window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja

Mersita Β· Jul 28, 2020 05:15 PM

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja 01

Toyota C-HR akan menerima penambahbaikan dalam kitaran-hidup pertengahannya tak lama lagi, tapi barisan model C-HR ini besar kemungkinan akan digugurkan dari pasaran Malaysia. Ruangnya yang ditinggalkan kosong akan diambil oleh Toyota Corolla Cross yang akan datang.

Toyota C-HR segmen C ini dilancarkan di Thailand pada awal tahun 2018 (previu pada November 2017 di Pameran Motor Bangkok) dan setelah hampir 3 tahun berada di pasaran, satu facelift dijangka akan dilancarkan pada awal 2021 seperti yang dilaporkan oleh Headlightmag.com di Thailand.

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja 02

Facelift pasaran Eropah

Toyota C-HR yang difacelift sudah dilancarkan di Eropah pada Oktober 2019 dengan enjin hibrid baru 2.0 liter yang dikongsi dengan Lexus UX 250h. Walaubagaimanapun, menurut Headlightmag, C-HR pasaran Thailand akan mengekalkan enjin hibrid 1.8 liter pada model sekarang yang dikongsikan dengan Toyota Prius.

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan itu saja, C-HR Thailand juga akan ditetapkan semula sebagai model yang hanya didatangkan dalam varian hibrid. Ini bermaksud varian ‘naturally-aspirated’ 1.8 liter, yang juga diekspot ke Malaysia, akan digugurkan.

Sudah terang lagi jelas, tidak sukar untuk kita jangkakan impak berita keputusan ini terhadap Malaysia.

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja 01

Toyota C-HR terkini

Memandangkan yang Toyota C-HR kita diimpot dari Thailand (sebab harganya mahal), dan jumlah jualan keseluruhannya yang sangat kecil, ia agak ketara yang Thailand sudah tidak akan menghasilkan C-HR bukan hibrid 1.8 liter semata-mata untuk memuaskan kehendak ekspot yang kecil ke Malaysia.

Mengimpot varian hibrid ke Malaysia pasti tidak akan berlaku kerana duti eksais dan cukai impot yang tinggi akan menaikkan lagi harga kereta ini.

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja 02

Toyota Corolla Cross

Toyota C-HR buatan Thailand buat masa ini dijual pada harga RM 144,336 (tanpa SST sehingga 31 Disember 2020, RM 150,000 dengan SST). Ia hanya boleh didapati dalam satu varian, dikuasakan dengan enjin ‘naturally-aspirated’ Dual VVT-i 2ZR-FBE 1.8 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT. Secara mekaniknya, ia serupa dengan Toyota Corolla Altis, dimana kedua-duanya menggunakan platform TNGA-C.

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja 03

Kami percaya yang Toyota Corolla Cross yang akan datang akan dipasang tempatan di loji kedua Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB), subsidiari pengilangan UMW Toyota Motor, di Bukit Raja.

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja 04

Pemasangan tempatan sepatutnya membolehkan Corolla Cross untuk dijual dengan harga yang lebih kompetitif dengan Honda HR-V (RM 108.8 ribu hingga RM 120.8 ribu, dengan SST). Walaupun ia dibina berdasarkan platform City/Jazz segmen B, ia mempunyai masa depan yang lebih cerah kerana ruang dalamannya yang luas untuk kereta segmen C serta pakej keseluruhannya yang cukup menarik.

Toyota C-HR 2021 akan digugurkan di Malaysia, Thailand beralih ke C-HR facelift hibrid sahaja 05

Corolla Cross berkongsi tren kuasa yang sama dengan C-HR (dan Corolla Altis), bergerak di atas platform TNGA-C yang sama, tapi dengan suspension belakang yang diubah-suai – ‘torsion beam’ selain daripada ‘double wishbone’ – bukan sahaja untuk mengekalkan harga yang rendah, tapi juga untuk memberinya ruang dalaman yang lebih luas.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda