window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi

Mersita · Sep 21, 2020 03:00 PM

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 01

Tempahan untuk Proton X50 sudahpun dibuka, tapi soalan cepumas yang sering diajukan ialah, “Nak tempah, tapi harga pun tak tahu. Macam mana ni?"

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 02

Pengedar Proton di seluruh negara sedia menerima tempahan dengan fi RM 500 untuk sebuah Proton X50, tapi anda tak dapat melihat kereta itu pun di mana-mana bilik pameran. Sebaliknya, Proton menganjurkan sesi previu secara tertutup bagi sekumpulan pembeli terpilih dan jika anda tidak terpilih dalam senarai ini, anda perlu tunggu lama lagi.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 03

Dengan ketiadaan maklumat jelas tentang bila harga Proton X50 akan diumumkan, khabar angin liar mula dikongsi oleh netizen di laman-laman media sosial dengan pelbagai spekulasi terhadap sebab Proton belum mengumumkan harga X50 lagi. Tapi, apa yang pasti, “berita-berita” ini tidak benar.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tanyalah seberapa banyak kali anda nak. Semakin lama mereka tangguhkan pengumuman atau pelancaran X50, semakin mereka rugi.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 01

Seperti yang kami pernah jelaskan dalam entri sebelum ini, Proton, sama seperti syarikat-syarikat kereta lain, sedang mengejar masa untuk menutup jurang sasaran jualan tahunan mereka disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang ‘menghentikan dunia’ pada separuh pertama 2020.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 02

Secara realistiknya, bulan November ialah bulan terakhir dimana pengedar boleh melangsaikan jualan. Ini kerana bulan Disember selalunya lebih perlahan dan secara tipikalnya digunakan untuk menjalankan proses penghantaran kenderaan kepada pembeli sebelum tahun ini menutup tirainya.

Ini juga bermaksud yang bulan Oktober ialah peluang terakhir mereka untuk melancarkan Proton X50. Jika ia melangkaui bulan ini, mereka takkan ada masa yang cukup untuk mengejar sasaran jualan Proton X50 yang dianggarkan pada 4,000 lebih unit tahun ini.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 03

Produksi telah bermula. Tapi, tanpa senarai harga yang disahkan, kereta yang sudah siap akan terkumpul dan susah untuk dijual

Pendek kata, Proton X50 sepatutnya dilancarkan saja sejurus selepas previunya minggu lalu. Kenapa Proton nak tunggu lagi?

Perlu diingatkan yang Proton bukanlah satu-satunya syarikat yang berhadapan dengan masalah penangguhan harga ini. Honda City 2020 serba baharu dan Nissan Almera juga berdepan masalah yang sama. Seperti Proton, pengedar Honda dan Nissan juga mengambil tempahan tanpa senarai harga yang disahkan.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 04

ETCM ada senarai harga anggaran untuk Almera, tapi maklumatnya kurang berguna

Proton X50 dipasang tempatan di loji Proton di Tanjung Malim bersama-sama dengan Proton X70. Proton telah mengumumkan yang projek X50 ini akan membeli bahagian-bahagian (‘parts’) automotif Buatan Malaysia bernilai hampir RM 1.8 bilion. Memandangkan X50 ialah Geely Binyue versi pemanduan sebelah kanan yang pertama dihasilkan, banyak kerja-kerja pembangunan juga dijalankan di Malaysia.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 05

Semua ini bermaksud yang Proton X50 layak untuk diberikan rebat duti eksais yang agak tinggi di bawah Industrial Linkage Programme (ILP) dan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). ILP menawarkan rebat cukai berdasarkan nilai sumbangan tempatan manakala EEV pula memberi insentif bagi kenderaan cekap bahan api (berdasarkan kategori berat kenderaan).

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 06

Proton X50, dengan enjin 1.5 liter berpengecas turbonya, akan diberi sekitar 75 peratus cukai eksais (sebelum rebat ILP dan EEV).

Kenderaan Proton, dengan kandungan bahagian tempatan dan kerja-kerja pembangunan tempatannya yang tinggi, secara tipikalnya membolehkan ia untuk diberi pengecualian cukai eksais hampir sepenuhnya. Inilah sebabnya mengapa harga Proton X70 di Langkawi dengan harga Semenanjung Malaysia tak banyak bezanya (termasuk perbezaan dalam cas penghantarannya).

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 07

Walaubagaimanapun, rebat ini tidak dianugerahkan secara automatik – walaupun dengan Proton. Ia perlu diluluskan oleh Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 08

Setiap model dan varian perlu menjalankan permohonan yang berasingan, dimana setiap satunya perlu menjalankan proses kelulusan/audit masing-masing yang sangat memakan masa. Ia bermula dengan permohonan ke Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii), sebelum dihantar ke Automotive Business Development Committee (ABDC), dan seterusnya ke Ministry of International Trade and Industry (MITI) pula. Kata putusnya akan dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 09

Anggaran bagi tempoh masa yang diambil untuk proses permohonan ini berbeza-beza bergantung pada sumber maklumat anda. Tapi, secara puratanya ia boleh memakan masa sehingga 6 bulan.

Juga perlu diingatkan yang agensi kerajaan dan perniagaan tidak dapat beroperasi pada kapasiti penuh memandangkan PKP yang berlangsung pada separuh pertama tahun ini.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 10

Malangnya, agensi-agensi kerajaan juga seperti sedia maklum tidak begitu cekap. Tambahan pula, dalam keadaan ekonomi sekarang, ditambah pula dengan ketidakstabilan politik di negara kita, pengesahan harga kereta tidak begitu diutamakan.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 11

Oleh itu, kalau anda nak Proton X50 dijual dengan harga yang murah, anda terpaksalah menunggu senarai harga Proton untuk disahkan.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 12

Pelanggan tak dapat lagi melihat X50 di depan mata, tapi Proton perlu mengekalkan minat mereka

Tanpa senarai harga yang sah, perkara terbaik yang perlu dilakukan oleh Proton ialah membina senarai tempahan mereka terlebih dahulu, menganjurkan pameran dan sesi previu tertutup bagi pelanggan bagi mengekalkan minat mereka, dan pada masa yang sama berharap yang pelanggan berpotensi mereka tidak tawar hati atau berubah fikiran jika tempoh menunggunya jadi terlalu lama.

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 13

Punca utama masalah ini datangnya dari struktur cukai yang tak sepatutnya serumit ini serta kriteria kurang jelas tentang insentif. Tapi, topik-topik ini kami akan bincangkan dalam entri lain nanti.

Selain daripada senarai harga yang belum dapat ditetapkan, staf pemasaran Proton juga berhadapan dengan cabaran rumit dimana mereka perlu menetapkan tarikh dan lokasi pelancaran yang sesuai – satu cabaran yang tidak dialami oleh syarikat kereta yang lain (selain daripada Perodua).

Ini sebabnya mengapa Proton X50 belum ada senarai harga rasmi 14

Sebagai syarikat kereta nasional (sebahagian daripadanya), acara-acara Proton haruslah dirasmikan oleh seorang menteri. Selain daripada mengesahkan tarikh dengan menteri terpilih, teks ucapan juga perlu dibincangkan dengan setiausaha politik mereka – ditambah lagi dengan protokol-protokol kerajaan yang perlu dipenuhi oleh Proton nanti.

Mereka juga terpaksa berurusan dengan pihak berkepentingan dari Geely dan DRB-Hicom, dimana setiap satunya didatangkan dengan cabarannya yang tersendiri yang kadangkala bertentangan antara satu sama lain. Ia sememangnya satu tugas yang amat berat untuk dijalankan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda