window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota GR Yaris 2020 diacah, pelancaran Malaysia tak lama lagi?

Mersita ยท Jul 21, 2020 12:30 PM

Toyota GR Yaris 2020 diacah, pelancaran Malaysia tak lama lagi? 01

Nampaknya peminat Toyota di Malaysia dah boleh mimpi-mimpi untuk melihat model Gazoo Racing (GR) baru sampai di tanah air tak lama lagi, kerana Toyota Malaysia baru-baru ini memuat-naik satu gambar Toyota GR Yaris 2020 di laman Facebook mereka.

Seperti yang dilihat pada muat-naik tersebut, Toyota Malaysia tidak memberitahu yang GR Yaris akan diperkenalkan di sini. Mereka cuma menulis yang GR Yaris adalah “sebuah kereta berprestasi tulen dan satu produk falsafah kami, untuk memacu kenderaan kami melangkaui had melalui sukan permotoran, semuanya menuju matlamat untuk menghasilkan kereta yang lebih baik, hanya untuk anda!

Toyota GR Yaris 2020 diacah, pelancaran Malaysia tak lama lagi? 02

Ini adalah kali ketiga Toyota Malaysia memuat-naik di laman Facebook mereka tentang GR Yaris, dimana kali pertama dan kedua dibuat pada bulan Januari. Ini terus memahat tanggapan yang UMW Toyota Motor sedang mengacah kedatangan ‘hot hatch’ terbaru ini.

Toyota GR Yaris 2020 diacah, pelancaran Malaysia tak lama lagi? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lagipun, pada bulan April, kami telah melaporkan yang UMW Toyota Motor telah menjamin sejumlah 100 unit Toyota GR Yaris, dimana anda mungkin kena jangkakan yang harganya lebih kurang sama dengan Honda Civic Type R.

Toyota GR Yaris 2020 diacah, pelancaran Malaysia tak lama lagi? 01

Walaupun harga Toyota GR Yaris tidak akan murah, tapi untuk peminat kereta yang berkemampuan yang akan menghargai kereta sebegini sesuai dengan harganya.

Imbas semula, Toyota GR Yaris memaparkan enjin petrol turbo 1.6 liter dengan 3 silinder yang menjana kuasa hebat 272 PS dan 370 Nm, dipadankan secara eksklusif dengan transmisi manual 6-kelajuan. Kuasa dihantar pada kesemua 4 roda melalui sistem pacuan 4-roda dengan sepasang ‘limited-slip differentials’ Torsen, satu bagi setiap gandar.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota GR Yaris

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda