window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik!

Faisal · Jun 25, 2022 12:00 PM

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 01

  • Varian teratas Corolla Cross pada harga RM 137k
  • Trenkuasa hibrid dan ciri lebih moden menjadikannya lebih lengkap
  • Mampukah ia kekalkan kedudukan apabila Honda HR-V baharu tiba?

Tempoh hari, kami telah mengulas sebuah SUV yang bukan main popular lagi di Malaysia iaitu Toyota Corolla Cross 1.8V. Sekarang ini, pasti ramai yang nantikan bagaimana pula dengan varian hibrid. Maklumlah, dari luar nampak sama tapi harganya lebih tinggi, iaitu pada RM 136,550 (harga CKD atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun 2022).

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 02

Secara amnya, Corolla Cross Hybrid bukan setakat guna enjin lain, malah kelengkapannya juga lebih menarik berbanding varian 1.8V. Antaranya seperti aksen biru, cermin belakang anti-silau, kluster digital, pilihan mod memandu dan penyaman udara dwi-zon, semua pada penambahan RM 7,550.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaToyota Corolla Cross Hybrid 2022 dilancarkan - RM 137k, 1.8L hibrid, keselesaan Corolla dalam SUV!

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 01

Corolla Cross model CKD datang dengan rel bumbung.

Jadi dengan adanya enjin hibrid beserta ciri yang lebih memukau, adakah ini senjata terbaik Toyota untuk mengalahkan Honda HR-V serba baru yang bakal tiba tidak lama lagi? Mari kita lihat dengan lebih mendalam.

Rupa paras – lebih kurang tetapi dengan sentuhan eksklusif

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 02

Pada bahagian luar, Corolla Cross Hybrid tampil dengan emblem ‘HYBRID’ pada kiri dan kanan fender depan serta bahagian pintu but belakang. Antara ciri yang didatangkan eksklusif buat varian teratas ini termasuklah aksen biru pada logo Toyota dan grafik lampu depan.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 03

Varian ini juga datang dengan pilihan warna biru cair Celestite Grey Metallic seperti yang anda lihat ini. Untuk bahagian dalam pula bagaimana?

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 04

Anda yang mengikuti rebiu kami sebelum ini pasti tahu betapa hambarnya kabin Corolla Cross. Bukan setakat itu sahaja, tahap praktikalitinya pun agak mengecewakan. Malangnya, untuk varian hibrid, isu ini kekal sama.

Juga bacaRebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai...

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 05

Tetapi dengan adanya kluster instrumen separa digital bersaiz 7 inci dan butang push start berwarna biru, kabin Corolla Cross Hybrid terbukti lebih menarik dan tidak terlalu ringkas. Senang cerita, unsur konvensionalnya tidak nampak ketara macam varian 1.8G dan 1.8V.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 06

Mengenai kluster itu sendiri, bacaan rpm tidak ada langsung. Sebaliknya, ia diganti dengan meter gaya pemanduan yang menunjukkan sama ada anda sedang mengecaj bateri (CHG, Charge), memandu dalam julat yang menjimatkan (ECO) atau sedang mengerah kuasa dari enjin dan motor elektrik (PWR, Power), semua bergantung pada berapa dalam anda menekan pedal brek dan minyak.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 07

Selain itu, Corolla Cross Hybrid datang dengan pilihan mod memandu EV, Eco, Normal dan Sport (perbezaan pada respon pedal minyak) yang mana butangnya terletak berhadapan dengan bahagian tombol gear. Sebagai perbandingan, bahagian ini pada varian 1.8V nampak kosong, seolah-olah anda tidak dapat ciri penuh. Selepas itu, beralihlah kita ke aspek yang paling dinantikan oleh anda semua iaitu bagaimana rasanya Corolla Cross kalau bernadikan trenkuasa hibrid.

Karakter dan pemanduan hibrid – lagi berkualiti, lagi bertenaga dan lagi menjimatkan minyak

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 08

Dari segi teknikal, trenkuasa hibrid pada varian ini menggunakan enjin 2ZR-FXE 1.8L NA berkitaran Atkinson yang menghembuskan 98 PS dan 142 Nm tork. Motor elektrik yang dipadankan pula berkuasa 72 PS dan 163 Nm tork. Gabungan kedua-dua sumber tenaga ini menghasilkan output sebanyak 122 PS. Macam rendah semacam pula kan? Angka ini secara tidak langsung memberi kesan pada ujian pecutan 0 – 100 km/j kami yang mana ia mengambil masa sehingga 12.9 saat, hampir 1 saat perlahan berbanding varian 1.8V petrol (12.11 saat).

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 09

Tetapi secara realistik, iaitu dalam pemanduan harian, trenkuasa ini sebenarnya lebih bertenaga kerana walaupun enjinnya lebih lemau, ia tetap dibantu oleh motor elektrik. Bercakap mengenai motor, inilah kualiti yang tidak ada pada enjin biasa iaitu dari segi perhalusan.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 10

Gear 'B' adalah untuk memaksimumkan sistem brek regeneratif. Dalam posisi ini, kadar pemberhentian akan rasa sedikit ketara sebaik sahaja pedal minyak dilepas.

Secara amnya, motor elektrik hanya mengeluarkan bunyi ‘masa hadapan’ tanpa getaran enjin. Kuasa dan tork penuh yang terkandung pula terus ada dari kelajuan pegun. Kesannya, memandu Corolla Cross Hybrid pada kelajuan bandar dalam julat ECO sangatlah santai dan senyap macam dalam perpustakaan kerana hanya motor elektrik sahaja yang bertugas dan ia terbukti larat.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 11

Tetapi sebaik sahaja anda menekan minyak lebih atau masuk julat PWR, enjinnya akan hidup untuk membantu menyalurkan lebih kuasa. Transisi yang berlaku sewaktu ini pula cukup lancar kerana tiada sebarang senggukan yang dapat kami dirasai. Secara amnya, enjin Corolla Cross Hybrid hanya diaktifkan pada kelajuan tinggi kerana operasi enjin ketika itu adalah paling efisien.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 12

Motor elektrik pula lebih efisien pada kelajuan rendah. Berkenaan mod EV yang kami sebutkan tadi, ia diprogramkan untuk memanjangkan operasi pemanduan elektrik hingga suku daripada julat PWR. Tetapi kalau caj bateri hibrid rendah, mod ini tidak akan berfungsi.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 13

Bawa secara lenjan pun hanya makan setakat 6.+ liter/100 km sahaja.

Apapun, perlu kami maklumkan bahawa bunyi enjin Corolla Cross Hybrid agak bising dan nada yang dikeluarkan boleh dikatakan macam mesin kisar, lebih-lebih lagi kalau ia hidup sewaktu berhenti iaitu untuk mengecas bateri hibrid yang sedang dalam paras rendah. Karakter ini secara tidak langsung memberi kesan pada tahap bunyi dalam kabin yang mana pada kelajuan 110 km/j, SUV ini mencatatkan bacaan 67 dB iaitu 1 dB lebih tinggi daripada varian 1.8V. Mula-mula, anda pasti akan rasa jengkel dengan bunyi enjinnya tetapi kami percaya lama-lama sesiapa pun akan terbiasa juga.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 14

Bercakap mengenai biasa, kami ingin sentuh sedikit bab brek kerana dengan adanya sistem regeneratif untuk mengecas bateri hibrid, maklum balas brek Corolla Cross Hybrid boleh rasa sedikit lain dan kurang linear pada kelajuan trafik, kesan daripada rintangan dinamo yang berlaga dengan brek sebenar. Apapun, ia tidaklah ketara dan selain daripada kelajuan rendah, talaan breknya boleh dikatakan semula jadi dan tidak akan menjadi isu.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 15

Dari segi penggunaan minyak, di sinilah kelebihan trenkuasa hibrid betul-betul menyerlah. Berdasarkan ujian kami yang meliputi pemanduan dalam trafik yang sesak, Corolla Cross Hybrid mencatat purata penggunaan petrol serendah 5.1 liter/100 km. Jadi secara logiknya, bacaan 4.3 liter/100 km yang UMW Toyota dakwa sebenarnya tidak mustahil kalau trafik bergerak dengan lancar.

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 16

Cuma yang tak bestnya, tangki minyak Corolla Cross Hybrid hanya setakat 36 liter sahaja (kurang 11 liter daripada varian 1.8V). Kami suspek tujuan Toyota berbuat begini adalah untuk memberi ruang kepada bateri hibrid tanpa menjejaskan kapasiti but belakang (masih seluas 440 liter, siap ada tayar ganti). Dalam masa yang sama, Toyota juga mungkin cuba mengekalkan berat SUV ini (hanya 25 kg lebih berat daripada varian 1.8V).

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 17

Oleh kerana perbezaan berat di antara mereka tidak berapa ketara, dinamik pemanduan Corolla Cross Hybrid boleh dikatakan sama hebat dengan varian 1.8V. Tetapi seperti yang kami maklumkan dalam episod lalu, ia masih tidak sehandal Subaru XV kerana crossover itu menggunakan suspensi belakang yang lebih mantap iaitu jenis double wishbone.

Konklusi – Pilihan terbaik dalam segmen ini kalau anda tidak berkenan dengan Honda HR-V

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 18

Dengan sokongan waranti komponen hibrid yang dijamin selama 8 tahun tanpa had perbatuan, Corolla Cross Hybrid nampaknya tampil dengan pakej yang terbaik dalam segmen ini. Secara keseluruhan, trenkuasa hibrid bukan setakat menaikkan lagi kualiti yang ada dalam jiwa Corolla Cross, malah kompromi yang sinonim dengan kereta-kereta hibrid seperti but belakang lebih kecil (macam model hibrid UMW Toyota sebelum ini iaitu Camry Hybrid generasi lalu) juga tidak wujud pada SUV ini.

Juga bacaToyota Camry Hybrid terpakai kini RM 80k - sama harga Vios, apa masalah biasa dan kos baik pulih?

Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik! 19

Pada masa yang sama, ciri yang dilengkapkan juga lebih mempesonakan. Ditambah pula kadar penggunaan petrol yang begitu jimat dan reputasi Toyota yang tahan lama, kredibiliti yang dibawa oleh Corolla Cross Hybrid sebenarnya agak sukar untuk ditandingini. Seandainya Honda HR-V baharu tidak berjaya memikat hati anda, inilah jalan penyelesaian yang terbaik.

Juga bacaHonda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda