window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik!

Zamil Syaheer Β· Feb 5, 2021 08:00 PM

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 01

Limousine dan executive merupakan kereta sedan mewah yang mempunyai jarak roda yang lebih panjang daripada kenderaan sedan biasa. Selalunya kenderaan jenis begini digunakan oleh Perdana Menteri, golongon kenamaan (VIP), Menteri kabinet, atau orang yang mempunyai status tinggi kerana ia merupakan satu symbol kemewahan dan kekuasaan.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 02

Limousine pertama dari Proton, tak lain tak bukan Proton Saga.  Imej oleh Wayne Phang.

Permulaan kereta jenis limousine dan executive bagi Proton bermula pada awal tahun 1990, dimana Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir menyeru EON untuk mencari cara dan langkah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan kenderaan sebegini.

Hasilnya, tercipta kerjasama diantara EON dan syarikat berpengalaman dari Australia untuk menukar model standard Proton ke versi lebih panjang. Penukaran itu berjaya, lantas Tun Mahathir mendorong EON untuk menceburi peluang untuk produksi komersial Proton yang dipanjangkan dengan secepat mungkin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 01

Dari Proton Saga Limousine sehinggalah Proton Perdana Limousine. Imej dari Mudah.

Berdasarkan ini, Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd (ACE) telah didaftarkan pada 25 Ogos 1990 dengan tujuan untuk menukar model standard kereta Proton. ACE kemudian telah diberikan lesen pembuatan eksklusif oleh kerajaan untuk perniagaannya. Tanpa membuang masa, mari kenali model yang limousine dan executive yang pernah ditawarkan oleh Proton suatu ketika dulu.

Proton Saga/Iswara

Proton Saga/Iswara Executive

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 02

Iklan EON yang memaparkan Proton Saga Executive. Imej oleh Wayne Phang.

Berbanding model sedan standard, Proton Saga Executive ini 254 mm lebih panjang daripada sedan standard (4,545 mm vs 4,311 mm). Dalamannya sama seperti model standard, dan dilengkapi dengan perehat tangan untuk penumpang belakang.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 03

Iswara Executive. Imej oleh Longcan Autoworks.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 04

Imej oleh Longcan Autoworks.

Seperti poster iklan diatas, ada pilihan untuk penutup tiang di bahagian tengah.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 05

Versi Saga tanpa penutup tengah. Imej dari SL Tan Tyre.

Semasa pengenalannya, Proton Saga Executive ini dijual pada harga RM 49,700 (1991).

Proton Saga/Iswara Grand Limousine

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 06

Imej oleh Wayne Phang.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 07

Rasa macam 'Back To The Future' sikit. Imej dari Bayen.

Ciri premium ialah bumbung dengan lapisan vinil, rim aloi 14 inci, unit penghawa dingin depan dan belakang, tingkap berkuasa depan dan belakang.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 08

Dari atas ke bawah: 4.8 meter, 5.1 meter, dan 5.5 meter. Imej dari Mohd Hizri.

Bagi Iswara, ada tiga jenis jarak panjang yang ditawarkan, iaitu 4.8 meter, 5.1 meter dan 5.5 meter. Nak panjang, sedang-sedang, atau pendek sikit, takde hal.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 09

Boleh gayut sambil layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Imej oleh Harian Metro.

Khas untuk model limousine, ia dilengkapi dengan pelindung angin belakang, perehat tangan tengah untuk penumpang belakang, dapra dan lapisan krom sisi, bumbung baldu dan karpet mewah.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 10

Tontonan pertama kepada orang ramai. 'Confirm' rasa wow! Imej oleh Harian Metro.

Proton Saga Grand Limousine dipertontonkan buat pertama kali pada Julai 1990 di Pameran Perdagangan Antarabangsa Shah Alam dan dilancarkan secara rasmi pada bulan September 1990 oleh Rafidah Aziz di Carcosa Seri Negara.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 11

Iswara Limousine. Imej oleh Galeri Kereta.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 12

Imej oleh Galeri Kereta.

Kapasiti pengeluaran ketika itu adalah 10 ke 15 unit sebulan, memerlukan kepakaran lima ke enam pekerja.

Proton Wira

Proton Wira Executive

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 13

Imej dari Haiqal.

Proton juga pernah menawarkan Wira varian Executive dengan jarak roda 254 mm panjang berbanding standard.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 14

Imej dari Bayen.

Menariknya, anda boleh memilih samaada anda inginkan model Sedan ataupun Aeroback. Memang gempak betul Proton pada masa itu.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 15

Imej dari Bayen.

interior Executive sama dengan Wira standard kecuali tambahan trim kayu di papan pemuka.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 16

Imej dari Haiqal.

Proton menawarkan Wira Executive dengan 2 jenis enjin iaitu 1.6 liter 4 silinder 4G92P (113 PS dan 137 Nm) dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik dan 1.5 liter 4 silinder 4G15P (85 PS dan 123 Nm) dengan transmisi 3 kelajuan automatik.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 17

Imej dari Bayen.

Proton Wira Grand Limousine

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 18

Imej dari Bayen.

Katanya hanya 25 unit sahaja yang dibina. Ia mempunyai jarak roda tambahan 915 mm dari Wira sedan standard. Malah, ia juga dibuat Australia dan bukannya dipasang secara tempatan.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 19

Antena belakang tu memang klasik. Imej dari Bayen.

Wira Grand Limousine ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri seperti:

  • televisyen dengan pemain video
  • antena TV ‘boomerang’
  • kemasan kulit "Connolly"
  • meja siap laci perahat kaki bersaiz penuh
  • cermin pembahagi ruang privasi antara depan serta belakang

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 20

Serba mewah. Imej dari Bayen.
  • Lapik lantai belakang bulu biri-biri
  • Lampu bacaan di tiang belakang
  • Trim kayu di papan pemuka
  • Rim 5 bilah yang sama seperti varian 1.6

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 21

Imej dari Bayen.

Dari segi trenkuasa pula, ia menggunakan enjin 1.6 liter 4 silinder 4G93 dengan 113 PS dan 137 Nm tork.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 22

Aeroback pun ada!

Proton Waja

Proton Chancellor 

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 23

Imej dari Autolords.

Proton Chancellour 250 mm lebih panjang dari Waja standard (2,850 mm vs 2,600 mm) dan ia dilengkapi enjin 2.0 liter 6A12 V6 dari Proton Perdana V6, menghasilkan 150 PS dan 179 Nm.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 24

Ia menggunakan transmisi 4 kelajuan automatik dengan ‘Fuzzy Logic'. Menurut Proton, kelajuan maksima yang boleh dicapai adalah 205 km/h. Malah, Chancellor juga menggunakan resipi Lotus Ride & Handling bagi kawalan yang mantap.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 25

Imej dari Kereta.info.

Prototaip model ini telah menjalani ujian 200,000 km di Sepanyol di atas permukaan ‘Belgian Pave’, tempat dimana ketahanan model Lotus diuji. Panel bumbung ‘one piece’ direka khas untuk model ini.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 26

Imej dari Kereta.info.

Seperti limousine dan executive lain dalam senarai ini, ia bukan setakat Waja yang dipanjangkan kerana banyak perubahan telah dilakukan pada casis. Semua hasil kerja ini membuatkan Chancellor lebih keras daripada Perdana Executive.

Proton Chancellor disasarkan untuk pegawai tinggi kerajaan, ketua korporat dan eksekutif kanan. Harga jualannya? RM 138,000 (2005).

Proton Waja Grand Limousine

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 27

Imej dari KYspeaks.

Model ini agak misteri, kerana ia bukan Proton Chancellor yang dipanjangkan. Malah, ia masih menggunakan nama Waja.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 28

Imej dari KYspeaks.

Tidak banyak imej dan juga maklumat lanjut yang kami boleh perolehi. Barangkali sama seperti Proton Perdana, model ini khusus untuk kegunaan pihak kerajaan serta beberapa golongan elit.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 29

Satu-satunya imej enjin Waja Grand Limousine yang kami temui. Imej dari HouseRoomhunting.

Apa yang kami rasa paling padu tentang Waja Grand Limousine ini adalah ia menggunakan enjin 2.5 liter V6 6A13 daripada Mitsubishi Galant. Lain macam!

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 30

Dalaman Proton Waja Grand Limousine ini. Lihat 'side step', ada perkataan mahal. Imej dari HouseRoomhunting.

Proton Perdana

Proton Perdana Executive (Generasi Pertama)

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 31

Imej oleh RPS Motorsport.

Mula diperkenalkan pada 1995 dengan enjin 2.0 liter 4 silinder 4G63 yang menghasilkan 135 PS dan 176 Nm. Pada tahun 1998 barulah enjin 2.0 liter V6 6A12 diperkenalkan. Ia menghasilkan 148 PS dan 179 Nm.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 32

Imej oleh RPS Motorsport.

Proton pertama yang dilengkapi dengan ABS dan kawalan pelayaran dan menerima talaan Lotus Ride & Handling. Ianya 250 cm lebih panjang dari Perdana standard.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 33

Imej oleh RPS Motorsport.

Ada ‘tray’ di bahagian belakang tempat duduk depan, penghawa dingin di tengah, jam, dan pemain video. Selain itu, terdapat varian khas yang dilengkapi dengan kotak konsol ‘mobile office’, LCD TV 6.5 inci dan juga pemain VCD.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 34

Paling banyak digunakan oleh kerajaan Malaysia, pemimpin negara, orang kenamaan, kedutaan konsulat atau komisen tinggi, peguam dan sebagainya.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 35

Proton Perdana Limousine (generasi pertama)

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 36

Satu-satunya imej penuh Perdana Limousine sebelum era enjin V6! Imej dari Wayne Phang.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 37

Kerusi bangku macam dalam kapal terbang! Imej dari Wan Abdul Aziz.

Sama seperti Proton Waja Grand Limousine, tidak banyak maklumat yang ada tentang Proton Perdana Limousine. 

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 38

Imej dari Bob the Plain Guy.

Menariknya, terdapat kewujudan model Perdana Limousine sebelum bermulanya zaman enjin 2.0 V6. Kami tidak pasti enjin apa yang digunakan, tetapi rasanya ejin yang sama dengan model standard SEi iaitu 2.0 liter 4 silinder 4G63.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 39

Tirai tu syok. Imej dari Bob the Plain Guy.

Proton Perdana ‘Accordana’ (generasi kedua)

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 40

Imej dari PanduLaju.

Berdasarkan Honda Accord generasi kelapan, Hanya dua limousine dihasilkan untuk penggunaan eksklusif oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin.

Juga terdapat tiga limousine ‘bespoke’ tambahan untuk Najib Razak dan Muhyiddin Yassin, serta satu unit pandu kiri khas untuk Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyip Erdoğan.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 41

Kiri: versi 813 mm (boleh lihat rekaan rim lain), dan versi 457 mm dengan rim standard. Imej dari PanduLaju.

Ada dua versi, satu yang dipanjangkan sebanyak 457 mm untuk kegunaan para Menteri kabinet. Tiada perubahan di dalam seperti versi standard. Yang paling panjang adalah versi 813 mm untuk kegunaan Perdana Menteri dan hanya 5 unit sahaja yang dihasilkan.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 42

Imej dari PanduLaju.

Perdana Limousine yang anda lihat ini adalah khas untuk bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir.

Tun M menambah sentuhan peribadi mengikut kehendaknya, bermula dengan roda OZ Racing Italia 150 dan kabin belakang khas berwarna merah, lengkap dengan mesin Nespresso bersepadu.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 43

Merah makngah, siap boleh ngopi! Imej dari PanduLaju.

Kedua-dua tempat duduk individu di belakang mempunyai pelarasan elektrik dengan kawalan yang dipasang pada kad pintu ala Mercedes-Benz. Sistem audio teater rumah Bose juga dapat dilihat. 

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 44

Tombol gear 'rotary' dan brake parkir elektronik! Imej dari PanduLaju.

Di bahagian depan pula, ia mempunyai butang push-start yang diletakkan di tengah, brek parkir elektronik, dan sesuatu yang agak luar biasa, iaitu pemilih gear berputar ala Jaguar.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 45

Secara peribadi, saya suka reka bentuk Perdana versi untuk orang awam. Jadi limousine pula, memang hensem! Imej dari Funtasticko.

Kaji selidik lebih lanjut juga mendapat terdapat juga model Perdana Limousine yang mengambil asas dari model yang dijual untuk orang awam. 

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 46

Limousine Sportsback. Imej dari Funtasticko.

Melihat dari panjang pintu di tengah, kami rasa ini adalah model dengan panjang 457 mm. Tidak pasti sama ada ini digunakan untuk Perdana Menteri atau Menteri kabinet, tetapi ia nampak macho!

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 47

Mana yang nak rasa macam Menteri kabinet, ada satu untuk dijual dekat Mudah!

Konklusi

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 48

Imej oleh Harian Metro.

Setakat ini, tiada lagi model khas limousine atau executive Proton yang dihasilkan oleh ACE sejak diambil alih oleh Geely, namun syarikat tempatan itu masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini.

Ini membuktikan betapa hebatnya kerja anak tempatan, kerana hampir kesemua limousine/eksekutif di dunia adalah kereta potong sambung yang diperkukuhkan dan menepati piawaian kejuruteraan yang ketat dan bukan setakat potong dan sambung sahaja.

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 49

Kenapa nak beli MPV bila anda boleh bergaya dengan Proton Wira Limousine? RM 60,000 sahaja, harga yang berbaloi!

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik! 50

Bagi mana yang inginkan lebih ruangan kaki sahaja, ada satu unit Proton Saga Executive untuk dijual dengan harga yang amat berpatutan.

Dalam senarai ini, mana satukah limousine atau executive yang anda minat?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda