window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’?

Faisal · Mar 19, 2022 04:00 PM

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 01

  • MG5 GT berada di perantaan segmen B dan C
  • Saiznya lebih kepada Civic tetapi pada harga Honda City / Toyota Vios
  • Dengan harganya, kelengkapan yang didatangkan cukup banyak

Honda City dan Toyota Vios di Indonesia nampaknya akan ada pesaing baru yang bukan main bergaya lagi iaitu MG5 GT 2022. Model ini sebenarnya pernah diprebiu oleh MG Motor Indonesia. Ia nanti akan dirasmikan dalam acara Indonesia International Motor Show (IIMS) pada akhir bulan ini.

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 02

Secara amnya, MG5 GT 2022 berada di antara segmen B dan C. Dimensi badannya lebih ke arah Honda Civic tetapi harga dan trenkuasanya lebih kepada Honda City.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaPotensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic!

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 01

Dimensi
Model MG5 GT City Civic
Panjang (mm) 4,675 4,553 4,678
Lebar (mm) 1,842 1,748 1,802
Tinggi (mm) 1,473 1,467 1,415
Jarak roda (mm) 2,680 2,600 2,735

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 02

Untuk pasaran Indonesia, MG5 GT dijangka hadir dengan trenkuasa sama yang ditawarkan di Thailand. Di sana, MG5 GT datang dengan enjin 1.5L NA yang menghasilkan 114 PS dan 150 Nm tork. Lebih kurang City dan Vios kan?

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 03

Tenaga yang dihantar ke roda depan ini diuruskan oleh transmisi CVT dengan 8 kelajuan maya.

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 04

Secara mata kasar, rupa paras sedan ini menerapkan elemen gaya yang begitu kuat. Di hadapan, MG5 GT tampil dengan gril yang begitu garang. Profil badannya juga nampak cukup landai, seolah-olah ala fastback. Berbanding sedan konvensional macam City dan Vios, ini jauh lebih cun.

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 05

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 06

Beralih ke bahagian dalam, kabin MG5 GT nampak cukup wow. Terdapat dua skrin digital yang berukuran 7 inci untuk kluster dan 10 inci untuk infotainment. Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto juga tidak terkecuali.

Juga bacaMG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 07

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 08

Antara ciri yang ada termasuklah pelarasan elektronik 6 hala untuk tempat duduk pemandu dan bumbung suria panoramik. Kebiasaannya, sedan dalam harganya tidak mendatangkan ciri sebegini.

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 09

MG5 GT 2022 diperlihat di Indonesia, pencabar Honda City & Toyota Vios, ada ‘chance’? 10

Bercakap mengenai harga, rakan kami dari Autofun Indonesia memberitahu bahawa MG5 GT untuk Indonesia mungkin ditawarkan antara 350 juta Rupiah (~RM 103k) ke 400 juta Rupiah (~RM 117k). Sebagai perbandingan, Honda City di sana berharga 359 juta Rupiah (~RM 105k).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda