window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa?

Faisal Β· Aug 24, 2020 05:40 PM

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 01

Jika anda membesar pada era 90-an, Sony bukan sahaja membuat PlayStation, malah Sony juga membuat pelbagai jenis peralatan seperti radio, televisyen, kamera, komputer, telefon, cakera kompak, dan lain-lain. Tidak cukup dengan itu, syarikat gergasi Jepun itu telah mempamerkan kereta pertama mereka pada awal tahun ini iaitu Sony Vision S.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 02

Vision S kelihatan seperti sebuah Tesla. Ia dikatakan memecut sepertinya dan berkebolehan untuk memandu dengan sendiri. Walaupun ia masih sebuah konsep, Vision S sebenarnya sudah boleh dipandu. Membuat debutnya di Las Vegas, Sony sebenarnya telah membawa pulang Vision S ke pangkalannya di Jepun untuk diuji di jalan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 01

Walaupun ada ura-ura oleh Magna Steyr mengenai platform yang digunakan pada Sony Vision S boleh diguna untuk sebuah SUV, Sony mungkin tidak akan membangunkan kereta dalam masa yang terdekat atau tidak.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 02

Jadi mengapa mereka menghasilkan konsep kereta elektrik yang berfungsi? Sony sebenarnya tiada rancangan untuk menghasil atau menjual kereta kepada pengguna. Tujuan mereka sebenarnya adalah untuk mempamerkan kebolehan sistem kamera dalam kabin dan sistem pengesan LiDAR yang berupaya menghasilkan teknologi yang boleh memandu sendiri.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 03

Sekiranya anda peminat kamera dan teknologi, mungkin anda tahu bahawa Sony merupakan antara jenama pengeluar pengesan pemprosesan imej yang terbesar. Menurut laporan The Verge, syarikat itu telah mengekspot 1.6 bilion pengesan pada tahun 2019. Sony juga memiliki 26.7 peratus daripada bahagian pasaran, malah melebihi Samsung yang memiliki 24.2 peratus.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 04

Pada masa yang sama, Sony bukan sahaja mempunyai angka yang cemerlang, malah mereka adalah antara pengeluar pemproses imej yang terbaik. iPhone anda mungkin berjenama Apple tetapi ia didatangkan dengan lensa kamera yang berjenama Sony. Jenama pengeluar kamera seperti Nikon dan Olympus juga menggunakan pemproses imej daripada Sony.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 05

Antara inovasi pemprosesan imej yang terkini daripada Sony ialah integrasi dengan sistem Artificial Intelligence (AI). Teknologi AI ini mampu mempelajari jenis imej dan melakukan proses perhalusan secara langsung. Walaupun tidak cukup untuk digunakan pada kereta yang boleh memandu sendiri, ini masih satu inovasi yang menanda aras baru dalam teknologi sistem pemprosesan imej.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 06

Pemproses imej Sony IMX500 yang mempunyai Artificial Intelligence (AI)

Buat masa ini, Toyota menggunakan pengesan imej CMOS daripada Sony untuk sistem brek kecemasan automatik pada Toyota Alphard/Vellfire, Corolla, Crown beserta Lexus ES, NX dan UX. Menurut Sony, pengesan tersebut telah mencapai markah tertinggi dalam pengujian brek kecemasan automatik JNCAP untuk pejalan kaki pada waktu malam.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 07

Walaupun menguasai pasaran penggunaan elektronik, Sony tidaklah gah dalam sektor automotif dimana ia hanya berkedudukan kelima sahaja. Buat masa ini, Sony mempunyai bahagian pasaran sebanyak 3 peratus dalam pembekalan pengesan imej pada kereta.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 08

Pembekal barangan OEM daripada syarikat Continental AG yang boleh membekal sistem infotainment, sistem bahan api dan sistem keselamatan  telah menarik perhatian syarikat-syarikat pengeluar

Inilah dimana Sony Vision S mula menonjol. Dengan pelbagai kamera, sistem LiDAR, sistem pemantauan pemandu, perisian Artificial Intelligence (AI), sistem infotainment dan sistem audio, Sony Vision S merupakan gambaran masa hadapan buat jenama-jenama automotif.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 09

Menurut wawancara The Verge oleh Yuhei Yabe, pengurus besar Sony Corporation berkata bahawa mereka telah banyak mempelajari tentang kaedah pembangunan sesebuah kenderaan dan bagaimana kepelbagaian teknologi boleh dilaksanakan di dalam sesebuah kenderaan.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 10

Sony Vision S yang menjalani ujian jalan di Tokyo mungkin menunjukkan bahawa ada sesuatu yang lebih hebat walaupun hanya sebuah pertunjukan teknologi. Walau apapun, kemungkinan untuk Sony mengeluarkan kenderaan elektrik adalah tipis.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 11

Untuk makluman, syarikat pengeluar pembersih vakum Dyson telah cuba mempelopori bisnes ini pada tahun 2017. Setelah membelanjakan hampir setengah billion pound dalam 3 tahun dan memiliki sebuah prototaip, projek itu terkandas. Ketua syarikat tersebut mengulas bahawa projek itu tiada nilai komersial kerana harga RM 1 juta adalah terlalu tinggi.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 12

James Dyson dengan prototaip SUV elektrik yang ditinggalkan 

Malah, jumlah keuntungan yang diperoleh melalui industri pembangunan dan penjualan kereta elektik setakat ini agak mengecewakan. Syarikat kenderaan elektik pertama di dunia Tesla juga tidak membuat untung dengan setiap penjualannya walaupun semakin laris. Selain itu, pakar kewangan juga menyatakan bahawa barisan kenderaan elektrik oleh Volkswagen hanya akan menjana keuntungan pada tahun 2022.

Sony tidak akan menghasilkan kereta. Tetapi mereka membina kereta konsep Sony Vision S. Mengapa? 13

Dengan perbelanjaan yang tinggi dan margin keuntungan yang kecil serta industri semikonduktor mereka yang sangat menguntungkan, menjadi pembekal adalah lebih wajar dan rasional buat syarikat Sony.

Walaupun anda mungkin tidak dapat menaiki kereta Sony, kereta yang anda naiki mungkin dilengkapi dengan perisian atau komponen daripada syarikat Sony.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda