window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux 2022 dinaik taraf; 'fender' lebih lebar, 'disc brake' belakang, lagi tinggi untuk tapau Ranger Raptor!

Haris · Jul 18, 2022 04:30 PM

Toyota Hilux 2022 dinaik taraf; 'fender' lebih lebar, 'disc brake' belakang, lagi tinggi untuk tapau Ranger Raptor! 01

  • Hilux Rogue baharu kini lebih lebar dan tinggi pemanduan meningkat
  • Suspensi dan brek dinaik taraf
  • Varian Hilux untuk bersaing rapat dengan Ranger Raptor dalam perancangan

Toyota Australia telah mengumumkan peningkatan prestasi yang ketara untuk Hilux Rogue 4x4 mercu mereka yang kini lebih lebar dan pakej sistem gantungan yang dikemas kini untuk S4 2022.

Toyota Hilux Rogue dual-cab baharu akan meningkatkan kelebaran trek kira-kira 140 mm manakala ketinggian tunggangan juga telah dinaikkan kira-kira 20 mm. Kedua-dua peningkatan itu akan memberikan Hilux Rogue varian mercu ini keupayaan serta prestasi luar biasa untuk jalan off-road.

Toyota Hilux 2022 dinaik taraf; 'fender' lebih lebar, 'disc brake' belakang, lagi tinggi untuk tapau Ranger Raptor! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk menampung kelebaran trek tersebut, jurutera Toyota merombak suspensi Hilux dengan memanjangkan lengan suspensi hadapan dan bar penstabil hadapan di samping melaraskan sudut penyerap hentakan untuk meningkatkan kecekapan.

Di bahagian belakang, gandar (axle) telah dipanjangkan, penyerap hentak telah dialihkan lebih dekat ke arah roda, dan buat pertama kalinya pada Hilux, bar penstabil belakang telah dipasang untuk meningkatkan kestabilan selekoh dan keselesaan tunggangan. Hasil daripada perubahan sistem gantungan ini, ketegaran badan kenderaan telah dipertingkatkan sebanyak 20 peratus.

Toyota Hilux 2022 dinaik taraf; 'fender' lebih lebar, 'disc brake' belakang, lagi tinggi untuk tapau Ranger Raptor! 01

Kuasa pemberhentian juga telah dinaik taraf dengan brek cakera pengudaraan belakang baharu menggantikan brek dram sedia ada manakala bahagian hadapan menggunakan brek cakera 17-inci yang lebih besar.

Untuk menempatkan trek yang lebih lebar, perincian seperti overfender dan mudguard kini terpaksa digunakan.

Toyota Australia tidak hanya berhenti pada Hilux Rogue; mereka juga turut memperkenalkan peningkatan kepada varian utama.

Model SR Extra-cab dan Double-cab menerima rim aloi 17-inci hitam baharu dan pemegang pintu berwarna badan.

Toyota Hilux 2022 dinaik taraf; 'fender' lebih lebar, 'disc brake' belakang, lagi tinggi untuk tapau Ranger Raptor! 02

Bagi varian SR5 Double-cab, ia memperolehi peralatan keselamatan yang lebih aktif sebagai standard, dengan tambahan pengesan titik buta dan amaran lalu lintas belakang. Terdapat juga paparan panorama kini yang ditambah sebagai fungsi keselamatan.

Dalam peningkatan lain dalam rangkaian Hilux, Toyota merancang untuk melancarkan varian teratas off-road baharu yang akan menggantikan Hilux Rugged X. Berdasarkan keterujaan dan kejayaan Ford Ranger Raptor, ini adalah langkah yang terbaik untuk pasaran Australia, terutamanya memandangkan Hilux Rogue dan Hilux Rugged X telah mengumpul lebih daripada 17,000 unit jualan sejak dilancarkan pada 2018.

Hilux varian teratas ini berkemungkinan akan dikuasakan oleh enjin V6 3.3 liter turbo berkembar diesel daripada Toyota Land Cruiser 300. Output enjin (berdasarkan Land Cruiser) adalah sebanyak 309 PS dan 700 Nm tork dan ini meletakkannya bersaing dengan Ranger Raptor dengan hamburan enjin 397 PS dan 583 Nm tork.

Baca: Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022

Toyota Hilux 2022 dinaik taraf; 'fender' lebih lebar, 'disc brake' belakang, lagi tinggi untuk tapau Ranger Raptor! 03

Peningkatan lain tentunya trek yang lebih lebar serta ketinggian pemanduan meningkat. Tak lupa juga, varian teratas ini akan menampilkan kuasa yang jauh lebih padu.

Bercakap mengenai kuasa, Toyota Hilux sebelum ini ada ditawarkan dengan enjin V6 4.0 liter petrol di pasaran Australia yang digugurkan pada 2017. Oleh itu, ia sepatutnya dapat memuatkan enjin V6 3.3 liter turbo berkembar diesel Land Cruiser dengan mudah.

Toyota sendiri dilihat cenderung dengan idea itu, setelah menghasilkan Toyota Hilux berkuasa Land Cruiser dalam bentuk GR DKR Hilux T1+ yang bertanding dalam Rali Dakar tahun ini.

Baca: Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso!

Toyota Hilux 2022 dinaik taraf; 'fender' lebih lebar, 'disc brake' belakang, lagi tinggi untuk tapau Ranger Raptor! 04

Ia memuatkan 405 PS dan 660 Nm tork menggunakan enjin V6 3.5 liter turbo berkembar petrol daripada 300 Series dan Lexus LX. Toyota sendiri mengakui bahawa hanya intercooler sahaja yang perlu diposisikan untuk enjin ini dipasang pada Hilux, selebihnya kuasa yang ditawarkan diperakui cukup untuk menggalas tugas Rali Dakar dalam bentuk standard.

Toyota Hilux varian mercu akan datang ini mungkin akan menghangatkan pasaran dengan persaingan tepat terhadap Ford Ranger Raptor. Mampukah otot Amerika melingkari sumo Jepun? Sama-sama kita tunggu.

Baca: Berbekalkan 224 PS & 550 Nm, Toyota Hilux GR Sport 2022 ialah buku kepada ruas si Ford Ranger Raptor 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda