window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta

Haris · Sep 16, 2020 01:00 PM

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 01

Proton X50 baru sahaja didedahkan. Model terbaru Proton yang ditunggu-tunggu ini hadir dengan pelbagai fungsi dan kelengkapan dan bakal menggegarkan keseluruhan segmen B. Proton X50 hadir dengan tawaran 4 varian dengan 2 pilihan enjin.

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hasil daripada pendedahan Proton X50 ini, tiba masanya untuk membidas beberapa mitos yang agak terkenal dan hadir daripada sebuah portal berita yang ternama. Adakah Proton X50 menggunakan enjin 100% dibangunkan oleh Volvo dan sebagainya? 

Perbezaan awal

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 01

Proton X50 adalah sebuah model SUV segmen B yang berasaskan daripada Geely Binyue. Geely Binyue dibangunkan menggunakan platform BMA (B-segment Modular Architecture). Sebagai perbandingan, Volvo XC40 dibangunkan oleh platform kerjasama Volvo-Geely yang lebih maju iaitu CMA (Compact Modular Architecture).

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 02

Platform CMA jauh lebih maju dan selesa oleh itu penggunaan platform ini dalam model Proton masih jauh dalam perancangan.

Enjin

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 03

Apabila tiba kepada dakwaan yang paling banyak dikongsi, adalah benar bahawa enjin 1.5 liter TGDi pada varian Proton X50 TGDi Flagship adalah enjin yang sama pada Volvo XC40 T3 (tidak dijual di Malaysia).

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 04

Enjin pada Volvo XC40 pasaran Malaysia adalah enjin 2.0 liter berkuasa Turbo yang mampu menjana sehingga 252 PS kuasa kuda dan 350 Nm digandingkan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 05

Seperti mana enjin 4 silinder 1.3 liter berkuasa turbo Mercedes-Benz A200 dibangunkan bersama dengan Renault. Hak untuk enjin ini dikongsi antara kedua-dua syarikat. Adakah adil untuk mengatakan bahawa Renault Megane menggunakan enjin Mercedes-Benz?

Enjin empat silinder 1.5 liter TGDi MPI tersebut dimiliki secara sah oleh Geely dan Volvo. Tidak tepat mengatakan bahawa Proton X50 menggunakan enjin Volvo sahaja. Perkongsian teknologi berlaku dalam kesemua jenama pengeluar. Masih tidak setuju? Enjin TGDI dibina oleh Geely, di kilang Yiwu syarikat di China.

Kotak gear

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 06

Proton X50 dilengkapi transmisi automatik jenis klac berkembar DCT tujuh-kelajuan yang dikongsi bersama Proton X70.

Walaupun kotak gear yang sama digunakan dalam Volvo XC40 T5 versi hibrid plug-in hibrid, ia sebenarnya telah dibangunkan oleh Geely.

2020 Proton X50 bukan Volvo XC40 versi bajet. #SemakFakta 07

DCT tujuh kelajuan telah dilenkapi pada sejumlah model Geely. Antaranya adalah Borui GE, Xingyue, Dihao GS / GL dan MPV Jiaji.

Secara ringkasnya, Proton X50 berkongsi bahagian yang sama dalam beberapa model Volvo, tetapi adalah tidak tepat mengatakan bahawa ia dibangunkan oleh Volvo semata-mata. Pujian harus diberikan terhadap Geely yang membenarkan perkongsian teknologi dan alat ganti ini.

Jika anda berminat dengan 2020 Proton X50 ini, layari laman pengedar kami di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda