window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-5 2021 kini dengan skrin infotainment 10.25 inci

Faisal Β· Aug 26, 2020 12:44 PM

Mazda CX-5 2021 kini dengan skrin infotainment 10.25 inci 01

Mazda CX-5 merupakan antara SUV kegemaran di Malaysia. Rata-rata daripada mereka menyukai kualiti premium dan prestasi SkyActiv yang terdapat pada model ini. Walaupun masih ideal, Mazda berhasrat untuk memberikan beberapa penambahbaikan terhadap SUV ini untuk kekal berdaya saing.

Mazda CX-5 2021 kini dengan skrin infotainment 10.25 inci 02

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Mazda CX-5 2021 menyaksikan pelbagai penambahan terutama pada sistem infotainment dan kelengkapan ciri keselamatan i-Activesense yang lebih terkini. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-5 2021 kini dengan skrin infotainment 10.25 inci 01

Paparan skrin di bahagian tengah telah dibesarkan kepada saiz 10.25 inci. Ini merupakan skrin terbesar dalam barisan model Mazda. Malah, ia melebihi saiz skrin yang terdapat pada Mazda CX-9 yang hanya berukuran 7 inci.

Skrin ini memaparkan sistem infotainment Mazda Connect terbaru yang dilengkapi dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto. Ia didatangkan dengan percubaan 3-tahun untuk Mazda Connect Services yang memberikan informasi dan kawalan kepada pemilik CX-5 melalui aplikasi MyMazda.

Mazda CX-5 2021 kini dengan skrin infotainment 10.25 inci 02

Sistem keselamatan i-Activesense yang merangkumi active cruise control, AEB dengan pengesan pejalan kaki, lane departure warning, and blind-spot monitoring juga menerima tambahan dengan ciri Smart City Brake Support Reverse dan Driver Attention Alert.

Mazda CX-5 2021 kini dengan skrin infotainment 10.25 inci 03

Pada masa yang sama, Mazda CX-5 2021 mengekalkan tren kuasa yang sedia ada melalui pilihan enjin aspirasi natural atau enjin 2.5 liter SkyActiv-G turbo yang dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

Mazda CX-5 2021 kini dengan skrin infotainment 10.25 inci 04

Mazda CX-5 2021 akan mula dijual di Amerika Syarikat pada September 2020. Kami telah menguji Mazda CX-5 dengan pesaing seperti Honda CR-V dan Proton X70. Ikuti bacaan kami bagi mengetahui yang manakah sesuai untuk anda.

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda