0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona?

Faisal · Oct 1, 2020 02:45 PM

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 01

Berikutan perincian dan sesi pandu uji media yang lalu, kita telah mengetahui bahawa Proton X50 mempunyai pemanduan yang lebih selesa berbanding Geely Binyue, ciri keselamatan yang lebih canggih berbanding BMW X1, dan merupakan kereta yang paling murah yang mempunyai sistem parkir sendiri.

Proton turut memberikan perincian mengenai angka prestasi pada X50 dimana ia cukup hebat untuk sebuah segmen B.

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 02

Sewaktu sidang pratonton media di litar Sepang semalam, ketua jurutera Proton mengesahkan bahawa enjin 1.5 MPI mempunyai 150 PS dan 226 Nm tork, manakala enjin 1.5 TGDI pada varian tertinggi Flagship mempunyai 177 PS dan 255 Nm tork.

Kedua-dua enjin mempunyai turbo dengan sususan 3-silinder yang dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan.

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 01

Lebih mengagumkan apabila Proton mengatakan bahawa X50 Flagship boleh melakukan pecutan 0-100 km/j selama 7.9 saat. Prestasi ini cukup tinggi untuk sebuah kenderaan yang biasa. Oleh itu, bagaimanakah prestasi ini berbanding Honda HR-V, Hyundai Kona, Mazda CX-3, dan BMW X1?

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 02

Untuk maklumat anda, BMW X1 sDrive18i didatangkan dengan format enjin yang sama seperti Proton X50. Sewaktu sesi panju uji semalam, ia dipilih untuk berlumba seret (drag race) dengan Proton X50 dan Honda HR-V 1.8 (kami tidak tahu mengapa varian Hybrid tidak dipilih).

Untuk perbandingan yang lebih adil, kami akan merungkaikan perbandingan rasmi menggunakan Honda HR-V Hybrid.

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 03

 

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 04

Merujuk kepada angka rasmi oleh jenama masing-masing, Hyundai Kona mengalahkan Proton X50 dari segi pecutan 0-100 km/j walaupun dengan jumlah kuasa yang sama.

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 05

Dengan pelancaran Hyundai Kona yang belum berlangsung, tidak hairanlah bahawa pilihan Proton untuk berlumba dengan BMW X1 adalah wajar kerana X50 memiliki segala resepi yang dimiliki oleh sebuah kereta premium seperti BMW.

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 06

Mazda CX-3 pula agak ketinggalan dari segi angka rasmi. Hal in disebabkan oleh enjin aspirasi natural yang tidak berupaya memecut sepantas enjin turbo mahupun hibrid.

Pada masa yang sama, Honda HR-V Hybrid berada di tempat yang ketiga. Berdasarkan rebiu kami yang lalu, kami turut terpegun akan prestasi Honda HR-V Hybrid berbanding varian petrol.

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 07

Realitinya, kami mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat untuk HR-V Hybrid manakala saudara Proton X50 iaitu Geely Binyue mencatatkan masa selama 8.9 saat.

0-100 km/j: Bagaimanakah pecutan Proton X50 berbanding HR-V, CX-3, X1, dan Kona? 08

Proton X50 berwarna biru kelihatan cukup cantik

Dengan itu, Proton X50 cukup bertenaga dari segi prestasi terutama pada varian Flagship yang memiliki enjin TGDI. Kita hanya perlu menunggu harga rasmi. Sementara itu, ikuti rebiu kami mengenai sesi pandu uji Proton X50 yang telah berlangsung semalam.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru