window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander

Zamil Syaheer Β· Jun 29, 2021 08:00 PM

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 01

Pejam celik pejam celik, sudah 10 tahun Toyota Avanza generasi kedua dijual di Malaysia. Selama 10 tahun ia dijual, Toyota Avanza telah menerima sejumlah peningkatan, termasuk penampilan yang diperbaharui sepenuhnya dengan lampu depan LED.

Tetapi kemas kini itu tidak cukup untuk melawan pesaing baru seperti Honda BR-V, Mitsubishi Xpander, dan Perodua Aruz. Jom kita kupas dengan lebih lanjut.

Memerlukan trenkuasa yang lebih baik

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pertama sekali (dan paling penting), Toyota Avanza memerlukan trenkuasa yang lebih efisyen dan moden.

Walaupun enjin 1.5 liter petrol yang dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan setara dengan pesaing utamanya, tetapi kerana Avanza adalah pacuan roda belakang, maka terdapat lebih banyak kehilangan tenaga berbanding pacuan roda depan.

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 01

Ini menghasilkan prestasi pemanduan yang kurang ideal berbanding Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander.

Khabar angin baru-baru ini mengatakan bahawa Toyota Avanza generasi seterusnya bukan sahaja menggunakan platform DNGA, tetapi mungkin juga menggunakan enjin 1.0 liter petrol bercas turbo yang sama dengan Perodua Ativa / Daihatsu Rocky / Toyota Raize (98 PS / 140 Nm).

Juga baca: Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021?

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 02

Mungkinkah kita akan melihat enjin ini pada Avanza dan Alza?

Tahap keselamatan perlu dinaik taraf

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 03

Selain dari trenkuasa yang lebih efisyen, Toyota Avanza generasi seterusnya harus mendapat manfaat daripada pakej keselamatan yang dipertingkatkan, merangkumi ciri seperti kawalan kestabilan, beg udara sisi dan tirai, serta sistem bantuan pemandu ADAS Toyota Safety Sense (TSS).

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 01

Adakah Toyota Avanza generasi seterusnya akan dilengkapi sistem bantuan ADAS yang sama dengan Perodua Ativa?

Toyota Avanza yang dijual sekarang agak ketinggalan zaman, dengan hanya brek anti-kunci (ABS) dan dua beg udara. Pada masa ini, ia adalah satu-satunya model Toyota tanpa ADAS TSS.

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 02

Sekiranya Toyota Avanza generasi berikutnya ingin merebut pasaran yang lebih besar dari BR-V, Aruz, dan Xpander, ia pasti memerlukan kemas kini keselamatan yang lebih komprehensif. Malah rangkaian TSS separa seperti yang terdapat di Toyota Raize di pasaran Indonesia pun dikira cukup baik.

Tahap keselesaan yang lebih nyaman dan empuk

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 03

Akhir sekali, aspek tahap keselesaan di Avanza. Kerana Avanza menggunakan casis kerangka semi-ladder dari bahagian tengah hingga belakang, dengan gabungan monocoque di depan, keselesaan perjalanan bukanlah kekuatan MPV ini.

Walaupun konfigurasi ini sesuai untuk kawasan kampung di Indonesia, ditambah pula dengan pacuan roda belakang, Avanza mempunyai cengkaman yang lebih ketara berbanding dengan pesaingnya dengan pacuan roda depan. Namun begitu, pakej ini tidak sesuai untuk negara maju dengan jalan raya yang lebih berkualiti.

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 01

Tahap keselesaan Avanza generasi kedua jauh lebih baik daripada model generasi sebelumnya, tetapi pesaingnya juga telah maju kedepan dengan casis lebih moden serta talaan suspensi yang diperhalusi.

Manfaat beralih ke platform pacuan roda depan untuk Avanza generasi seterusnya adalah lebih ketara. Pertama, tahap keselesaan perjalanan akan meningkat, dan kedua, mengurangkan kehilangan kuasa yang disebabkan oleh platform pacuan roda belakang. Avanza yang berpangkalan di DNGA, mungkin?

Konklusi

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 02

Memandangkan khabar angin dan imej intipan Toyota Avanza generasi seterusnya kerap kali tersebar, tak salah untuk kami katakan bahawa model serba baru mungkin akan tiba lagi awal.

Juga baca: Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022?

Bukan itu sahaja, Toyota Avanza generasi seterusnya mungkin akan berkongsi platform dengan Perodua Alza generasi seterusnya. Itulah salah satu model "baru" tertua yang anda boleh beli di Malaysia.

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 03

Ini kerana Daihatsu Boon Luminas / Toyota Passo Sette (asas kepada Perodua Alza) sudah tidak wujud lagi di Jepun, oleh itu Perodua tidak mempunyai kereta pengganti untuk Alza generasi baru. Itu menjelaskan mengapa Alza tidak berubah selama lebih dari 10 tahun.

Juga baca: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Untuk memperkemaskan portfolio produk rantau ASEAN, lebih logik bagi Daihatsu untuk menggabungkan kedua-dua Avanza dan Alza menjadi satu model.

Juga baca: Spyshot: Toyota Avanza generasi baru 'tarik depan', jadi macam Perodua Alza?

Toyota Avanza - Penambahbaikan yang diperlukan untuk 'tapau' Honda BR-V & Mitsubishi Xpander 04

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda