window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik?

Faisal · Mar 30, 2021 09:00 AM

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 01

Sejak awal lagi, ketibaan Toyota Corolla Cross di Malaysia dijangka menghidupkan satu gelombang yang baru di segmen yang serba kompetitif ini. Antara pesaing yang cukup hebat ialah Subaru XV.

Dengan casis Toyota dan Subaru yang serba mantap, apa kata kita bandingkan kedua-dua SUV yang handal ini?

Harga

Harga Toyota Corolla Cross vs Subaru XV
Model Harga (tanpa SST sehingga 30 Jun 2021)
Toyota Corolla Cross RM 124,000 - RM 134,000
Subaru XV RM 117,788 - RM 136,788

Seperti yang anda dapat lihat, julat harga Toyota Corolla Cross nampak lebih ringkas berbanding Subaru XV. Apapun, untuk anda yang ingin berjimat, Subaru XV menawarkan harga yang lebih fleksibel.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 01

Hal ini kerana harga permulaan untuk Subaru XV lebih rendah daripada Toyota Corolla Cross. Ditambah pula dengan julat harga yang lebih besar, Subaru XV boleh menarik pembeli dari pelbagai demografi. Apapun, varian GT Edition jauh lebih mahal daripada Toyota Corolla Cross 1.8 V.

Kelengkapan

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 02

Secara standard, Corolla Cross hadir dengan kelengkapan yang tinggi. Varian G sekalipun sudah didatangkan dengan ciri smart entry, kerusi kulit, kerusi pemandu elektronik, but belakang berkuasa, dan 7 beg udara. Beralih ke varian V, pembeli dijanjikan dengan kelengkapan premium seperti lampu depan jenis Bi-LED dan sistem bantuan ADAS Toyota Safety Sense 2.0.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 03

Kalau melihat harga semata-mata, memang Corolla Cross agak mahal. Tetapi setelah anda meneliti ciri yang ditawarkan, nilai yang diberikan oleh Corolla Cross sebenarnya agak berbaloi.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 04

Mengenai Subaru XV, varian permulaan 2.0i mempunyai spesifikasi yang agak kompetitif. Namun begitu, ciri stereng kulit dan lampu depan automatik tidak didatangkan sama sekali. Malah, tiada satupun varian yang ada ciri but belakang berkuasa.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 05

Beralih ke varian 2.0i-P, pembeli ditawarkan dengan ciri yang lebih lengkap. Varian teratas, GT Edition pula menambah ciri kosmetik dan kamera undur. Malangnya, varian ini sekalipun tidak hadir dengan sebarang ciri bantuan keselamatan ADAS. Untuk pasaran di tahun 2021, agak potong stim sebenarnya.

Keluasan kabin

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 06

Sesiapa pun tidak akan merungut mengenai ruang di dalam Corolla Cross.

Di sinilah Corolla Cross akan mencabar Subaru XV kaw kaw. Berbanding Toyota C-HR sebelum ini, Corolla Cross seperti hendak lepas geram melalui ruang kabin yang serba luas. Malah, bonet belakangnya juga (440 liter) lebih besar daripada Honda HR-V (437 liter).

Juga bacaToyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang?

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 07

Sebaliknya, bonet belakang Subaru XV hanyalah seluas 345 liter. Apapun, ia tidaklah sekecil Proton X50 (330 liter).

Pemanduan

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 08

Diberkati dengan kehandalan TNGA.

Kami sentiasa terpegun dengan karakter pemanduan kereta Toyota yang berasaskan platform TNGA. Selain mutu pengendalian dan keselesaan, model yang berasaskan platform TNGA juga sinonim dengan casis dan kawalan badan yang mantap.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 09

Suspensi Double Wishbone yang menakjubkan pada Subaru XV.

Apapun, Subaru XV lebih handal kerana ia dilengkapkan dengan sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 10

Berdasarkan rebiu ringkas kami tempoh hari, ‘feel’ TNGA tetap ada pada Corolla Cross walaupun dengan suspensi belakang jenis Torsion Beam. Namun begitu, Subaru XV dengan susunan suspensi belakang jenis Double Wishbone terasa seperti dari dunia yang lain.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa?

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 11

Subaru Symmetrical AWD.

Tidak cukup dengan itu, pemanduan Subaru XV lebih mencengkam kerana ia didatangkan dengan pacuan semua roda. Ciri ini membolehkan Subaru XV tapau apa jua keadaan jalan sekalipun. Apapun, teknologi AWD ini lebih berat dan menggunakan lebih petrol. Tetapi untuk kegunaan harian, kedua-dua SUV ini cukup memuaskan untuk dipandu.

Konklusi

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 12

Apa jua pilihan yang anda buat, Toyota Corolla Cross dan Subaru XV adalah dua SUV yang serba boleh. Kedua-duanya cukup kompeten dan kami yakin anda akan berpuas hati untuk jangka masa yang panjang. Sejujurnya, kami cukup gemar dengan Subaru XV tetapi untuk perbandingan ini, kami lebih cenderung kepada Toyota Corolla Cross.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik? 13

Kenapa? Ia adalah produk yang lebih baru. Dengan praktikaliti yang lebih baik, Corolla Cross lebih menepati kriteria penggunaan harian. Dengan pengalaman pemanduan yang hampir sehebat Subaru XV, kami berpendapat bahawa ia adalah SUV yang lebih berbaloi untuk dimiliki.

Juga bacaRebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda