window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross mungkin akan ditawarkan dalam varian hibrid sahaja, enjin 1.8L akan digugurkan?

Haris · Nov 7, 2022 02:00 PM

Toyota Corolla Cross mungkin akan ditawarkan dalam varian hibrid sahaja, enjin 1.8L akan digugurkan? 01

Toyota Corolla Cross dijual secara global dengan tiga pilihan enjin. Bergantung pada pasaran, 3 pilihan tersebut ialah enjin:

  • 1.8 liter aspirasi semula jadi Dual VVT-i 2ZR
  • 2.0 liter aspirasi semula jadi Dynamic Force M20A-FKS
  • 1.8 liter hibrid 2ZR kitaran Atkinson

Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ditawarkan dengan kedua-dua varian enjin 1.8 liter - 2ZR-FE petrol biasa dan 2ZR-FXE hibrid, seperti yang dicerminkan di pasaran Malaysia.

Toyota Corolla Cross mungkin akan ditawarkan dalam varian hibrid sahaja, enjin 1.8L akan digugurkan? 02

Corolla Cross pasaran Jepun tampil berbeza daripada kita

Walau bagaimanapun, spekulasi pasaran kini sedang mencadangkan bahawa varian enjin pembakaran biasa 2ZR-FE akan digugurkan dari Jepun sebaik model facelift baharu mula dijual, yang dianggarkan sekitar lewat 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin 2ZR-FE ini diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2010 melalui Toyota Corolla Altis namun enjin itu telah dijual di Jepun sejak lebih lama dan tidak lagi mampu bersaing dengan syarat pelepasan CO2 yang semakin ketat hari ini.

Toyota Corolla Cross mungkin akan ditawarkan dalam varian hibrid sahaja, enjin 1.8L akan digugurkan? 01

Semua model berasaskan Corolla yang dijual di Jepun tidak lagi menawarkan enjin 1.8 liter aspirasi semula jadi 2ZR-FE, menjadikan Toyota Corolla Cross adalah yang terakhir untuk menawarkannya.

Toyota Corolla sedan di Jepun misalnya, kini hanya tersedia dengan enjin 4-silinder 1.8 liter hibrid (2ZR-FXE) atau tiga silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi Dynamic Force (M15A-FKS).

Baca: Toyota Corolla Altis kini "Kapten Perlahan" - ganti 1.8L dengan enjin 3-silinder 1.5L Dynamic Force!

Toyota Corolla Cross mungkin akan ditawarkan dalam varian hibrid sahaja, enjin 1.8L akan digugurkan? 02

Model setara dengan Toyota Corolla Cross iaitu Toyota C-HR dijual di Jepun dengan pilihan sama ada enjin 4-silinder 1.2 liter pengecas turbo (8NR-FTS) atau 1.8 liter hibrid yang sama dengan Toyota Corolla Cross Hybrid.

Begitu juga untuk Toyota Voxy, yang menggunakan platform TNGA-C yang sama seperti model Corolla. Model itu dijual di Jepun dengan pilihan enjin 1.8 liter hibrid atau enjin 2.0 liter Dynamic Force yang baharu (M20A-FKS).

Baca: 2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang!

Toyota Corolla Cross mungkin akan ditawarkan dalam varian hibrid sahaja, enjin 1.8L akan digugurkan? 03

Lebih dekat dengan tanah air kita, Malaysia tidak mempunyai sebarang syarat cukai pelepasan CO2 jadi tidak ada sebab untuk enjin 1.8 liter aspirasi semula jadi 2ZR-FE dihentikan di sini.

Thailand pula berkemungkinan besar akan mengikuti langkah Jepun, memandangkan cukai eksaisnya adalah berdasarkan pelepasan CO2 dan jualan Corolla Cross di sana sudah pun didominasi oleh varian hibrid. Malah, model pesaing iaitu Honda HR-V misalnya, hanya ditawarkan sebagai hibrid di sana.

Enjin 1.8 liter hibrid juga mungkin akan menemui nafas baharu dengan Toyota Innova Zenix generasi baharu diacah akan menggunakan pacuan hibrid.

Baca: Toyota Innova Zenix baharu disahkan guna enjin hibrid, kongsi 1.8L dengan Corolla Cross Hybrid?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda