilux GR-S sudah ada pada model pra-facelift tetapi ia hanya terdapat di pasaran Afrika Selatan dan Amerika Selatan.

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 03

Model spec Brazil.

Menurut laporan media Jepun, Hilux GR-S terbaru nanti bakal hadir dengan penampilan yang lebih segar. Ia merangkumi pelekat GR Sport, gril depan dengan nama TOYOTA yang terpampang megah, dan beberapa cladding pada bahagian bawah.

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 04

Model spec Afrika Selatan.

Antara pembaharuan lain ialah suspensi yang ditala semula dan lencana GR pada caliper brek.

Juga bacaRebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 05

Model spec Amerika Selatan.

Beralih ke bahagian dalam, Hilux GR-S terbaru bakal tampil dengan beberapa sentuhan lencana GR dan penambahan ciri paddle shifter.

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 06

Model spec Amerika Selatan.

Di Jepun nanti, Hilux GR-S akan mengganti Hilux Z sebagai varian teratas yang ada selama ini. Disebabkan itu, ia akan datang dengan ciri infotainment 8 inci dan kamera 360-darjah.

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 07

Model spec Amerika Selatan.

Berdasarkan sumber yang sahih, produksi Hilux GR-S akan bermula di Thailand pada Ogos ini. Namun menurut rakan kami di AutoFun Thailand, Hilux GR-S hanya eksklusif untuk pasaran Jepun.

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 08

Perkara ini sememangnya mengecewakan peminat tegar di tanah air tetapi hakikatnya, Hilux Rogue yang ada di pasaran kita tetap lebih berkuasa (204 PS, 500 Nm tork).

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi? 09

Model spec Brazil.

Apapun, Hilux GR-S dirancang untuk hadir di pasaran Filipina dan Vietnam. Adakah Malaysia berpeluang? Sama-sama kita nantikan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda