![Graduan boleh beli kereta baru guna slip gaji sebulan, kadar bunga rendah dengan PCSB 01]()
Untuk membantu graduan baru membeli kereta pertama dengan mudah dan jimat, Proton Commerce Sdn. Bhd. (PCSB) menawarkan kadar Sewa Beli (Hire Purchase) serendah 2.98% - kadar terendah dalam segmen itu di pasaran setakat ini. Kempen ini berlangsung sehingga 31 Disember 2020.
Bagi memudahkan lagi proses permohonan bagi pinjaman kenderaan ini, kempen ini hanya memerlukan satu surat pengesahan atau slip gaji sebulan sebagai syarat untuk kelulusan pinjaman. Kebanyakan syarat pinjaman memerlukan slip gaji 3 bulan, dan kempen ini cuba untuk mengatasi masalah ini.
![Graduan boleh beli kereta baru guna slip gaji sebulan, kadar bunga rendah dengan PCSB 02]()
Syarat-syarat yang diperlukan termasuklah;
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
- Mestilah seorang graduan sekurang-kurangnya Diploma
- Berumur antara 18 – 30 tahun
- Bekerja dengan gaji bulanan minimum RM 1,500
Mooi Fi Phang, Ketua Pegawai Eksekutif PCSB berkata berikutan keadaan ekonomi ketika ini, mobiliti menjadi satu aspek penting bagi anak muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Mereka yakin bahawa kempen ini akan membantu graduan baharu untuk memiliki kereta dengan bayaran semula dari serendah RM 239 sebulan sahaja.
![Graduan boleh beli kereta baru guna slip gaji sebulan, kadar bunga rendah dengan PCSB 01]()
Selain pakej kempen graduan baharu, PCSB turut mengumumkan bahawa pada 7 Julai 2020, syarikat juga telah menurunkan kadar faedah penawaran keseluruhan sehingga serendah 2.22% berdasarkan kredibiliti dan margin kewangan pelanggan yang berhasrat untuk menukar atau membeli kereta baru.
![Graduan boleh beli kereta baru guna slip gaji sebulan, kadar bunga rendah dengan PCSB 02]()
Kempen ini memudahkan lagi pembelian kereta bagi graduan baru bekerja ditambah pula dengan pengecualian cukai jualan yang juga berlangsung sehingga 31 Disember 2020. Untuk dapatkan senarai kereta yang berbaloi untuk dibeli sepanjang musim pengecualian cukai, lawati pautan ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.