window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris, hatchback kompak nombor 1 di Thailand. Tempat kedua? Bukan Honda Jazz!

Haris · Aug 5, 2020 12:00 PM

Toyota Yaris, hatchback kompak nombor 1 di Thailand. Tempat kedua? Bukan Honda Jazz! 01

Jika di negara kita, Honda dan Toyota sudah tentu silih berganti menduduki tempat pertama bagi kategori pengeluar bukan tempatan dalam kelas kereta marhaen. Oleh itu, tidak hairanlah jika Toyota Yaris 2020 yang baru sahaja dilancarkan menduduki tempat pertama bagi carta jualan di Thailand.

Toyota Yaris, hatchback kompak nombor 1 di Thailand. Tempat kedua? Bukan Honda Jazz! 01

Mengikut laman Headlightmag, model kereta hatchback yang berasaskan model Vios ini dikatakan telah terjual sebanyak 2,139 unit pada Jun 2020. Ini membawa kepada jumlah jualan terkumpul sebanyak 10,679 unit untuk tahun 2020 setakat ini. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Yaris, hatchback kompak nombor 1 di Thailand. Tempat kedua? Bukan Honda Jazz! 01

Jumlah jualan ini bermakna Toyota Yaris telahpun menguasai 31.1% pasaran kereta hatchback di Thailand yang mana secara mudahnya mengungguli persaingan jualan kereta hatchback di Thailand. Di Malaysia, rata-rata pengguna Toyota Yaris pastinya bersetuju dengan pelbagai kelebihan Yaris berbanding hatchback yang lain. Ulasan kami mengenai model ini di sini.

Toyota Yaris, hatchback kompak nombor 1 di Thailand. Tempat kedua? Bukan Honda Jazz! 02

Di tempat kedua pula adalah sebuah kereta yang sangat dirindui di Malaysia. Nampaknya, Suzuki Swift baharu telahpun menewaskan Honda Jazz yang jatuh di tempat ketiga. Jurang perbezaan antara kedua-duanya sangat sedikit oleh itu mampukan Honda Jazz memintas Suzuki Swift?

Toyota Yaris, hatchback kompak nombor 1 di Thailand. Tempat kedua? Bukan Honda Jazz! 03

Sementara itu, Suzuki telah memperkenalkan varian Edisi GL Sports bagi model kereta Swift di Thailand. Ura-ura mengenai kedatangan semula Suzuki ke arena automotif Malaysia sedang bertiup kencang. Pastinya, ramai yang berharap agar hatchback pantas (swift) ini turut kembali meluncuri jalan raya di Malaysia.

Toyota Yaris, hatchback kompak nombor 1 di Thailand. Tempat kedua? Bukan Honda Jazz! 04

Bercakap mengenai Honda pula, model Honda City Hatchback dijangka bakal menggantikan Honda Jazz. Honda bakal menggugurkan Honda Jazz dari pasaran ASEAN termasuklah Malaysia. Pada pendapat anda, model hatchback manakah yang lebih sesuai dengan citarasa Malaysia? Honda Jazz atau Honda City Hatchback?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda