window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV?

Zamil Syaheer Β· Aug 9, 2022 01:00 PM

UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV? 01

Sebelum ini, UMW Toyota Motor (UMWT) dikatakan akan melancarkan dua model elektrik sepenuhnya (EV) mulai tahun ini, salah satunya ialah Toyota bZ4X. Nampaknya persediaan sedang giat dijalankan untuk EV yang akan datang kerana kami telah melihat tiga pengecas pantas DC di ibu pejabat UMWT.

UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV? 02

Foto untuk tujuan ilustrasi. Bukan unit sebenar.

Daripada apa yang kami dapat lihat, terdapat dua unit pengecas pantas Harmony DC Exicom dengan dua penyambung CCS Combo 2 setiap satu, dan satu unit pengecas pantas Terra DC ABB dengan penyambung CCS Combo 1 dan CCS Combo 2.

Baca juga: Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV? 01

Foto untuk tujuan ilustrasi. Bukan unit sebenar.

Di Jepun, Toyota bZ4X didatangkan dengan port Jenis 1 untuk pengecasan AC dan CHAdeMO untuk pengecasan pantas DC. Di Eropah, bZ4X mendapat port CCS Combo 2 manakala AS, ia dilengkapi dengan port CCS Combo 1.

Baca juga: Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y!

UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV? 02

Memandangkan tiada tanda penyambung CHAdeMO di UMWT, kami meramalkan bahawa Toyota bZ4X yang ditawarkan di Malaysia berkemungkinan akan dilengkapi dengan port CCS Combo 2 seperti kebanyakan EV yang dijual secara rasmi di sini. Satu-satunya pengecualian ialah Nissan Leaf, yang mempunyai penyambung Jenis 1 dan CHAdeMO.

UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV? 03

Sebagai rangkuman, bZ4X ialah EV pertama Toyota yang dibina di atas platform e-TNGA khusus, dibangunkan bersama dengan Subaru. Kembar Subarunya ialah Subaru Solterra. Ia memuatkan bateri 71.4 kWj yang diletakkan rata di bawah lantai dengan kadar pengecasan pantas DC sehingga 150 kW, yang mampu mengecas sehingga 80% dalam 30 minit.

UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV? 04

Di peringkat global, terdapat dua varian bZ4X yang ditawarkan. Varian pacuan roda hadapan (FWD) menghasilkan 204 PS manakala varian pacuan semua roda (AWD) mempunyai output gabungan (dua motor, satu pada setiap hujung) sebanyak 218 PS. Julat pemanduan untuk varian FWD dalam kitaran WLTP ialah 500 km manakala varian AWD mendapat 460 km.

Baca juga: UMW Toyota Motor sahkan 2 model baru dilancarkan tak lama lagi (Veloz?), jualan Mac 2022 naik 32%

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda