window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kepada semua pemilik Proton Perdana, sudahkah anda mengganti pengembung beg udara anda?

Faisal ยท Aug 25, 2020 06:30 PM

Kepada semua pemilik Proton Perdana, sudahkah anda mengganti pengembung beg udara anda? 01

Proton telah mengeluarkan peringatan kepada pemilik Proton Perdana yang belum menukar pengembung beg udara mereka melalui program penggantian pengembung beg udara.

Syarikat itu mula memanggil semula pengembung beg udara Takata sejak Januari 2019. Kereta yang terlibat adalah model Perdana dari tahun 2012 hingga akhir Ogos 2018.

Sehingga Ogos 2020, Proton telah menukar sebanyak 5,625 unit pengembung beg udara daripada 6,342 yang terlibat. Ini bermaksud 87.5 peratus telah selesai ditukar namun malangnya Proton tersekat di tengah jalan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua pegawai eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata bahawa mereka tidak dapat menghubungi pengguna yang masih belum menukar pengembung tersebut. Dengan itu, beliau menjemput pemilik proton perdana terlibat yang masih belum menukar pengembung beg udara untuk membuat temujanji di mana-mana cawangan pusat servis Proton yang berdekatan. Program penggantian secara percuma ini hanya mengambil masa 1 jam. Model yang dihasilkan selepas tarikh 31 Ogos 2018 adalah tidak terlibat.

Model Proton yang lain tidak terlibat kerana menggunakan beg udara daripada pembekal lain.

Sementara itu, Proton akan tetap memastikan bahawa langkah-langkah yang rapi dilaksanakan demi keselamatan dan kemudahan pelanggan. Mereka juga terlebih dahulu memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi oleh pemilik Proton Perdana yang terlibat.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Proton Customer Care Hotline, 1-800-888-398 atau menghantar e-mail anda kepada customercare@proton.com untuk sebarang bantuan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda