Supra manual? Toyota Supra mungkin akan diberi transmisi manual
Mersita · Jul 29, 2020 07:00 PM
0
0
Mag X, satu publikasi Jepun telah melaporkan yang kotak gear manual sedang “dalam persiapan” untuk Toyota Supra A90. Kotak gear manual ini dijangka untuk membuatkan coupe terkenal ini lebih menarik dan menyeronokkan untuk dipandu.
Belum ada maklumat terperinci tentang kotak gear manual ini. Buat masa ini, Toyota Supra A90 menggunakan transmisi automatik 8 kelajuan dengan ‘shift paddles’.
Awal tahun ini, Toyota telah memperkenalkan varian asas Toyota Supra iaitu turbo B48 4 silinder bersama-sama dengan varian B58 turbo 6 silinder. Ura-ura mengatakan yang Supra versi GRMN juga sedang dalam proses penghasilan.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.