Selepas 35 tahun dalam pasaran, Proton Saga sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia. Proton Saga mungkin bermula sebagai sedan segmen C tetapi mengikut peredaran masa, ia berubah menjadi sedan segmen A.
Selepas 35 tahun dalam pasaran, Proton Saga sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia. Proton Saga mungkin bermula sebagai sedan segmen C tetapi mengikut peredaran masa, ia berubah menjadi sedan segmen A.
Sepanjang 35 tahun tersebut, Proton Saga tentunya menjadi sebahagian daripada kehidupan rata-rata rakyat Malaysia. Hari ini, tumpuan akan diberikan kepada Proton Saga generasi ke 2, khususnya Proton Saga FL dan FLX yang sudah mencecah 10 tahun. Lebih dari 10 tahun, mungkin bukan sesuatu yang disarankan.
Jika anda sedang mencari-cari Proton Saga FL / Proton Saga FLX secara terpakai, ia kini boleh didapati pada harga serendah RM 15k. Jadi apa masalah Proton Saga FLX yang perlu anda tahu? Apa kata kita kupas sedikit apa yang boleh anda jangkakan untuk Proton Saga FLX terpakai.
Generasi Proton Saga FLX / FL
Proton Saga generasi ke 2 bermula dengan generasi Proton Saga BLM. Dilancarkan pada tahun 2008, Proton Saga BLM menjadi asas kepada Proton Saga generasi kedua. Walaubagaimanapun, disebabkan usianya yang melebihi 10 tahun, kami tidak menyarankan untuk mempertimbangkan Proton Saga BLM melainkan keadaan memaksa.
Menggantikan Proton Saga BLM adalah Proton Saga FL pada tahun 2010. FL merupakan singkatan kepada facelift. Kehadiran Proton Saga FL agak singkat dengan hanya 2 tahun diberikan facelift baharu selepas pengenalannya. Ia turut didatangkan dengan enjin 1.6 liter CamPro IAFM. Proton Saga FL dan Proton Saga BLM berkongsi enjin 1.3 liter CamPro IAFM selain daripada ketiadaan brek ABS dan EBD.
Enjin | 2010 | 2011 | 2012 | 2013 | 2016 |
1.3 CamPro IAFM | Saga FL
|
Tamat | |||
1.6 CamPro IAFM | Saga FL
|
Tamat | |||
1.3 CamPro IAFM+ | Saga FLX
|
Saga SV | Tamat | ||
1.6 Campro IAFM+ | Saga FLX SE
|
Tamat |
Selain daripada Proton Saga FL, tahun 2010 juga menyaksikan varian istimewa Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 25 dengan hanya 25 unit sahaja yang dijual. Model ini, menerima keseinambungan pada tahun 2020 dengan Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 35.
Generasi Proton Saga paling terkenal mungkin sahaja Proton Saga FLX. Model ini dilancarkan pada tahun 2011 dan menikmati jangka hayat sepanjang 4 tahun sebelum Proton Saga generasi ketiga ditawarkan. Proton Saga FLX menerima talaan yang lebih baik berbanding Proton Saga FL kerana menggunakan enjin CamPro IAFM+ dengan brek ABS dengan EBD.
Masalah Proton Saga FLX
Merujuk kepada mekanik yang selalu berurusan dengan penulis dari Zaman Carcare Services, Proton Saga FL dan FLX kurang memberikan masalah tetapi tidak bermakna ia sempurna. Antara masalah yang selalu timbul pada Proton Saga FL dan Proton Saga FLX adalah masalah kotak gear CVT yang terkenal pada kesemua jenama Proton sebelum generasi ketiga dilancarkan.
Selain daripada itu, periksa juga lampu amaran pada kluster meter jikalau terdapat sebarang lampu amaran yang menyala. Kalau bukan masalah kotak gear CVT, boleh jadi juga masalah lampu belakang ketiga (lampu brek tengah di belakang) yang tidak menyala. Entah bagaimana, lampu tersebut berkait dengan lampu amaran kotak gear jadi periksa lampu brek belakang juga.
Selain daripada kotak gear CVT dan lampu brek belakang di tengah, masalah pada brake pump atau apa apa masalah mengenai brek kereta juga mungkin menjadi masalah untuk lampu amaran menyala. Jika pemanduan pada Proton Saga FLX anda tersengguk-sengguk, itu memang karakter kotak gear CVT.
Mekanik turut menyarankan agar menjaga timing belt mengikut tempoh penyelenggaraan yang tepat. Hal ini kerana penjagaan timing belt pada Proton Saga FLX dan FL ini adalah sangat penting namun sering dilupakan oleh kebanyakan pengguna. Timing belt juga agak sensitif jadi pastikan anda menukar timing belt pada Proton Saga FLX yang baru dibeli sebagai langkah selamat.
Kos-kos berkaitan masalah Proton Saga FLX / FL
Seperti kebanyakan model Proton yang lain, kos untuk menukar kotak gear CVT memakan jumlah yang mencecah RM 3k. Harga untuk menukar lampu brek belakang tengah pula memakan kos berjumlah kurang RM 40.
Untuk harga timing belt Proton Saga FLX / FL ini mungkin agak rendah, sekitar bawah RM 200 jika dibeli secara atas talian. Untuk pemasangan di kedai secara terus dengan harga timing belt Proton Saga FLX / FL tersebut, harga rasmi adalah RM 335 tidak termasuk upah pemasangan.
Jangkakan masalah wear and tear yang lain seperti getah valve cover gasket, FEAD tensioner dan getah pada bahagian-bahagian lain. Sebagai rujukan, senarai alat ganti pada Proton Saga FLX dan FL adalah seperti berikut.
Patut mempertimbangkan Proton Saga FLX?
Proton Saga FLX mungkin tidak mempunyai reputasi yang baik tetapi untuk sebuah sedan pengenalan, ia memuaskan. Tidak banyak keluhan tentang Proton Saga FLX melainkan transmisi kotak gear CVT yang sangat teruk, kadangkala mengaburi ketahanan model ini secara keseluruhan.
Mungkin masalah utama untuk Proton Saga FLX adalah untuk mencari sebuah kereta dengan jarak perbatuan yang rendah. Hal ini kerana model ini selalu di’lenjan’ dan digunakan dengan lasak oleh kebanyakan pengguna. Tidak seperti Perodua Axia yang selalu menjadi kereta kedua, Proton Saga adalah kereta utama bagi kebanyakan golongan marhaen.
Jika jarak perbatuan tinggi adalah kebimbangan utama anda, mungkin anda patut untuk mempertimbangkan Perodua Axia spec kosong. Menurut laman web kereta terpakai Proton yang diperakui, model Proton Saga FLX Executive tahun 2015 pun mempunyai jarak perbatuan melebihi 65,000 km bermakna kereta agak kerap digunakan.
Kelebihan Proton Saga yang mempunyai bonet pada harga mampu milik ternyata menjadikan kereta ini selalu digunakan oleh mereka yang berkeluarga kecil dan sebagainya. Ketahanan dan aspek praktikaliti Proton Saga FLX menjadikannya laris dan kebanyakan pemilik memilih untuk ‘memegang’ Proton Saga FLX dalam jangka masa yang lama.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Proton Saga 1.3 Standard MT
Upgrade
Add your car
2016 Proton Persona Standard 1.6
2017 Perodua Bezza X Premium 1.3
Komen