window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’

Zamil Syaheer · Jan 20, 2021 04:05 PM

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 01

Anda sedang mencari trak pikap ‘urban’? Kami tahu terdapat banyak pilihan di pasaran sekarang dan semuanya agak baik. Tetapi itu bukan bermakna kami di WapCar tidak akan membantu anda untuk membuat pilihan diantara trak pikap yang ada di pasaran.

Mitsubishi Triton 2.4 Adventure X 2020

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 02

Dengan warna Sun Flare Orange Pearl yang menyerlah, Mitsubishi Triton Adventure X ini dilengkapi dengan enjin 2.4 liter turbodiesel yang menghasilkan 181 PS dan 430 Nm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Soal kualiti pemanduan dan keselesaan jangan risau kerana dengan DNA rali Mitsubishi, Triton ini amat sedap baik untuk pemanduan di bandar mahupun ‘off-road’.

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 01

Saya diberi peluang untuk memandu Mitsubishi Triton ini selama dua hari, dan saya menyukai tiga perkara tentang trak ini. Pertama enjin MIVEC turbodiesel ini sangat senyap dan lancar baik semasa statik mahupun ketika memandu - ia tidak terasa ‘agricultural’.

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 02

Kedua, tahap kawalan Triton bagi sebuah trak amat mantap. Sterengnya responsif, pedal brek progresif, dan ia terasa amat ‘solid’ ketika mengambil selekoh dengan olengan badan yang minimal.

Akhir sekali, saya amat menyukai corong penghawa dingin yang terletak di bahagian bumbung untuk penumpang belakang. Rasa macam naik kapal terbang!

Toyota Hilux 2.8 Rogue 2020

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 03

Nama “Rogue” pada Toyota Hilux ini kena sangat, sebab selain kit badan yang paling hensem diantara dua trak yang lain dalam perbandingan ini, trenkuasanya juga telah dipertingkatkan dengan 204 PS dan 500 Nm. Lagipun, sapa tak kenal nama “Hailak” kan?

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 04

Apa yang saya suka tentang model Rogue (selain imejnya) adalah talaan suspensi yang amatlah selesa serta interior yang seakan-akan kereta sedan.

Walaupun ianya bukan terasa premium mahupun diperhalusi seperti Triton, ia mempunyai karakter yang menarik serta ‘fun’.

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 05

Trenkuasa yang lebih padu daripada sebelumnya membuatkan anda terasa seperti raja baik di jalan raya mahupun off-road, memudahkan anda untuk memotong serta melayar di lebuh raya untuk sebuah kenderaan yang beratnya 2 tan.

Tetapi ada beberapa perkara yang mengejutkan kami semua. Apa dia? Lihat video di akhir artikel ini!

Isuzu D-Max 1.9 Premium 2020

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 06

Akhir sekali, kita ada Isuzu D-Max 1.9 Premium. Antara trak lain dalam senarai ini, D-Max nampak agak "kosong" dari luar dah dalam. Malah trenkuasa pada Isuzu ini pun "hanya" 150 PS dan 350 Nm, tetapi dari situ anda boleh tahu tarikan utamanya.

Jika anda inginkan sebuah trak pikap yang tiada drama dan anda boleh "belasah" seharian dan kemudian pandu balik tanpa sebarang masalah, mungkin Isuzu D-Max sesuai untuk anda.

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 07

Ini sangat ketara apabila anda duduk di dalam kerana ia nampak paling utilitarian. Bukan itu saja, pengalaman pemanduannya juga membuatkan kami teringat pada trak pikap 10 tahun yang lepas, terutamanya stereng yang tidak mempunyai ratio pusingan tinggi serta ringan. Adakah ini bermakna D-Max tak bagus? Tak juga.

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 08

D-Max mempunyai karakter yang jujur dan ‘straightforward’. Bagi je apa jua jenis pemanduan, ia mampu melakukannya tanpa sebarang masalah.

Mesti korang ingat D-Max ini kalah teruk diantara Triton dan Hilux, tetapi anda sebenarnya salah. Tak percaya?

Konklusi

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – pertarungan trak pikap ‘urban’ 09

Nak tahu keputusan yang lebih lanjut, kami di WapCar telah melakukan tiga jenis cabaran dengan tiga trak pikap ini. Lihat video di bawah!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda