window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden!

Haris · Mar 24, 2021 06:00 PM

Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden! 01

Isuzu FL-IR konsep adalah trak swapandu

Toyota dan anak syarikat trak komersilnya Hino telah mengumumkan hari ini bahawa mereka akan membentuk syarikat usaha sama baru dengan Isuzu, pengeluar enjin diesel terbesar di dunia dan pengeluar kenderaan bermotor tertua di Jepun. Kerjasama ini adalah untuk membangunkan trak komersial generasi masa hadapan.

Ketiga-tiga syarikat tersebut akan membentuk syarikat baru yang diberi nama Commercial Japan Partnership Technologies Corporation. Berpusat di Tokyo, syarikat itu akan dimiliki 80% oleh Toyota, dan selebihnya dibahagi antara Hino dan Isuzu.

Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden! 02

Toyota turut memperolehi 39 juta saham perbendaharaan dalam Isuzu bernilai 42.8 bilion Yen, bersamaan dengan 4.6% pegangan saham dalam Isuzu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menggabungkan teknologi CASE iaitu kepakaran Toyota dengan kepakaran kenderaan komersial Isuzu dan Hino.

Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden! 01

CASE merujuk kepada Connected, Autonomous / Automated driving, Shared, Electric Vehicles.

Secara spesifiknya, tiga syarikat ini merancang untuk sama-sama membangunkan kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV), teknologi pemanduan autonomi dan platform elektronik yang berpusat pada trak yang bertujuan untuk kegunaan komersial kecil.

Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden! 02

Percubaan trak elektrik sel bahan api (FCEV)

Toyota diketahui sedang menguji tenaga elektrik sel bahan api hidrogen pada casis Kenworth T680 di AS. Sementara itu, Isuzu sudah menjual pelbagai trak kecil hibrid diesel-elektrik di Jepun di samping menjual trak kecil Elf EV dalam jumlah terhad.

Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden! 03

Isuzu ELF EV

Isuzu adalah pengeluar kenderaan tertua di Jepun. Pada tahun 1922, ia memasang kereta pertama Jepun, berasaskan Wolseley A-9 British.

Kepakaran Isuzu dalam enjin diesel bermula pada tahun 1934 dan telah membina lebih dari 27 juta enjin diesel sejak itu. Pengalaman selama 80 tahun dalam enjin diesel tidak dapat ditandingi kerana Isuzu menjadikan enjin diesel bukan hanya untuk kereta tetapi juga untuk kapal dan loji janakuasa.

Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden! 04

Pada tahun 1950 Isuzu membangunkan rekaan kebuk pra-pembakaran yang menjadi standard industri untuk enjin diesel suntikan tak langsung.

Pada tahun 1981 Isuzu membangunkan sistem Ultra Quick on Start (QOS), yang mengurangkan masa untuk memanaskan enjin semasa dihidupkan untuk pertama kalinya di dunia. QOS menggabungkan palam pencucuh seramik yang baru dibangunkan dengan rintangan haba tinggi dan kawalan elektronik; seperti biasa menjadi standard industri masa kini.

Toyota dan Isuzu semakin akrab, tambah 8% pegangan saham untuk pembangunan trak moden! 05

Tetapi seperti yang kita semua tahu, masa untuk enjin pembakaran dalam (ICE) semakin habis, maka Isuzu perlu menggabungkan sumbernya dengan rakan pesaing Hino (trak komersial) dan Toyota (Hilux vs D-Max) untuk mempersiapkan diri untuk beberapa dekad yang akan datang.

Bacaan Lanjut:

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia

Stok Isuzu D-Max di Malaysia nak habis, model serba baru bakal tiba lebih awal?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda