window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi generasi seterusnya & Toyota Vios facelift mungkin terima enjin 1.0L turbo 110 PS!

Faisal · Jan 15, 2024 03:37 PM

Perodua Myvi generasi seterusnya & Toyota Vios facelift mungkin terima enjin 1.0L turbo 110 PS! 01

Enjin NA NR-VE sudah sekian lama menjadi nadi utama buat Perodua Myvi dan Toyota Vios. Bagi anda yang belum tahu, trenkuasa 1.3L 1NR-VE dan 1.5L 2NR-VE cukup lasak tetapi dengan era DNGA yang sudah beransur, ia juga bakal diganti.

Perodua Myvi generasi seterusnya & Toyota Vios facelift mungkin terima enjin 1.0L turbo 110 PS! 02

Enjin 1.5L 2NR-VE pada Toyota Vios.

Soal DNGA, platform yang menjadi asas kepada Toyota Vios AC100 ini akan turut digunapakai pada Perodua Myvi generasi akan datang. Menariknya, trenkuasa yang bakal mewarisi kedua-dua model ini mungkin hadir dalam bentuk nadi turbo.

Perodua Myvi generasi seterusnya & Toyota Vios facelift mungkin terima enjin 1.0L turbo 110 PS! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Automachi yang memperoleh maklumat daripada media Jepun, trenkuasa NR-VE mungkin masih serasi dengan platform DNGA tetapi Toyota dan rakannya, Daihatsu sedang membangunkan barisan enjin baharu untuk kekal kompetitif.

Jalan penyelesaian yang dimaksudkan ini adalah enjin 1.0L turbo ‘direct-injection’ yang menghasilkan output maksimum sebanyak 110 PS/200 Nm. Angka ini lebih tinggi daripada enjin 1.5L 2NR-VE yang hanya menghasilkan 106 PS/138 Nm pada Vios.

Juga bacaReview: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City

Perodua Myvi generasi seterusnya & Toyota Vios facelift mungkin terima enjin 1.0L turbo 110 PS! 01

Enjin 1.0L 1KR-VET pada Ativa.

Menariknya, angka buat nadi turbo baharu ini dijangka lebih tinggi daripada trenkuasa 1.0L turbo pada Ativa yang hanya menghasilkan 98 PS/140 Nm. Untuk pengetahuan anda, enjin “tekan-tekan preggy” itu tidak mempunyai ‘direct injection’.

Juga bacaRebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Perodua Myvi generasi seterusnya & Toyota Vios facelift mungkin terima enjin 1.0L turbo 110 PS! 02

Lakaran oleh BestCarWeb.

Kalau anda nak tahu, berita daripada Automachi ini adalah berasaskan Best Car Web di mana mereka melaporkan bahawa Toyota Passo generasi seterusnya sedang dibangunkan. Lagipun, keluaran Passo telah dihentikan sejak September 2023 lagi.

Menurut terbitan automotif Jepun itu juga, Passo generasi keempat mungkin diperkenalkan sekitar suku-3 2024. Jadi, trenkuasa turbo itu mungkin digunapakai pada Passo/Boon generasi seterusnya, sekali dengan Roomy/Thor (model yang lebih berjaya di pasaran Jepun).

Juga bacaToyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang?

Perodua Myvi generasi seterusnya & Toyota Vios facelift mungkin terima enjin 1.0L turbo 110 PS! 03

Setakat ini, belum ada garis masa buat Vios facelift memandangkan generasi AC100 baru sahaja dirasmikan pada tahun 2022. Tetapi kalau berpandukan model sebelum ini, kemaskini pada Vios sekarang mungkin tiba sekitar 2025-2026. Sementara itu, Myvi generasi seterusnya pula digosipkan sebagai model yang akan berkait rapat dengan Toyota Yaris generasi seterusnya (model pasaran membangun di ASEAN).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda