window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga?

Mersita · Nov 24, 2020 12:30 PM

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 01

Selepas harga Toyota Vios facelift 2021 diumumkan, ada yang bertanya, “Apa yang baru? Ada apa-apa perubahan tak model baru ni?” Di sini, kami akan jawab soalan-soalan popular ini.

Bentuk luaran – lebih matang dan ‘sharp’

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti Toyota Yaris 2021 yang baru saja menerima facelift, rekaan semula Vios membuatkannya tampak lebih matang.

Toyota dah malas nak buat rekaan ala-ala ikan keli seperti pada model sebelum facelift dan kali ini mereka mengenakan penggayaan lampu hadapan LED dengan DRL yang lebih ‘sharp’ untuk dipadankan dengan bampar hadapan yang baru.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 01

Tambahan pula, lampu kabus hadapannya kini telah ditukar kepada LED bagi menggantikan mentol halogen pada model sebelumnya.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 02

Varian E dan G masih lagi menggunakan rim 16 inci seperti model dulu (rim 15 inci pada varian J kini seperti kereta spesifikasi Thai). Bahagian belakang pada semua varian tiada perubahan dari model sebelum facelift.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 03

Ada enam pilihan warna untuk dipilih: Platinum White Pearl, Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic, Silver Metallic, dan Orange Metallic yang menggantikan Attitude Black.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 04

“Orange is the new black” – tahukah anda ini kereta ketiga dilancarkan tahun ini dengan pilihan warna oren? Yang pertama dan kedua ialah Proton X50 dan Nissan Almera 2020 serba baru.

Ruang dalaman – "two shades of grey"

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 05

Perubahan di dalam kabinnya lebih lagi dari sekadar ubahsuai kosmetik. Kini, ia diberi kemasan warna kelabu gelap menggantikan warna perak pada model sebelum facelift dan juga rekaan fabrik tempat duduk yang baru. Tapi, peningkatan paling penting ialah pada infotainmen dan kluster instrumennya.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 06

Contohnya, sistem infotainmen dengan skrin sentuh 7 inci pada Vios kini dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay – satu perubahan yang sangat dialu-alukan kerana ia menggantikan sistem MirrorLink yang agak renyah digunakan.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 07

Kluster ini dahulunya hanya ada pada varian G, tapi kini ia juga boleh didapati pada varian E.

Varian 1.5 E kini diberi kluster instrumen Optitron sama seperti varian 1.5 G. 1.5 E juga akan diberi stereng baru dengan punat kawalan untuk MID.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 08

Sama seperti Yaris, kini pengecas tanpa wayar jadi kelengkapan opsyen. Ia berharga RM 550 dan boleh didapati pada semua varian.

Keselamatan – Lebih baik dengan adanya TSS

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 09

7 beg udara: sepasang untuk pemandu dan penumpang, satu untuk lutut pemandu, serta beg udara sisi dan langsir.

Vios 1.5 G baharu ini didatangkan dengan suite Toyota Safety Sense (TSS) sebagai ADAS dan ia merangkumi kelengkapan-kelengkapan berikut:

  • Autonomous emergency braking (AEB)
  • Front collision warning (FCW)
  • Lane departure alert (LDA)

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 10

Kamera 3D 360 darjah, menggantikan versi 2D pada Vios sebelum facelift

Kelengkapan lain termasuklah:

  • 7 beg udara
  • Kamera 3D 360 darjah (baru, sebelum ini 2D)
  • Pengesan titik-buta dengan rear cross-traffic alert (BSM, RCTA)
  • Perakam video digital hadapan (DVR/dashcam)
  • Vehicle stability control (VSC)
  • Hill-start assist control (HAC)
  • Anti-lock brakes dengan electronic brake force distribution (ABS, EBD)
  • Brake assist (BA)

Apa yang masih sama?

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 11

Enjin 2NR-FE.

Enjin bagi Vios baru ini masih lagi enjin 2NR-FE, 1.5 liter, ‘naturally aspirated’, 4 silinder yang menjana 107 PS dan 140 Nm dipadankan dengan CVT dengan 7 nisbah virtual.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 12

Ikut arah jam kiri ke kanan: Pemilih mode pemanduan dan suis VSC, ‘dashcam’ hadapan, dan ‘paddle shifters’.

‘Paddle shifters’, cermin pandang belakang elektokromik dan suis-suis mode pemanduan juga dibawa dari model sebelumnya.

Bagaimana pula dengan Toyota Vios GR Sport 2021?

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 13

Gambar intipan pertama mula keluar beberapa hari lepas, tapi kami ada sedikit maklumat tentang perinciannya. Kita boleh jangkakan tetapan suspension yang lebih ‘sporty’ dan CVT dengan 10 nisbah virtual, dan lain-lain.

Harga Toyota Vios 2021

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 14

Semua perubahan-perubahan ini bermaksud akan ada sedikit peningkatan harga bagi semua varian dengan peningkatan sekitar RM 1,000 – RM 3,100. Ini adalah harga anggarannya:

Senarai harga anggaran Toyota Vios 2021
Varian 1.5 J (AT) 1.5E (AT) 1.5G (AT)
Harga RM 75,701 RM 85,674 RM 89,232

Senarai harga anggaran di atas tidak termasuk cukai SST (sah sehingga 31 Disember 2020), harga atas-jalan (OTR) tanpa insuran dan cukai jalan. Harganya mungkin nampak menarik, tapi anda boleh lihat anggaran bayaran bulanan bagi Toyota Vios 2021 di dalam artikel ini.

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 15

Vehicle Telematics System (VTS) serta perlindungan premium dan filem tint solar Toyota didatangkan standard bagi varian E dan G pada harga ini.

Bolehkah Vios baru ini bersaing dengan yang lain?

Toyota Vios 2021 masih boleh lawan City dan Almera walaupun ada faktor harga? 16

Kami sudah bandingkan Vios baru ini dengan Honda City 2020 serba baru dan juga Nissan Almera. Perbandingannya cukup menarik dan anda boleh baca tentangnya di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda