window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021

Faisal Β· Dec 23, 2021 11:00 AM

Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021 01

  • Prestasi jualan Toyota cemerlang, 3 model dalam 5 kedudukan teratas
  • Model yang menjuarai sebelum ini, Honda Brio jatuh ke tangga ke-7
  • Avanza RWD masih laku walaupun model FWD serba baharu telahpun debut

Sejak wabak Covid-19 melanda, takhta Toyota Avanza sebagai kereta paling laris di Indonesia telah dirampas oleh Honda Brio. Kini, takhta tersebut berjaya diambil semula.

Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021 02

Walaupun masih ada satu bulan sebelum tahun 2021 melabuhkan tirai, analisis dari Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia (GAIKINDO) menunjukkan bahawa Toyota Avanza sudah kembali di tangga teratas dengan jualan sebanyak 56,127 unit bagi tempoh Januari – November 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021 01

Jualan Avanza generasi terdahulu di Indonesia belum lagi dihentikan.

Majoriti daripada jualan ini adalah Avanza generasi terdahulu (pacuan roda belakang, RWD) dan varian Veloz.

Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021 02

Toyota Rush pula berada di tangga kedua dengan jualan sebanyak 48,207 unit. Dengan jualan sebanyak 47,519 unit, kereta ketiga terlaris di negara itu pula menariknya adalah sebuah pikap komersial yang dikenal sebagai Suzuki Carry.

Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021 03

Tangga keempat pula jatuh kepada Mitsubishi Xpander dengan jualan sebanyak 45,306 unit. Melengkapi 5 jualan teratas adalah Toyota Innova dengan 43,408 unit.

Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021 04

Mengenai Honda Brio sendiri, ia tersungkur ke tangga ketujuh. Jualan yang hanya dicapai sebanyak 39,596 unit ini berpunca daripada bekalan cip yang terhad. Apapun untuk separuh pertama (H1) tahun 2021, ia masih kekal di tangga pertama.

Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021 05

Dari kiri arah jam: Raize, Ayla, HR-V dan Agya.

Antara model yang tersenarai dalam 20 kereta terlaris di Indonesia bagi tempoh Januari – November 2021 termasuklah:

  • Toyota Raize (Perodua Ativa) – 20,449 unit (tangga ke-12)
  • Daihatsu Ayla (Perodua Axia) – 20,159 unit (tangga ke-13)
  • Honda HR-V15,404 unit (tangga ke-15)
  • Toyota Agya (satu lagi kembar Axia) – 15,306 unit (tangga ke-16)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda